bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Tuesday 29 September 2020

Payahnya memadam api kemarahan

Selalu kita dengar menjaga anak perempuan seorang lagi payah dari menjaga lembu sekandang. Ini la yang berlaku pada aku sekarang. Ketahanan mental dan fizikal mesti kena kental kalau tak satu pihak akan makan hati dan satu pihak lagi akan buat kesilapan tanpa henti. 



Abah dan mak dulu menjaga kami adik beradik sangat cekat dan tekal, mendidik kami tanpa jemu dengan perangai kami bermacam-macam. Memang aku sangat tabik tapi aku Allah kurniakan hanya seorang anak perempuan dan buatkan aku sangat diuji dengan kesabaran tahap tinggi. Semoga aku sentiasa sabar dengan karenah dia.. Allahuakbar 


Friday 25 September 2020

Bila kita terlupa

 Hi kawan-kawan.. 

Agak2 ada lagi ke followers aku? Lama sangat tak update blog kesayangan ni. Masa dan tenaga tidak mengizinkan untuk aku coretkan sesuatu tapi kali ini aku cuba kerana terasa nak meluahkan perasaan yang semakin hari semakin leka dengan duniawi

Semenjak Rg Boutique Cafe dibuka semula, sibuk aku lain macam dengan pelbagai perkara nak difikirkan. Dari segi stok barangan butik, stok barangan cafe membuatkan aku tak betah duduk diam

Pada 22/06/2020 aku rasa sangat down tapi aku pulihkan kembali dengan jalan yang lurus, aku bernasib baik kerana aku dikelilingi oleh mereka yang positif dan membantu aku untuk pulih. Aku tiada masa melayan perasaan dengan bersifat negatif. Semoga Allah sentiasa bersama aku..

Selepas beberapa hari aku kemurungan, aku terus bangkit dengan perniagaan aku dengan kerja rutin aku dengan tugasan aku sebagai seorang pekarja di sebuah syarikat swasta mesti diteruskan. Dengan bekalan tenaga di usia aku 4 series aku merangkak bangun dan terus mara tanpa menoleh ke belakang. Aku tak nak buang masa kerana masa aku sudah suntuk.

Banyak perubahan telah aku lakukan di kedai aku dengan menambah lebih lagi barangan butik seperti pakaian, kosmetik, skin care dan perfume. Begitu juga dengan cafe sekarang Alhamdulillah semakin hari semakin bertambah pelanggan yang walkin atau cod. 

Untuk beberapa bulan ini aku sangat sibuk dengan banyak perkara terutama mencari beberapa idea untuk kemajuan perniagaan aku. Aku berdoa semoga perniagaan aku meningkat dari masa ke semasa, dari tahun ke tahun sehingga aku menutup mata. Semua itu untuk masa depan anak2 dan bekalan aku di SANA kelak. 

Nanti selepas ni beberapa coretan buat kawan2 untuk menjadi seorang usahawan yang cekal.. 

Wednesday 29 April 2020

ROH YANG KEMBALI DI BULAN RAMADHAN

Al-Fatihah buat abah...

♡ ROH YANG KEMBALI DI BULAN RAMADHAN ♡
﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏

☝🏼apabila tiba bulan Ramadhan... semua roh berkumpul di *Luh Mahfuz* memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi...

👉🏼 ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan...

👉🏼 roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin² yang mendoakan mereka...

👉🏼 manakala roh² yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di *Luh Mahfuz*

☝🏼apabila roh dibenarkan pulang...

👉🏼 perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka...

👉🏼 kemudian mereka akan pergi ke rumah anak² mereka...

👉🏼 orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka...

👉🏼 perkara ini akan berlarutan sehinggalah tibanya Hari Raya Aidilfitri...

☝🏼pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke *Luh Mahfuz* dengan bekalan yang diberikan oleh mereka² yang masih hidup...

👉🏼 di sini diberitahu hikmah adanya alam kubur...

👉🏼 alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang...

☝🏼orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang² yang masih hidup...

👉🏼 alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang² yang masih hidup...

☝🏼oleh itu wahai sedare2 ku...

👉🏼 jangan biarkan orang² yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita...

☝🏼sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu..

☝🏼terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu :

👉🏼 doa anak² yang soleh
👉🏼 ilmu yang bermanfaat
👉🏼 sedekah amal jariah

☝🏼sebarkan hal ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda...
dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama...

☝🏼yang jelas jika anda tidak meneruskan hal ini maka anda telah melepaskan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal soleh...

☝🏼jika anda melakukan dengan ikhlas insya-Allah anda akan mendapat ganjaran pahala kebaikan...
=================
JAMBATAN YANG PALING AKU TAKUTI
=================
JAMBATAN PALING PANJANG DAN LAMA UNTUK DILALUI OLEH SEMUA ORANG

👉🏼 ialah titian sirat yg lebarnya hanya sehelai rambut yg dibelah tujuh dan tajamnya lebih daripada mata pedang... dibawahnya terbentang *NERAKA* dan disebelahnya terbentang *SYURGA* yg luas...

☝🏼diceritakan bahawa
untuk merentasi titian sirat mengambil masa 15000 tahun...

👉🏼 5 ribu tahun menaik
👉🏼 5 ribu tahun mendatar
👉🏼 5 ribu tahun menurun

#share lah... dpt pahala mengingatkan sesama agama kita.

☝🏼seandainya jenazah itu mampu bangun dan menceritakan sakaratulmaut dan azab kubur...

☝🏼sudah pasti kita akan 24 jam di atas sejadah...
bila kita dah nampak ayat ni, setan hasut _"tak payah copy paste la.. buang masa je"_

👉🏼 Mashaa Allah... ORG YG SYG ALLAH RINGAN TGN DIA NAK SHARE
Monday 27 April 2020

Hari Ke 4 ramadan

assalamualaikum semua sahabat blogger, 

korang masak apa untuk juadah berbuka puasa hari ni? banyak ke korang masak? saya hari ni en suami yang masak, katanya nak masak kerabu maggie semoga sedap dan lazat lah hendaknya... heheheh

ni gambar dari en google je
 
persiapan raya korang mcm mana? macam biasa ke sama dengan persiapan sebelum-sebelum ni? tanya je heheheh saya tak ada persiapan apa2 lagi sebab belum ada mood nak beraya cuma untuk anak-anak ada la sehelai dua dah beli sebab dah lama jugak tak shopping baju baru untuk anak-anak. biarlah ibu-ibu utamakan anak-anak dulu yea.

kehidupan semasa PKP ni rasa rimas jugak la kan, nak2 kita yang sentiasa sibuk dengan urusan kerja dan perniagaan tapi tak apa sebab bagi aku ini la masa untuk aku lebih masa bersama suami dan anak-anak.

aku masih berharap agar pkp akan terus pulih dalam masa terdekat ini kerana aku nak balik kampung beraya bersama mak dan adik beradik serta saudara mara.


Saturday 25 April 2020

Selamat menyambut bulan ramadan 2020

Hari ni adalah hari ke 2 kita menunaikan ibadah puasa yang sangat lain dari tahun2 sudah. Tahun 2020 adalah tahun yang mempunyai seribu pengertian, pengalaman dan perasaan. Tahun ini kami tidak boleh berkumpul untuk sama2 berbuka di kampung macam tahun2 sudah san tahun ini jugak sudah tiada lagi abah dengan kami. Mereka yang pernah merasa kehilangan akan tau betapa sakit merindui orang yang telah tiada. Kami tak akan lupa untuk sentiasa mendoakan arwah abah supaya tenang disana.

Aku juga ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadan al mubarak kepada semua rakan blogger sama ada kenal mahupun tidak pernah bersua. Kalian la inspirasi aku untuk terus berblogger. Jika selama ini aku melakukan kesilapan dalam penulisan tegur la aku, InsyaAllah aku akan menerima dengan hati yang terbuka.






Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan PKP telah masuk ke fasa 4, aku sebagai seorang ahli perniagaan tidak pernah berhenti untuk memajukan bisnis dan sentiasa ligat mencari peluang2 yang ada. Sekarang RG BOUTIQUE CAFE masih lagi tutup, masa ini aku berusaha untuk make over boutique cafe aku supaya lebih tersusun dan cantik serta selesa kepada pelanggan.

Ada beberapa lagi yang belum siap tapi aku akan buat slow2 iaitu lantai, pintu cermin dan aircond sebab sekarang ni aku gunakan kipas untuk cut cost.

Semoga usaha aku akan berjaya... amin


Tolong la patuh arahan..

Sekarang ni dah masuk fasa ke-4 PKP di Malaysia tetapi ramai lagi rakyat yang langsung tidak endahkan pengorbanan barisan hadapan yang bertungkus lumus untuk putuskan rantaian convid19 ini. Aku sebagai manusia biasa dan ramai rakan dari barisan hadapan sangat sedih kerana mereka bekerja sehingga 12 jam sehari untuk pastikan rakyat iaitu kita ni tidak dijangkiti. Korang yang sangat senang je di arahkan untuk #stayathome kenapa payah nak dengar.

Di Negeri Sembilan juga tidak lepas sekarang ni dah jadi zon merah tapi masih tiada kesedaran? Allahuakbar.. hari ini adalah hari ke 2 kita menunaikan ibadah puasa dan sehali gus selepas tu sambut hari raya, korang tau x rakyat macam kami ni yang duduk diperantauan apa kami rasa? Nak jumpa mak, adik beradik dan saudara mara tak dapat sebab convid19 ini.

Tolong la semua simpati pada diri sendiri perkara ini bukan perkara yang remeh, ia boleh bawa kepada kematian... sempena bulan ramadan ini kita sama2 lah bermuhasabah diri supaya menjadi insan dan hamba yang terus bertakwa kepada Allah.


Tuesday 31 March 2020

baju raya 2020

walaupun tahun ini adalah tahun yang sangat menyedihkan bagi semua orang kerana convid19 ini tetapi kehidupan harus diteruskan.

kami dari rg boutique ada menyediakan baju kurung raya 2020 untuk semua, berminat bleh pm saya yea di no www.wasap.my/60173502400








Allah uji sebab sayang

kematian demi kematian kita dengar setiap hari berkenaan convid-19 ini. kebanyakan dari usia 50 tahun ke atas yang difahamkan antibodi mereka sangat kurang, aku pun merasa bimbang dan sangat sedih kerana kebanyakan mereka adalah golongan tabligh.

hari ini 31/03/2020 PKP masih berjalan sehingga 14/04/2020 kerana rantaian convid-19 masih belum terputus. Allah uji kita sebab Allah sayang, banyak dah yang telah berlaku dimuka bumi membuatkan Allah memberi ujian supaya kita umat manusia tidak terus leka dan tenggelam dalam dunia yang semakin tenat ini... Allahuakbar

semalam di perumahan aku seorang makcik telah meninggal kerana convid-19, beliau berumur dalam lingkungan 50 tahun lebih dikatakan sama ada ada jangkitan dari perhimpunan tabligh atau di kenduri kawin. masa tu PKP masih belum berkuatkuasa. semoga keluarga arwah tabah menghadapi dugaan besar ini kerana mereka tidak dapat melihat arwah buat kali terakhir, tidak dapat mengucup untuk perpisahan... YaAllah, sedih bagi aku yang hanya mendengar tetapi sangat pilu bagi keluarga arwah yang merasakan semua ini.

kita hanya berserah kepada Allah yang maha Esa atas setiap yang berlaku dan mesti ada hikmah.. kita selalu banyakkan berdoa semoga kita sentiada dilindungi oleh NYA... amin


RG Boutique Cafe

officially buka pada 17/02/2020 tetapi masih banyak kekurangan dari kami iaitu menu yang masih belum ditetapkan dan banyak lagi la benda yang perlu diperbaiki. bab penat memang tidak dapat di sangkal lagi, otak sentiasa berfikir untuk boutique cafe aku ni.

aku masih memerlukan staf yang mahir dalam masakan kerana aku tak nak orang nampak cafe aku ni cafe yang biasa je, mesti ada kelainan yang akan kami hidangkan kepada pelanggan dengan harga yang sangat jimat.

pembukaan aku masih belum fikir lagi tarikh dia memandangkan negara dan dunia menghadapi penyakit convid19 ini. perkara ini sangat sedih dan amat membimbangkan kepada semua manusia. so aku terpaksa menutup terlebih dahulu boutique cafe aku bagi mengikuti saranan kerajaan.


Friday 14 February 2020

jangan cabar kesabaran orang

aku sentiasa mengingati diri sendiri tentang sabar, "sabar separuh dari iman". orang yang kesabarannya tipis iman nya juga tipis dan aku sentiasa ingat perkara itu tapi aku hanya manusia biasa, aku juga tidak lari dari hilang kesabaran dengan orang-orang tertentu.

gambar ni aku ambik dari web https://khairulhakimin.com

aku sangat respek pada kawan yang sentiasa positif, mereka ini berada dalam kelompok biznes dan mereka berjaya mengatasi manusia yang berfikiran negatif dan sentiasa melontarkan kata-kata tidak sepatutnya. di usia aku dah 40 ni aku akan lebih berfikiran positif supaya aku akan sentiasa nampak muda dan jelita... hahaha

sekarang sekeliling aku ada rakan-rakan yang berfikiran negatif dan sentiasa menyalahkan orang lain tanpa melihat kelemahan diri. manusia macam ini merimaskan otak dan fikiran aku sebab aku terpaksa mengeluarkan kata-kata negatif dalam hati dan sangat menyakitkan. aku sentiasa berdoa supaya manusia ini aku tidak sentiasa berurusan dan aku tak mahu mengeluarkan kata-kata kesat didalam hati sebab Allah ada menyebut jika kita hanya menyuarakan didalam hati Allah akan murka juga dan mesti meminta maaf pada si manusia yang aku telah maki hamun itu.

susahnya hendak menjadi manusia positif bila berdepan dengan manusia negatif dan anggap mereka betul dalam semua hal. tapi sekarang aku hanya redha dan akan mengelak selagi boleh dan hanya tersenyum supaya perlakuan negatif yang aku dapat aku buang jauh-jauh.

kawan-kawan pulak macam mana nak mengelak daripada manusia yang sentiasa mencabar kesabarang korang?

Wednesday 12 February 2020

coronavirus di Malaysia

semua rakyat bahkan semua negara telah maklum berkenaan virus sekarang yang menjadi topik utama dunia telah menyerang tanpa memilih faktor umur. Puncanya bermula di Wuhan yang berada negara cina. 

aku copy beberapa maklumat untuk sama-sama mengetahui serba sedikit untuk kita mengambil langkah berjaga-jaga supaya kita dan keluarga tidak dijangkiti.


KUALA LUMPUR: Dakwaan kononnya seorang rakyat Malaysia dijangkiti coronavirus baharu (2019-nCoV) di sebuah hospital swasta di Cheras di sini, adalah palsu. Menerusi akaun Facebook rasminya, Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan tiada kes 2019-nCoV di lokasi berkenaan seperti yang tular di media dan aplikasi sosial.

Mesej tular itu mendakwa satu kes coronavirus dikesan di Hospital Sunway Cheras (Sunway Medical Center Velocity) dan memberi amaran orang awam supaya tidak mendekati lokasi terbabit. “Jangan berkongsi atau menyebarkan berita palsu ini,” tegas KKM dalam kenyataan itu, semalam.


Pada masa sama, KKM turut menafikan satu lagi dakwaan kononnya ada individu dijangkiti coronavirus di tingkat tiga pusat beli-belah Mid Valley, di sini. Semalam, pengurusan Mid Valley mengeluarkan kenyataan menafikan berita palsu itu dan memaklumkan pihaknya sentiasa memantau keadaan semasa di sekitar kawasan premis berkaitan susulan penularan coronavirus di negara ini.

“Kita sudah mengambil langkah berjaga-jaga dalam hal ini. Ia termasuk menempatkan bahan pencuci tangan (hand sanitizer) di sekitar pintu masuk pusat beli-belah, kaunter pertanyaan, tandas, lobi, lif dan eskalator. “Kakitangan Mid Valley turut akan meningkatkan kekerapan pembersihan beberapa kawasan dan fasiliti tumpuan pengunjung termasuk lif, tandas dan tombol pintu.

“Selain itu, kita menjalankan pemeriksaan suhu terhadap kakitangan pengurusan dan pembekal barangan dari semasa ke semasa,” jelas kenyataan itu.


Pasar makanan laut Wuhan bukan satu-satunya punca penularan coronavirus - Pakaree

BEIJING: Pasar makanan laut di Wuhan, wilayah Hubei mungkin bukan satu-satunya sumber kepada penularan wabak coronavirus (2019-nCoV), kata pakar paru-paru di China, lapor agensi berita Xinhua.

Naib Pengarah Hospital Wuhan Jinyintan, Huang Chaolin, dalam satu wawancara dengan majalah perniagaan Caixin baru-baru ini berkata, mungkin terdapat beberapa tempat lain di mana virus itu mula-mula disebarkan kepada manusia.

Hospital itu antara pusat perubatan dikhaskan untuk merawat pesakit yang dijangkiti virus berkenaan. Huang dan pasukannya baru-baru ini menerbitkan sebuah artikel di Lancet, jurnal perubatan umum terkemuka dunia, berkaitan beberapa penemuan awal mengenai data klinikal coronavirus membabitkan 41 kes yang terawal.

Pesakit pertama yang dimasukkan ke hospital Huang pada 1 Disember didapati tidak terdedah langsung dengan pasar borong makanan laut Huanan di Wuhan, sebelum ini dianggap sebagai lokasi penularan wabak dan keluarganya juga tidak mengalami gejala pernafasan atau demam. Antara tiga pesakit lain yang diterima pada 10 Disember, dua tidak terdedah dengan pasar makanan laut itu. Secara keseluruhan hanya 27 daripada 41 kes yang mempunyai kaitan dengan pasar.

“Berdasarkan keseluruhan keadaan, pasar makanan laut bukanlah satu-satunya sumber (asal novel coronavirus), ia mungkin datang daripada pelbagai sumber,” kata Huang. Tetapi tiada petunjuk ditemui mengenai sumber lain itu. Pasar makanan laut Huanan terletak di kawasan pusat bandar daerah Jianghan, kurang satu kilometer dari stesen keretapi Hankou. Selain makanan laut, ayam dan daging turut dijual di pasar itu sebelum ia ditutup pada 1 Januari.

Pakar Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China sebelum ini berjaya mengasingkan sampel yang diperoleh dari pasar berkenaan. Sebanyak 33 daripada 585 sampel didapati mengandungi virus asid nukleik.

Sehingga Selasa, virus maut itu telah meragut 132 nyawa dan menjangkiti 5,974 orang di seluruh negeri China. – BERNAMA
Tuesday 11 February 2020

sebulan berlalu

telah sebulan abah meninggalkan kami, terasa masih semalam aku berbual dengan dia. bukan hendak menidakkan takdir cuma aku masih dalam proses memahami erti kehilangan yang amat menyakitkan hati dan perasaan.

setiap kali teringatkan arwah aku akan mendoakan dan sedekahkan Al-fatihah buat abah semoga abah tenang disana dan berada disamping orang-orang yang soleh. aku berjanji kepada abah selagi aku masih hidup iringan doa tidak akan putus sehingga nafas aku yang terakhir, insyaAllah

aku juga berjanji pada diri sendiri untuk bersedekah bagi pihak abah sebab banyak yang aku belum tunaikan pada abah... Al-Fatihah 

kata-kata nasihat serta ajaran agama yang telah abah bagi akan sentiasa aku praktikkan dan aku akan ingat sampai bila-bila abah..



Abam Bocey dah pergi

semalam 10/02/2020 negara di gemparkan dengan berita pelawak dan pelakon terkenal telah kembalik ke rahmatullah dalam keadaan sedang tidur. percaturan Allah sangat sempurna dan DIA la maha mengetahui dan maha berkuasa...



Abam boleh dikategorikan sebagai seorang yang baik hati kerana walaupun dia tengah berduka tapi dia mampu untuk menghiburkan peminat dengan kaletah dan lawak jenaka dia bersama sahabat-sahabat bocey. semoga rohnya dicucuri rahmat dan Al-Fatihah buat abam semoga ditempatkan dikalangan ummat yang soleh... amin

sedikit aku copy petikan daripada web era untuk simpanan aku dan tatapan kawan-kawan:

Memetik laporan dari Awani, adik kepada Abam iaitu Ali juga telah memaklumkan mengenai berita ini kepada Gempak.

“Isteri Abam, hubungi saya dan beritahu abang saya tidak sedarkan diri. Saya bergegas kediaman Abam dan ya, dia sudah tidak bernafas,” katanya gagal mengawal emosi.
Isteri Abam, Noor Hidayah juga memberitahu bahawa Allahyarham demam dan mengadu kurang sihat sejak dua hari lalu.

“Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu. Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi... pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia,” katanya menangis teresak-esak.
Al-Fatihah buat keluarga Abam. Semoga roh ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Monday 10 February 2020

Aku seorang yang rabun

Permulaan aku memakai kacamata pada umur ku 9 tahun. Cikgu yang perasan yang aku tak nampak di papan hitam bila aki berada jauh dari papan hitam. Sejak dari hari itu aku terpaksa duduk di bahagian depan supaya aku nampak apa yang cikgu tulis dan ajar.

Semasa usia aku 9 tahun itu, keluarga aku tidak mampu untuk membelikan aku cermin mata, nasib baik sekolah aku sekolah yang mementingkan pembelajaran murid-murid dan mengetahui aku dari keluarga yang tiada apa2 menghadiahkan aku cermin mata yang besar dan comel.. hehehe

Berpuluh tahun aku memegang title budak kacamata sehingga pada 31/12/2016 aku membuat rawatan lasik di hospital professor muhaya yang menelan belanja beberapa ribu. Selepas beberapa minit sahaja aku boleh melihat seperti biasa.

Saat itu aku merasakan betapa bahagianya hidup aku yang selama berpuluh tahun rabun sehingga mencecah 1000 power. Korang bayangkan jika aku tidak mengenakan cermin mata atau contact lense aku langsung tidak nampak apa2 boleh di erti kan sebagai orang buta.

Aku akan menjaga mata aku supaya aku tidak akan rabun lagi dan tak nak dah pakai cermin mata sebab susah sebenarnya jadi orang rabun ni sebab nak bersukan pun payah. Oleh itu aku nak menasihati kawan2 supaya menjaga mata anda dan anak2 anda.
Saturday 8 February 2020

Sorang-sorang

Hari ni usung anak2 sorang-sorang beli barang boutique cafe yang dah melebihi masa yang sepatutnya. Patutnya aku buka awal bukan 2 tapi sehingga hari ni masih belum buka sebab banyak lagi nak kena settle. 

Kesihat anak-anak kena ikut ibu gi cari barang sehingga dua2 tertidur kepenatan dalam kereta sementara aku masih mencari. Minggu ni en suami tak dapat bantu kerana dia ada urusan luar, tak apa la sebab dia pun ada bisnes dia sendiri dan aku tak nak bebankan dia dengan bisnes aku.

Esok masih ada bende lagi yang belum sempat beli hari ni. Kasar jugak kali ini punya barang, semoga aku akan berjaya.. kawan2 doakan aku berjaya yea ☺️

Sorang-Sorang
Biasa si kecik ni pukul 10pm masih aktif tapi malam ni dia terlelap sendiri atas sofa kepenatan. Kesihan anak ibu yang hensem ni.. semoga menjadi anak yang soleh yea anak.
Friday 7 February 2020

Awk yang hensem

Bulan ni dah masuk setahun enam bulan dia, dia punya lasak memang sangat mencabar ibu yang semakin berusia ni. Tapi dia punya perangai mencuit hati ibu dan Ayah.. hehehe

semua anak-anak aku lahir dari bulan yang sama iaitu bulan ogos termasuk suami cuma aku yang lahir bulan mei. sebenarnya aku nak bercerita pasal anak aku yang no 3 ni. peel dia memang mencuit hati aku dan suami kerana setiap masa ada je yang dia fikirkan nak buat main. lebih senang nak cakap tak reti duk diam.






dia paling suka dengan bola, aku pun tak tahu perangai sape dia dapat. bijak sepakan dan tendangan dia. bukan sahaja bola dia dibuat main semua mainan dia sepak nak buat macam bola. sekarang ni peel dia dah pandai mengamok dan merajuk dan yang paling extreme dia mula suka memanjat. panjat kerusi panjat meja kopi buat aku sentiasa bimbang. bukan sekali dua dia terjatuh bahkan banyak kali tetapi alhamdulillah tak ada apa-apa serius berlaku.

kalau bab makan dia la juara dari sepupu seusia dia. kuat makan memang mewarisi ibu dia... heheh. pantang nampak makanan mesti nak bahkan aku suap sayur pun dia boleh makan dengan selamba je. satu hari suami potong limau kasturi nak tengok si kecik ni makan atau buang, rupanya selamba je dia hisap dengan memek muka macam orang makan benda masam tapi tetap nak rasa. pelik la adik ni.

semoga menjadi anak soleh yea adik. yang boleh memberi ibu dan ayah ketenangan di SANA nanti... Insya Allah


Thursday 6 February 2020

BEEHA MENCARI BLOGLIST BARU

yarat-syarat untuk menyertai segmen ini:

1. Follow blog Beeha Azman dan subscribe Youtube Channel.
2. Kemudian tulis title post seperti di atas, copy banner dan backlink ke post [di sini].
3. Tag dua blogger lain.
4. Jangan lupa tinggalkan link entri anda di ruang comment [di sini].

Nanti Beeha akan followback blog korang, so simple right..

Bagi memenuhi kehendak syarat-syarat penyertaan di nombor 3, saya tag bloggers berikut :


Bear in mind, segmen ini akan berlangsung lebih kurang tiga minggu sehingga 18 Februari 2020.

Selamat bersegmen!!
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..

Jangan sangka air yang tenang tiada buaya

Ekoran daripada berita tergempar di pejabat tempoh hari aku boleh rumuskan yang setiap yang berlaku mesti ada sebab tertentu hanya Allah sahaja perancang yang maha hebat yang tentukan hala tujuan hidup kita. Tak semestinya kita di atas kita takkan jatuh ke bawah dan tak semestinya yang dibawah akan setiasa tunduk kepada pegawai atasan.

Aku sendiri tidak boleh blame sesiapa sebab aku juga manusia biasa yang semestinya tak lepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan. Justeru itu aku tidak layak menyatakan bahawa perkara ini salah sebab aku sendiri tidak tahu hujung dan pangkal perkara ini berlaku cuma aku boleh nasihatkan pada diri sendiri supaya berpegang kepada DIA YANG ESA bukan pada manusia semata yang sah2 makhluk Allah.

Tajuk yang aku bagi jangan disangka air yang tenang tiada buaya adalah walaupun kita lihat seseorang itu dari sudut pandangan positif yang seseorang yang baik budi baik tutur adalah orang yang sekejam-kejam kejadian Allah. Kita hendaklah terus berhati-hati dari semua aspek dan perkara supaya apa yang kita lakukan tidak mendatangkan impak yang buruk kepada diri kita dan orang lain terutama orang di sekeliling..

Sape yang faham maksud aku, Alhamdulillah tapi mana yang tak faham tu tak pe la.. heheheh


Tapi yang dalam gambar tu adalah air yogur aku jual kat cafe. Beeminat bleh pm aku di www.wasap.my/60173502400 untuk maklumat lanjut. Air ni sangat berkhasiat yang penting dia lazat enak berkrim disukai ramai.. giteu
Tuesday 4 February 2020

Berita tergempar dari office

Semua perkara daripada Allah sebab dia yang aturkan perjalanan hidup kita sama ada sentiasa bahagia ceria atau mendung berduka. Ni peringatan pada diri aku sendiri kerana apa jua yang kita lakukan jika tidak dapat akibat di dunia di akhirat kita akan dapat pembalasan. 

Hidup hanya sementara dan di sana kekal abadi, insyaAllah semua yang berlaku mesti ada hikmah yang DIA sahaja yang tau tapi kita diberi akal fikiran sepatutnya boleh berfikir dengan rasional mana baik mana buruk. Walaupun kita tak sempurna, kita manusia adalah makhluk Allah yang paling sempurna so jangan jadikan alasan yang kita tidak sempurna dengan melakukan kerja-kerja yang di larang oleh Allah. 

Semoga pegawai-pegawai atasan ini akan mendapat pengajaran dan bertaubat. Jika mereka memang tidak bersalah Aku doakan kepada mereka untuk tabah dalam menjalani ujian Allah di dunia ini. Setiap apa yan berlaku mesti ada hikmah.. 
Friday 31 January 2020

Corn dog

Sebenarnya makanan ni dah lama sangat viral cuma aku je baru nak cuba buat tu pun sebab si putri asyik merengek nak makan corn dog. aku bab-bab makanan tak sihat ni aku tak suka sangat tapi boleh la cuba sekali sekala kan.

semalam beli la bahan-bahan dia seperti dibawah aku copy dari website buat orang lapo 

tapi untuk permulaan tak berapa nak jadi sebab tepung dia cair skit kot, ingat petang ni nak sambung buat lagi sebab tepung dia banyak dan aku kena oter bagi pekat skit.

Bahan-Bahan untuk Resepi Corn Dog :

  • 1 Cawan Tepung Gandum
  • 2 Sb Gula
  • 2 sk Serbuk Penaik
  • 1/2 sk Garam
  • 1 Telur
  • 3/4 Cawan Susu Segar Sejuk
  • Keju Cheddar/Mozarella Sosej
  • Serbuk Roti (optional)

Cara-cara membuat Corn Dog:

  1. Gaulkan tepung gandum bersama gula, serbuk penaik dan juga garam.
  2. Masukkan telur dan juga susu segar. Kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan adunan ke dalam cawan yang tinggi supaya mudah untuk mencelup sosej.
  4. Salutkan sosej dengan keju dan cucuk dengan lidi.
  5. Sejukkan sosej ke dalam peti sejuk lebih kurang 20 minit.
  6. Celup sosej yang telah sejuk tadi ke dalam adunan tepung. Kemudian salutkan pula dengan serbuk roti dan terus goreng di dalam minyak yang panas sehingga garing.
corn dog
corn dog



corn dog
Thursday 30 January 2020

Tak lama dah

Aku amat berharap semoga apa yang aku impikan menjadi kenyataan dan berjalan lancar seperti yang aku harapkan. Bermula dari boutique dan sekarang InsyaAllah cafe pulak






Pecah kepala jugak la nak buat tema apa untuk boutique cafe aku ni. Bukan nak beriya sangat tapi alang-alang buat kan mesti la nak yang terbaik, bersih, cantik dan customer suka. Dah ada beberapa menu dalam kepala ni dan semua menu yang simple tapi InsyaAllah orang akan suka dan harga pun sangat berpatutan.




Tuesday 28 January 2020

Azam 2020

Tahun 2020 dah masuk hari ke 28 aku baru nak bagi tahu apa azam aku tahun ni. Rasa belum terlewat kan? Hehehhe..

Macam tahun2 sebelum gak ada yang capai ada yang belum capai lagi azam tahun lepas tp aku nak bawak azam tahun lepas ke tahun ni dengan kesungguhan dan keimanan yang padu 😬. Untuk tahun ni pulak azam aku adalah

1) target untung kasar 20-30k
2) nak solat sunat banyak2
3) nak ganti solat yang lepas2
4) nak bahagiakan keluarga terutama emak
5) nak berhenti kerja sekarang.. huhuhu bila sampai masa


Takut

Selepas ketiadaan abah, aku takut sangat melakukan perkara yang salah. Rasa takut bila perbuatan aku turut terpalit pada arwah abah. Aku juga takut bila anak2 turut buat salah kerana didikan aku pada mereka tidak sempurna



Aku takut Bila lihat anak2 membesar. Aku sentiasa doakan yang terbaik buat anak2 semoga menjadi anak yang soleh dan solehah. Semoga anak menjalani kehidupan bertunjangkan agama islam yang kukuh.. InsyaAllah
Saturday 25 January 2020

Syahdu tapi syukur

Hari ni mak kena cek darah, doktor cakap mak dah ada darah tinggi, kencing manis dan mungkin buah pinggang.. 😭 Allahuakbar sian nya mak. Nasib baik ada adik2 yang dekat boleh jaga mak dan bawak mak ke klinik check up

Sekarang ni kami adik beradik hanya ada mak untuk kami jaga pulak. Mak seorang yang sangat tabah sebab tu la aku ikut jejak mak tabah berada di perantauan orang. Aku banyak belajar macam mana nak berdepan dengan orang bila kita diperantauan. Mak selalu pesan supaya jaga tingkah laku, jaga perlakuan, jaga mulut dan paling penting jaga maruah diri supaya tidak dipijak oleh orang. Aku akan sentiasa ingat pesan mak cuma aku insan biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan, semoga Allah ampunkan dosa-dosa aku.. amin

Ini la tangan yang menjaga kami 12 beradik yang sangat sayang kan anak-anak. Mak tak garang cuma mak suka membebel sikit sebab anak2 dia tak nak dengar cakap. Mak ni kalau nak tau dia seorang yang happy go lucky cum sejak akhir-akhir ni mak nampak tak banyak cakap mungkin tragedi 11/01/2020 tersebut. Aku tau mak lagi tabah dari kami adik beradik.

Semoga mak cepat sembuh yea.. kami semua sayang mak
Friday 24 January 2020

Dia garang tapi hati tisu

Hari ni genap 14 hari pemergian abah. Kenangan bersama abah akan kekal sehingga akhir hayat aku. Bercerita berkenaan abah dia seorang yang sangat tegas pada anak-anak dia tetapi dia lah orang paling cepat mengalirkan air mata bila anak-anak menghadapi kesulitan dan kesakitan. 

Dia bukanla seorang yang banyak cakap pada kami adik beradik tetapi dia lah akan bercerita pada kawan-kawan tentang kejayaan anak-anak. Dia bukan riak Cuma berkongsi kegembiraan bersama sahabat rapat untuk menyatakan betapa dia gembira dengan kejayaan anak-anak. Tidak pernah dan tidak jemu dia mengingati kami adik beradik untuk melakukan perkara WAJIB iaitu menunaikan SOLAT 5 waktu sambil mengeluarkan air mata bahawa siksa akan dapat jika tidak menunaikan perkara wajib tersebut. Allahuakbar... Al-Fatihah pada abah

Abah suka sangat dengan masakan mak dan kak long, kalau mak tak ada atau mak pergi balik kampung halaman abah boleh je memasak. Masakan abah pun sedap Cuma dia jarang je gunakan skil kepakaran dia pada kami aku pun tak tahu kenapa atau mungkin dia tak confiden dengan kepakaran yang dia ada.. 

Abah juga suka makan nasi berulamkan tembikai, orang terengganu panggil timun cina. Kalau tak ada tembikai akan kurang sedikit abah makan. Tapi abah akan berselera jika mak dan kak long yang masak, kalau anak-anak yang lain masak berselera juga tetapi kurang sikit.. hehehe abah oh abah
Kalau bulan puasa abah suka minum air kelapa muda untuk berbuka, dan tak kan tinggal tembikai yang menjadi kegemaran dia. Dia sentiasa ingatkan kami supaya jangan membazir sebab kami ni memang jenis yang kuat makan tapi tahun ni tak dapat lagi melihat karenah abah dan kata-kata abah semasa berbuka... Allahu sakitnya

Semoga abah tenang... doa kami adik beradik akan sentiasa bersama abah. Didikan abah pada kami adik beradik sangat sempurna abah.. 

Wednesday 22 January 2020

dia pergi dan tak kan kembali

pada 11/01/2020 kami dikejutkan dengan berita menggemparkan dan menyayat hati. kesedihan menyelubungi keluarga kami dengan berita kematian mengejut seorang yang amat kami sayang, sanjungi dan hormati iaitu abah.

abah pergi secara tiba-tiba membuatkan kami amat terasa pemergian beliau. tak dapat aku gambarkan betapa sedih hati sehingga ke ulu hati yang paling dalam. begini rupanya rasa kehilangan yang amat sangat. sakit yang juga tidak dapat aku gambarkan dengan kata-kata.

pada malam kejadian semasa aku mendapat berita yang sangat menyayat hati, fikiran terus berfikir adakah aku bermimpi dengan berita ini? semua berlaku dengan begitu pantas sehingga aku tidak dapat berfikir dengan waras. raungan pada malam yang abah tiada membuatkan aku hilang arah dan hilang pedoman walhal arwah abah dah minta supaya jika dia telah pergi jangan tangisi, aku insan hina dan tidak berfikir dengan waras telah meratapi dengan raungan yang kuat... maaf kan anak mu wahai abah, anak mu tidak tabah menghadapi pemergian mu secara mengejut.


kornologi kejadian
pada hari 11/01/2020 (Sabtu) abah macam biasa melakukan rutin harian, selepas solat subuh abah akan bersiap2 untuk ke taman berjogging. tiada yang menghairankan mak dengan perlakuan abah sehinggalah abah melakukan kerja-kerja dihadapan rumah pada petang selepas solat asar.

abah menyapu sampah, bakar sampah dan lain-lain kerja untuk mengemas di hadapan rumah. sehingga adik balik pada pukul 6 petang dari kerja, borak-borak dengan mak dan hampir magrib kelibat abah tiada. adik bertanya mak berkenaan abah, tanggapan mak yang abah telah siap dan pergi ke masjid yang juga rutin abah.

menghairankan adik adalah kenderaan yang biasa abah naiki masih ada di parking, dengan perasaan cuak dan takut mak suruh adik pergi ke halaman depan yang agak bertebing sebab rumah kami depan sungai so tempat abah melakukan kerja-kerja mengemas agak tersorok kebawah. mak menyuruh adik cari abah disitu.

pada masa tu lebih kurang pukul 7.30 malam, suasana agak gelap adik ajak sepupu aku yang duduk sebelah rumah untuk teman carikan abah. alangkah terkejut adik bila nampak abah terbaring di tanah. adik dengan rasa yang sangat takut terus berlari mendapatkan bapa saudara dan jiran untuk bawah abah ke hospital.

semasa di hospital adik sangat takut kerana perubahan abah dan menghantar wasap ke group adik beradik dan menyuruh kami semua balik. dengan keadaan menangis membuatkan kami rasa tidak keruan dan turut menangis sekali. setelah agak lebih kurang 45 minit abah berada di dalam kecemasan, doktor mengesahkan abah telah tiada.

dunia berputar seakan terhenti seketika, begini rupanya berada dalam keadaan ini.. Ya Allah ampunkan dosa abah. aku dan adik beradik tidak dapat menahan sebak dan sangat sedih dengan pemergian yang sangat mengejutkan kami ini.

kami sepakat dengan adik beradik untuk tidak melakukan post moterm. dalam surat kematian hanya menyatakan bahawa sebab kematian akibat serangan jantung.

aku dan keluarga terus balik tanpa memikirkan pakaian yang hendak dibawa. sampai di kampung lebih kurang pada pukul 2pagi. masuk je diruang depan rumah aku nampak sekujur tubuh abah yang sejuk dan kaku. kelihatan muka abah tersenyum sama dengan gambar diatas, aku tak tipu dan raub wajahnya kelihatan sedang tidur. Allahuakbar... 

kali terakhir aku jumpa arwah abah pada hari ahad 05/01/2020 semasa majlis tunang adik lelaki aku. setelah aku melihat raub wajah abah ati aku sangat sayu dan sangat rindu.. Allahuakbar, air mata menitis sangat laju sehingga keluar esakan kecil. aku cuba sedaya upaya untuk menahan tapi aku gagal.

keesokan hari lebih kurang jam 10.00 pagi abah dimandikan dan dikafankan... salam terakhir buat abah semoga abah tenang disana. tiada kata-kata yang mampu aku ucapkan lagi hanya doa mengiringi abah untuk ke alam sana.


semoga roh abah dicuci rahmat dan tenang disana...

Al-Fatihah buat abah (05/10/1955 - 11/01/2020)