bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Friday 14 February 2020

jangan cabar kesabaran orang

aku sentiasa mengingati diri sendiri tentang sabar, "sabar separuh dari iman". orang yang kesabarannya tipis iman nya juga tipis dan aku sentiasa ingat perkara itu tapi aku hanya manusia biasa, aku juga tidak lari dari hilang kesabaran dengan orang-orang tertentu.

gambar ni aku ambik dari web https://khairulhakimin.com

aku sangat respek pada kawan yang sentiasa positif, mereka ini berada dalam kelompok biznes dan mereka berjaya mengatasi manusia yang berfikiran negatif dan sentiasa melontarkan kata-kata tidak sepatutnya. di usia aku dah 40 ni aku akan lebih berfikiran positif supaya aku akan sentiasa nampak muda dan jelita... hahaha

sekarang sekeliling aku ada rakan-rakan yang berfikiran negatif dan sentiasa menyalahkan orang lain tanpa melihat kelemahan diri. manusia macam ini merimaskan otak dan fikiran aku sebab aku terpaksa mengeluarkan kata-kata negatif dalam hati dan sangat menyakitkan. aku sentiasa berdoa supaya manusia ini aku tidak sentiasa berurusan dan aku tak mahu mengeluarkan kata-kata kesat didalam hati sebab Allah ada menyebut jika kita hanya menyuarakan didalam hati Allah akan murka juga dan mesti meminta maaf pada si manusia yang aku telah maki hamun itu.

susahnya hendak menjadi manusia positif bila berdepan dengan manusia negatif dan anggap mereka betul dalam semua hal. tapi sekarang aku hanya redha dan akan mengelak selagi boleh dan hanya tersenyum supaya perlakuan negatif yang aku dapat aku buang jauh-jauh.

kawan-kawan pulak macam mana nak mengelak daripada manusia yang sentiasa mencabar kesabarang korang?

18 comments on "jangan cabar kesabaran orang"
  1. Bila berdepan dengan manusia berfikiran negatif secara tak langsung memanglah geram & timbul kata yang bukan2 dalam hati.. Pastu cepat-cepat sebut أستغفر الله العظيم ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sakit nak tahan marah... bila hati bengkak semua perkara bleh jadi. semoga kita terus tabah kan

      Delete
  2. Saya ni introvert tapi kadang bila seseorang tu terlalu mencabar kesabaran saya, saya akan cakap depan muka tapi jenis perli tepi supaya dorang dapat hint yang dorang dah cross the line. But most of the time saya cuma istighfar dan cuba sedaya upaya untuk tidak bernafas satu udara dengan orang2 yang negatif ni. Automatic saya akan terikut jadi negatif skali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dengan awk... kita yang kena banyak bersabar kan, kalau ikut rasa binasa ikut hati akan mati.

      Delete
  3. setiap orang ada tahap kesabarannya

    ReplyDelete
  4. betul tu.. sakit hati bila didampingi oleh orang2 yg negatif..

    ReplyDelete
  5. Bersabar ..sabar itu iman ya.tak apa lah yang paling penting kita jaga hubungan baik dengan Allah itu yang kekal ya dek

    ReplyDelete
  6. sy sendiri pun, kalu jumpa/ berdepan dgn org negatif ni sy cuma mampu diam je dan dgr je. mmg hati skt tp kalu sy mencelah / menambah, sakit hati akan jadi kuasa dua.

    ReplyDelete
  7. kalau manusia tu asyik negatif jer memang terus pergi jauh-jauh
    kalau dilayan nanti dengan kita sekali jadi negatif macam dia
    hehehehe

    ReplyDelete
  8. betul tu.. semua orang ada limit masing2. jangan push button seseorang sampai ke hujung sbb kita tatau penerimaan orang macam mana. slagi boleh tolerate tu tolerate lah.. sama2 sabar..

    ReplyDelete