bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Friday 23 March 2018

Tentang Kucing British Short Hair

kalau bab2 kucing ni sebenarnya dari kecik aku memang geli sangat2 tapi sekarang dah semakin matang ni aku dah boleh pengang, dah boleh peluk, dah boleh letak atas pangku.. semua ini penangan si suami dan anak2 yang sangat sayang pada binatang jinak ini. dan aku dah ada rasa perasaan sayang pada binatang peliharaan ini.

walaupun sekarang ni aku masih lagi ada perasaan geli geleman dan geram dengan perangai yang manja ala2 mengada-ngada dengan suami dan anak2, perbuatan mereka membuatkan hati aku tercuit dan rasa terhibur.

sekarang ni suami dah ada beberapa ekor kucing peliharaan yang berketurunan British Short Hair. bulu mereka ni lain dari baka kucing biasa. lawa dia tu mcm aku nak picit2 je sebab geram sangat, tebal dan lebat.

aku google tentang kucing British Short Hair ni.

Kucing bulu pendek British (Bahasa Inggeris: British shorthair) ialah versi berpedigri bagi kucing bela jinak British tradisional, dengan badan dempak tersendiri, bulu plusy dan pelbagai warna dan corak lain, termasuk tabi dan titik warna.

Ia merupakan salah satu baka kucing paling purba yang diketahui, mungkin berasal daripada kucing bela jinak Mesir yang diimport ke Britain oleh orang Rom yang menakluk pada abad pertama. Pada zaman moden, ia kekal sebagai baka berpedigri paling popular di negara aslinya, seperti didaftarkan oleh Governing Council of the Cat Fancy (GCCF) United Kingdom.

Penampilan bersifat baik dan perangai agak tenang baka ini menjadikannya sebagai bintang media kerap, yang ketara sebagai ilham untuk ilustrasi terkenal Tenniel bagi Cheshire Cat daripada Alice's Adventures in Wonderland. Pada era lebih moden, seekor kucing bulu pendek British biru merupakan subjek citra "I Can Has Cheezburger?" asli, dikreditkan dengan pempopularan fenomena lolcat.

dalam gambar ni nama dia frankin si jantan ala2 macho tapi bila bunyi barang jatuh terus lari menyorok hahahah... klakar gelagat dia. tapi dia punya manja mengalahkan kucing betina. nak2 kalau dengan si suami manja dia buatkan aku rasa nak ketuk2 je kelapa dia sebab ngada-ngada lebih. frankin ni makan nak yang mahal dan sedap je... memilih giler (tumbok tau la). 

video kat bawah ni pulak nama dia fancy dah sarat tu... beberapa hari lagi lahir lah anak2 dia. si suami tak sabar sangat tunggu fancy beranak bukan main lawa lagi kotak tempat fancy beranak. aku pulak naik jeles... hahahaha 

ni la serba sedikit tentang British Short Hair yang aku tau dan aku gugel. kalau sape2 nak beli ke boleh la contact aku untuk keterangan lanjut sebab suami buat juga breed ni.

9 comments on "Tentang Kucing British Short Hair"
  1. Geram tengok kucing British Short hair ni Yus..
    Kucing ni comel dan manja tapi LZ belum terlintas nak bela.. ;-)

    ReplyDelete
  2. Eeeeee.... comellllnya, geram pula. saya memang geram nampak kucing mcm ni, confirm kena cium2 ~! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang comel sangat awak... dia ni sangat manja dan jinak sangat

      Delete
  3. mahal tak kos penjagaan british short hair ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tahan ar kos dia, kalah saya nya kos makeup.. huhuhu

      Delete
  4. Agak² brp ya kos penjagaan bulanan n tahunan breed BSH ni?

    ReplyDelete
  5. Wah terima kasih atas artikel yang berguna dan bermanfaat. british shorthair kittens

    ReplyDelete