Saturday, 29 November 2014
misteri
"MISTERI PENJARA PUDU" SEBAB KENAPA PENJARA PUDU DITUTUP? Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja... Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir".
Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan "BILIK TERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung.. Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali Kesalahan mereka yang lalu.
Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka. Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara2 sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut. Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula.
Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara2 yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung. Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu.
Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut. Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu. Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa hairan bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.
Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila sampai je ke dalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya.
Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata, "Heyyyyyy manusiaaa. Jangan kw sentuh itu harta. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa " "Ahmad Albab yang punyaaaaaa" Ha Ha Ha Ha Ha "Yaaaaaaa, Ahmad Albab yang punyaaaaaa . . . .
Tahniah kerana minat membaca.
Aku punya kusyuk dk baca.. puihh aku pun terkono. . . .so apa salahnya foward & share dengan kawan2 lain pulak. HAHAHA mesti excited baca kan.
Friday, 28 November 2014
Lawak xberapa best
Malam ni maharaja lawak tak berapa nak lawak la. Bosan tengok...
Tapi aku respek la pada peserta2 sebab nak buat orang gelak guling2 susah sangat. Nak buat orang nangis senang je...
So, sepahtu n bochey... korang memang terbaik dan selamba. Tahniah
cinta
Wednesday, 26 November 2014
Sentiasa ingat
Kita hidup hanya sekali jadi beringatlah dalam membuat perhitungan hidup. Allah bagi kita peluang untuk kita menjadi hamba yang diredhai olehnya...
Jika kita lalai didunia nescaya kita akan rugi di akhirat...
Peringatan pada diri sendiri dan pada kawan2 blogger tersayang. Semoga hidup kita dilimpahi rahmatNya.. amin dan selamat malam
Tuesday, 25 November 2014
duhai
Sahabat2ku:
Jangan tertipu
dengan usia MUDA
karena syarat Mati
TIDAK harus TUA.
Jangan terpedaya dengan
tubuh yang SEHAT
karena syarat Mati
TIDAK mesti SAKIT
Jangan terperdaya dengan
Harta Kekayaaan
Sebab
Si kayapun tidak pernah
menyiapkan Kain Kafan
buat dirinya
meski cuma Selembar.
Mari Terus berbuat BAIK,
berniat untuk BAIK,
berkata yang BAIK-BAIK,
Memberi nasihat yang BAIK
Meskipun TIDAK banyak orang
yang mengenalimu dan
Tidak suka dgn Nasihatmu
Cukup lah اللهِ yang
mengenalimu lebih dari
pada orang lain.
Jadilah bagai Jantung
yang tidak terlihat,
Tetapi terus berdenyut
setiap saat hingga kita
terus dapat hidup, berkarya
dan menebar manfaat
bagi sekeliling kita
sampai diberhentikan
oleh NYA
Sahabat2ku...
"Waktu yang kusesali adalah jika pagi hingga matahari terbenam,
'Amalku tidak bertambah sedikitpun, padahal aku tahu saat ini umurku semakin berkurangan"
Sunday, 23 November 2014
Jangan tunggu..
Jangan tunggu sampai esok kawan2, ini la peluang kita untuk membuat simpanan dan sekaligus membuatkan anda bebas hutang... insya Allah
Sila hubungi saya untuk keterangan lanjut... 017-3502400
Ada rahsia antara kita
Bila seorang kawan bercerita pasal cinta dan meminta untuk kita merahsiakan nya. Patut kah aku bercerita pada orang ketiga?
Berat sungguh cinta dia dimata aku, patut kah aku berterus terang pada si empunya diri? Salahkah idea aku ini? Aduh... berat yang aku tanggung berat lagi si dia yang memikul.
Aku terpaksa melupakan hasrat aku bercerita perkara sebenar bagi memegang amanah seorang kawan. Semoga kau (kawan ku tersayang) tabah dalam merencanakan percaturan hidup. Semoga persahabatan kita kekal abadi. Amin
Sunday, 16 November 2014
konsert & Graduasi day putri 2014
Putri sepanjang di tadika 2014
2 tahun putri telah belajar di tadika ini, banyak pengalaman manis dia pelajari antaranya melakukan tugasan harian sendiri, belajar berdikari, belajar bersama kawan2, dan belajar bersama guru2 yang sangat penyayang.
antara kenangan putri 2014.
aktiviti selepas makan, mereka diajar untuk melakukan sendiri sehinggakan dirumah dia akan basuh punggan dan bekas minuman setiap kali menggunakan nya.
setiap pagi sebelum memulakan pembelajaran mereka terlebih dahulu berhimpun didepan sekolah menyayikan lagi kebangsaan dan lagi negeri sembilan.

sambutan hari raya di sekolah, semua berpakaian baju raya... sungguh gembira mereka menyambut bersama-sama kawan2.
kafa time, mereka yang beragama Islam akan diajar menunaikan solat, membaca mukadam dan banyak lagi... terima kasih ustazah.