bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Wednesday 12 February 2020

coronavirus di Malaysia

semua rakyat bahkan semua negara telah maklum berkenaan virus sekarang yang menjadi topik utama dunia telah menyerang tanpa memilih faktor umur. Puncanya bermula di Wuhan yang berada negara cina. 

aku copy beberapa maklumat untuk sama-sama mengetahui serba sedikit untuk kita mengambil langkah berjaga-jaga supaya kita dan keluarga tidak dijangkiti.


KUALA LUMPUR: Dakwaan kononnya seorang rakyat Malaysia dijangkiti coronavirus baharu (2019-nCoV) di sebuah hospital swasta di Cheras di sini, adalah palsu. Menerusi akaun Facebook rasminya, Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan tiada kes 2019-nCoV di lokasi berkenaan seperti yang tular di media dan aplikasi sosial.

Mesej tular itu mendakwa satu kes coronavirus dikesan di Hospital Sunway Cheras (Sunway Medical Center Velocity) dan memberi amaran orang awam supaya tidak mendekati lokasi terbabit. “Jangan berkongsi atau menyebarkan berita palsu ini,” tegas KKM dalam kenyataan itu, semalam.


Pada masa sama, KKM turut menafikan satu lagi dakwaan kononnya ada individu dijangkiti coronavirus di tingkat tiga pusat beli-belah Mid Valley, di sini. Semalam, pengurusan Mid Valley mengeluarkan kenyataan menafikan berita palsu itu dan memaklumkan pihaknya sentiasa memantau keadaan semasa di sekitar kawasan premis berkaitan susulan penularan coronavirus di negara ini.

“Kita sudah mengambil langkah berjaga-jaga dalam hal ini. Ia termasuk menempatkan bahan pencuci tangan (hand sanitizer) di sekitar pintu masuk pusat beli-belah, kaunter pertanyaan, tandas, lobi, lif dan eskalator. “Kakitangan Mid Valley turut akan meningkatkan kekerapan pembersihan beberapa kawasan dan fasiliti tumpuan pengunjung termasuk lif, tandas dan tombol pintu.

“Selain itu, kita menjalankan pemeriksaan suhu terhadap kakitangan pengurusan dan pembekal barangan dari semasa ke semasa,” jelas kenyataan itu.


Pasar makanan laut Wuhan bukan satu-satunya punca penularan coronavirus - Pakaree

BEIJING: Pasar makanan laut di Wuhan, wilayah Hubei mungkin bukan satu-satunya sumber kepada penularan wabak coronavirus (2019-nCoV), kata pakar paru-paru di China, lapor agensi berita Xinhua.

Naib Pengarah Hospital Wuhan Jinyintan, Huang Chaolin, dalam satu wawancara dengan majalah perniagaan Caixin baru-baru ini berkata, mungkin terdapat beberapa tempat lain di mana virus itu mula-mula disebarkan kepada manusia.

Hospital itu antara pusat perubatan dikhaskan untuk merawat pesakit yang dijangkiti virus berkenaan. Huang dan pasukannya baru-baru ini menerbitkan sebuah artikel di Lancet, jurnal perubatan umum terkemuka dunia, berkaitan beberapa penemuan awal mengenai data klinikal coronavirus membabitkan 41 kes yang terawal.

Pesakit pertama yang dimasukkan ke hospital Huang pada 1 Disember didapati tidak terdedah langsung dengan pasar borong makanan laut Huanan di Wuhan, sebelum ini dianggap sebagai lokasi penularan wabak dan keluarganya juga tidak mengalami gejala pernafasan atau demam. Antara tiga pesakit lain yang diterima pada 10 Disember, dua tidak terdedah dengan pasar makanan laut itu. Secara keseluruhan hanya 27 daripada 41 kes yang mempunyai kaitan dengan pasar.

“Berdasarkan keseluruhan keadaan, pasar makanan laut bukanlah satu-satunya sumber (asal novel coronavirus), ia mungkin datang daripada pelbagai sumber,” kata Huang. Tetapi tiada petunjuk ditemui mengenai sumber lain itu. Pasar makanan laut Huanan terletak di kawasan pusat bandar daerah Jianghan, kurang satu kilometer dari stesen keretapi Hankou. Selain makanan laut, ayam dan daging turut dijual di pasar itu sebelum ia ditutup pada 1 Januari.

Pakar Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China sebelum ini berjaya mengasingkan sampel yang diperoleh dari pasar berkenaan. Sebanyak 33 daripada 585 sampel didapati mengandungi virus asid nukleik.

Sehingga Selasa, virus maut itu telah meragut 132 nyawa dan menjangkiti 5,974 orang di seluruh negeri China. – BERNAMA
3 comments on "coronavirus di Malaysia"
  1. Moga kita dilindungiNya selalu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah... semoga penyakit ini cepat reda dari negara kita

      Delete
  2. allahuakhbar.. semoga cpat ujian ini berlalu pergi.
    ameen ya rabb..

    ReplyDelete