bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Tuesday 30 January 2018

Air Freshener de’xandra

Mana kawan yang dah tau aku adalah dealer untuk produk de’xandra akan tahu yang aku juga jual baby baru keluaran de’xandra ini iaitu air freshener untuk kereta dan boleh juga di gantung dimana-mana.

 Harga sama macam pewangi kereta di luar sana iaitu semurah rm10 sahaja. Wangian boleh dikatakan semua wangi tapi yang sangat top ada 8 wangian dan boleh dikatakan semua sedap bau nya. Sape2 nak cuba wangian boleh wasap saya di no 017-3502400 dan sape yang dekat dengan Butik kami boleh walk in ke sana yea iaitu di Kuala Berang, Hulu Terengganu tau.


 kalau korang nak tahu kami buat potongan sebanyak 5% tau bleh refer kat gambar bawah ni:

best kan? walaupun 5% tu tak banyak tapi ok la ada la jugak less, betul x?


Monday 29 January 2018

GIVEAWAY SOUVENIRS PULAU JEJU BY SITIYANGMENAIP & SALBIAHM

saya pun dah terjebak dengan GIVEAWAY SOUVENIRS PULAU JEJU BY SITIYANGMENAIP & SALBIAHM ni.

mesti cantik2 dia punya servenior. ni pun jalan2 di blog kawan saya iaitu MRS.A dan kawan baru saya RAYDAH so mana tau kan kot2 dapat... hehehe barang free kan mesti kena rebut dan cuba dengan jaya nya...

so,

blogger SITIYANGMENAIP & SALBIAHM saya dah ikut semua arahan. semoga saya berjaya.. Insya Allah

Thursday 25 January 2018

tiada niat hendak mengata

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...



cuba baca tajuk aku diatas tu, bukan bermaksud nak mengata tapi ini adalah peringatan pada diri aku sendiri dan kawan-kawan yang boleh terima la kesalahan dan kelemahan diri. Aku sebenarnya mempunya ramai kawan yang rapat mahu pun juga tidak rapat dan ada antara mereka berkongsi masalah dengan aku. aku ni pulak jenis suka dengar je apa yang kawan-kawan nak luahkan pada aku tak kira isu apa sekalipun tadah je telinga mendengarnya.

ada satu isu tu yang menyentuh dan aku rasa sangat terganggu bila kawan aku ini yang aku sendiri tau macam mana karektor dan perangai dia, menceritakan pasal kesalahan orang lain yang sebenarnya dia kena mengaku perkara itu adalah perilaku yang dia selalu lakukan dan bila terjadi nya pada dia yang orang lain buat pada dia dan tidak boleh menerima kenyataan.

hendak sekali aku menyuarakan dalam dunia ini ada karma, apa kau lakukan itu la yang kau akan dapat tapi mulut aku masih tidak boleh menyuarakan perkara itu kerana hendak menjaga air muka kawan aku ini. Peringatan ini aku tuju juga pada diri aku sendiri dan sentiasa berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara dan menyuarakan sesuatu perkataan yang akan diungkap.

entah la, kadang-kadang kita tidak boleh menjadi terlalu jujur dalam sesebuah persahabatan bimbang akan melukakan perasaan mereka. jadi aku sendiri akan sentiasa menjaga dan mendidik hati supaya berwaspada dan berhati-hati dalam pergaulan seharian.

di sini aku pinjam sepotong ayat yang sentiasa kita dengar "what u give u get back". Ungkapan itu sangat dalam dan sangat bermakna. sekian....
Friday 19 January 2018

salam Jumaat


hari ini adalah hari terakhir bagi minggu ini aku bekerja dan hari ini la hari yang dinanti-nantikan oleh aku... heheheh sebab esok dah cuti yeeaahhhhaaaaa... soronok dan beronok ronok sangat rasa hati ini. berbunga serta kembang semangkok dah rasa nya.

Dalam Islam pun ada menyatakan yang hari jumaat adalah penghulu segala hari dan hari kiamat adalah pada hari jumaat. Banyak kelebihan hari jumaat ni kan. Kalau dekat Terengganu hari ni adalah hari cuti untuk penjawab awam tapi di Negeri Sembilan sebalik nya. Tak apa la kerja atau cuti kita sama-sama kena beringat yang mati itu pasti.

Hari ini belum lagi berakhir si suami dah ada plan biz dia. Terpaksa lah ikut plan dia esok kalau ikutkan aku, aku nak je duduk rumah santai-santai sambil menonton tv. Memandangkan esok nak keluar malam ni kena la siap2 sikit rumah. Kena basuh kain awal2 dan kemas rumah sikit2 mana yang boleh.




Thursday 18 January 2018

azam tahun 2018

hari ni dah 18/01/2018 kan baru aku nak bercerita pasal azam aku untuk tahun ni iaitu tahun 2018. azam aku adalah nak masuk Asia Islamic Fashion week macam WOW kan? belum cuba belum tahu kan. kalau lah impian aku pada tahun ni menjadi kenyataan alangkah gembira nya aku.

langkah pertama kena jadi visitor mereka dahulu dan lihat fasyen macam mana yang boleh melayakkan kami menyertai dan berdiri bersama pereka fesyen asia yang lain. designer insya Allah aku ada kawan kepada kawan. tapi belum pernah tanya pasal bisnes cuma say hai dari jauh. malu kot nak berkawan dengan orang2 macam tu tapi aku akan cuba dengan sedaya upaya cuba mampu atau tidak untuk membayar mereka ini.


cita-cita aku bukak butik memang nak semua orang tahu pasal butik kami. aku tak mahu sekadar angan-angan kosong sahaja. aku dan team akan cuba sedaya upaya. untuk permulaan aku nak cuba masuk Malaysia punya dahulu mana tau kan untuk Butik RG akan dikenali serata dunia... hehehe, Insya Allah. tapi bila aku google tak ada pulak yang Malaysia punya semua Asia sahaja. tak apa percubaan pertama mana tahu rezeki kami menempah nama dia asia kan?



yang sangat penting design kami mestilah memenuhi kreteria islam sejati sebab team kami ni ada pengkritik (kak long aku la tu). dia akan marah jika pakaian yang kami jual tidak menepati dan senang cerita mcm tak sesuai bagi muslimah untuk memakai nya.

kawan-kawan yang sentiasa melawat blog saya ni doakan kejayaan saya yea
Wednesday 17 January 2018

Lari

Malam ni rasa sayu sangat rasa nak nangis rasa rindu dan mcm2 rasa la. Tak tau nak ungkap dengan kata-kata. Nak sangat lari ke zaman kanak2 zaman yang tidak perlu untuk berfikir apa2 kecuali main dan main. Zaman tu ada adik beradik yang sentiasa gaduh bila aku dapat sikit makan, berebut makanan yang tak banyak dan bila dapat sikit menangis cakap mak tak sayang padahal aku yang kuat makan.

Gambar sekadar perhiasan.. hehehe


Zaman tu terasa sangat kesusahan abah dan mak membesarkan kami 12 beradik. Macam2 ragam kami tapi yang pasti perangai aku suka menangis. Sikit sikit nak nangis walaupun isu kecik orang cakap? Hati tisu? Hehehehe tu la perwatakan aku dari dulu sampai sekarang.

Sekarang umur abah dah 63 tahun ni mak pulak dah 61 rasa sedih bila tengok tangan mereka mula mengecut, badan pun dah tak sekuat dulu. Abah aku tu seorang yang sangat garang salah sikit dapat la rotan berbirat jugak la kena rotan dekat dia tapi aku jarang kena rotan sebab aku anak yang baik dan mendengar kata.. hehehe yang paling degil waktu tu adik lelaki aku yang no 3 dengan kaklong. Yang lain ada tapi waktu tu mereka kecik lagi.

Masa umur aku darjah 5 aku pandai dah jaga adik2, mandikan adik, cebok berak adik. Ada je adik waktu tu umur tak sampai 1 tahun aku dan kaklong dah pandai buat semua tu sebab tu la kami sangat pandai berdikari. Dulu mak dah bagi2 tugas, aku kena kemas rumah, jemur kain dan lipat kain. Tugas kaklong masak, basuh kain, gi kedai dengan moto sebab tu la aku tak pandai masak sebab jarang tengok mak masak. Sekarng ni kaklong la teror masak kalah mak. Bila kami puji masakan kaklong lagi best dari mak dia selalu merajuk... hehehe mana bleh lawan tokeh kan so kami iya kan aja.

Dulu kalau kena rotan dekat cikgu balik rumah nangis cerita dekat mak, abah dengar bagi lagi satu dass bertambah sakit badan aku. Zaman sekarang anak2 kat sekolah tak boleh kena rotan tak boleh kena denda sikit mak ayah datang maki2. Kesian aku tengok cikgu2 sekarang dah banyak rintangan mereka kena hadap. Dulu cikgu la orang yang paling dihormati selain mak dan ayah. Guru2 kena tabah yea... zaman sudah berubah

Kalau dulu waktu di sekolah mesti ada cikgu yang garang. Biasa masa tu cikgu yang garang selalu mengajar Bahasa Melayu. Kalau tak dapat jawab kena diri atas kerusi tak dapat jawab lagi diri atas meja. Rotan, cubit, pangping, jalan itik dan banyak lagi jenis denda kami lalui. Waktu tu apa denda yang kami kena kami redha sebab tu kami jadi orang sekarang. Kami jadi lagi bertanggungjawab dan lagi boleh berfikir mana yang betul mana yang salah dalam melakukan sesuatu perkara. 

Malam ni serius aku rindu keluarga aku.. rindu mak rindu abah rindu adik beradik rindu kampung rindu nak tidur lewat borak2 ngan adik beradik bercerita kisah silam kisah yang tak akan kembali lagi kisah dan sejarah hidup yang sangat bermakna. Memang sampai bila2 tak akan dapat aku lupa.

Sekarang dah pukul 10.34pm mata pun dah ngantuk so jumpa lagi dalam entry baru yea... nite

Banyak nya berita

sejak akhir-akhir ni banyak benda berlaku dan berita yang kita dengar. ada berita Pelakon terkenal kena tangkap la ada pulak berita sedih budak kena hempap kerusi yang manusia tidak bertanggungjawab buang la, ada budak sekolah yang buat cerita kena colik la. entah la banyak sangat perkara berlaku yang boleh membuka mata banyak pihak termasuk aku.

baru-baru ni viral pasal lori yang langgar pengguna jalan raya yang tidak bersalah. Malaysia ni dah macam dalam cerita drama dan cerita dongeng dah bila aku buka bahagian berita tu. rasa macam tak percaya pulak semua ini berlaku di Malaysia tanah tumpah darah aku. macam mana la zaman akan datang kan?

ni cerita Farid Kamil yang kena tangkap gara-gara kesilapan sendiri. aku pun tak boleh salah kan dia seratus peratus sebab kita bukan di pihak dia. macam aku, cuma membaca bahan bacaan daripada en gugel je dan dari berita yang kita tak tahu pun kesahihan nya. pastu ada pulak dengar Diana Daniel menyelak rambut suami dia. biar la dah memang suami dan isteri nak tengok suami sama ada ok atau tidak. itu pun nak masuk dalam akhbar. pelik la dan macam-macam betul la

memang ajal dan maut di tangan Tuhan tapi kalau awk yang dari tingkat 21 baling kerusi ke bawah memang mengundang malapetaka. cuba bayangkan anak2 korang yang bermain dibawah dan anda yang buat balingan tu apa rasa korang? tolong la perkara mcm tu sepatutnya tidak berlaku di kalangan masyarakat kita di Malaysia ni.

bagi kawan-kawan yang membaca blog saya ni kita semestinya sentiasa behati-hati walau di mana kita berada. malang memang tidak berbau


Monday 15 January 2018

DIA kan ada

Best baca ni... Walaupun copy paste je....

Dalam dunia ni, semua benda bergerak dalam zon masa masing2.

Ada yg masih single...-
Ada yg nikah 20 ribu belanja, sebulan dah berpisah..
Ada yg dah nikah 10 tahun tapi masih belum ada anak.
Ada yg baru nikah bulan lepas, hari ni dah mengandung.

Ada yg grad umur 23 tapi terpaksa tunggu 5 tahun sebelum dapat kerja tetap.
Ada juga yg grad umur 29 tapi lepas grad terus dapat kerja jawatan tetap.

Ada yg muda lagi umur 25 jadi CEO tapi umur 50 dah meninggal.
Ada juga yg umur 50 baru jadi CEO dan hidup sampai umur 90.

Zon masa kita semua tak sama...
Jadi tak perlu merasa kita 'tertinggal' hanya bila nampak org lain lebih berjaya,masa kita belum sampai...
Obama retired masa umur dia 55, tapi Trump 'bermula' pada umur 70.
Hanya zon masa mereka saja yg berbeza.
Tapi sama2 dapat jadi Presiden.

Ada yg dipanggil Datuk pada usia 47 tahun, dan ada yg dah ada cucu di umur yg sama...
Malah ada yg baru menimang cahaya mata pertama di umur yg sama...

Ada yg 'depan' dari kita...
Tapi ada juga yg 'belakang' kita.
Semua org bergerak dalam laluan yg berbeza pada zon masa yg berlainan.

ALLAH ada perancangan berbeza utk kita semua.
Jgn dengki, jgn sakit hati, jgn sedih...
Mereka bergerak dgn zon masa mereka dan kita pun ada zon masa sendiri.

You are not late.
You are not early
You are just on time.
Jgn stress.
Keep going..teruskan dgn apa yg dikerjakan.

Percayalah bahawa perancangan ALLAH jauh lebih baik, rezeki kita telah dicatit olehNya.

Siapa nak jaga kita bila kita dah tua?

Ada org, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh.
Difikiran nya siapa lah yg akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada org, dah berkahwin tapi belum punya anak, pun terfikir siapa kah yg akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada org, ada anak, tapi hanya seorang, pun terfikir, kalau dia kerja jauh siapalah yg nak jaga aku nanti.

Ada org, anaknya semua lelaki.....
Juga terfikir siapalah yg akan jaga aku nanti.
Nak ke menantu perempuan aku nanti jaga aku???

Ada org, anaknya semua perempuan, sama juga.
Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing2.. siapalah yg nak jaga aku nanti.

Apa masalah kita sebenarnya?

Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia.
Di tangan anak.
Di tangan suami.

Walhal yg jaga kita itu ALLAH.

Berapa ramai org yg anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri.

Berapa ramai juga org yg saya jumpa hidupnya tidak bertemu jodoh, namun pada usia 60 70 80 masih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik daripada org yg usianya baru jejak 50-an namun sudah sakit lutut jalan bertongkat walau anak2 ada di sisi menjaga.

ltulah kita kata rezeki.
Dan rezeki itu hak ALLAH.
Yakin
Yakin
Yakin

Jgn runsingkan kerja ALLAH.
Runsingkan kerja kita yg asyik tak siap ni.

Jgn runsing belum ketemu jodoh
Jgn bising masih belum ada zuriat
Jgn sedih hanya kerana beranak sorang
Jgn kalut kalau hanya ada anak lelaki
Jgn cemas jika hanya ada anak perempuan.

Lebih dari itu jgn takbur sangat kita ada jodoh, anak ramai, cukup laki perempuan.

Jgn pertikaikan...
"eh nanti tua siapa nak jaga kau."
Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti
Sempat ke kita tua?

Masa depan kita sentiasa dlm kekuasaan ALLAH.
Dan ALLAH itu Maha adil.
Setiap org akan dapat apa yg ALLAH kata dia layak dapat. Kuatkan pergantungan kpd ALLAH, itu yg paling penting.

Pendek kata ALLAH ADA. Jangan takut
,,
ALLAH sebaik-baik perancang ALLAH sebaik-baik pelindung

حسبي الله ونعم الوكيل
Cukuplah ALLAH bagiku 😊😊😊
Friday 12 January 2018

give and take

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

korang pernah tak gaduh dengan seseorang dan cakap dalam hati yang korang tak akan maafkan mereka tersebut. aku dulu pernah dan ada beberapa dalam fikiran aku yang memang membuat aku rasa sakit hati, mendidih, marah tahap gaban dan tak akan maafkan mereka ini. pernah jugak terkeluar perkataan yang tidak elok untuk didengari.




semua perkara tersebut telah lama berlalu dan aku dengan rendah diri mengakui aku sendiri pun ada melakukan kesilapan dan kesalahan yang aku sedar mahupun tidak sedar. pengalaman tersebut la membuat kan aku lebih matang dan sentiasa berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata sehinggakan aku sendiri akan diam walaupun perkara tersebut isu sensitif. aku pun dah lama memaafkan mereka...

pernah dahulu aku tidak tahu pun perkara tersebut tiba-tiba aku kena maki hamun. Allah sahaja yang tau betapa sakit dan peritnya nak menahan sabar dengan makian tersebut. hanya air mata dan doa sahaja aku dapat buat ketika itu. betul la Allah cakap SABAR ITU SEPARUH DARI IMAN.                  

Allah hendak menguji besar mana Iman yang kita ada dengan menjadi seorang penyabar dan tidak berdendam. harapan aku pada diri sendiri supaya tidak bertindak terburu-buru dalam mengeluarkan kata-kata dan sentiasa berhati-hati... Insya Allah
Tuesday 9 January 2018

lesu nya

sejak dua menjak ni rasa lesu nya badan, lain betul rasanya sekarang ni. penat mengalahkan orang membanting tulang di bendang lesu mengalahkan orang yang melakukan kerja-kerja menggunakan tulang empat kerat melakukan kerja mencari nafkah seperti pekebun yang mengambil kelapa sawit.

balik kerja dalam pukul 9 malam dah ngantok dah rasa mengantok. letak je kepala dekat bantal dah hanyut kadang-kadang tu bila suami panggil sayup2 je kedengaran.. hehehehe sebab terlalu penat kerja-kerja rumah suami yang tolong settle kan. rasa bersalah jugak tapi memang penat tak boleh tahan.



adakah saya akan medapat perkhabaran gembira? harap begitu la... doakan semoga saya mendapat berita gembira yea kawan2 semua...


Monday 8 January 2018

Dia pencinta kucing

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog saya. hari ni saya sebenarnya tak ada mood nak buat kerja apa tah lagi nak mengarang dalam blog saya ni. walaupun begitu (cewah ayat x bleh bla) saya cuba sedaya upaya update blog saya untuk tatapan semua.

suami saya dan anak saya suka sangat dengan kucing tak kira la kucing tu kucing jalanan ke atau kucing peliharaan. terjumpa je nak pegang la nak bagi makanan la... aku memang tak ada masalah dengan semua tu cuma disini aku nak bercerita pasal suami seorang breeder kucing import.

aku nak bercerita panjang lebar aku tak berapa faham sangat kucing inport ni so just nak berkongsi jika sesiapa yang berminat hendak bela kucing import ni boleh la pm aku di no 017-3502400 tau terus direct suami di no 012-6163267




ni jenis Scottish fold dia nak jual. cantik sangat dan ada surat beranak. dia ni juga tengah mengandung... kalau berminat boleh la pm kami dengan segera kerana kucing2 ni memang ramai yang suka dan cari.
Wednesday 3 January 2018

Hari ke 3 tahun 2018

Assalamualaikum korang.. buat apa tu? mesti masih melakukan kerja-kerja opis yang tidak sudah-sudah kan. kalau macam tu kita memang geng la. bila la boleh jadi big bos untuk syarikat sendiri.


bercakap pasal big bos ni semua orang nak jadi bos padaha tak tau apa beban yang mesti kena pikul oleh seorang bos atau pengurus atau pengarah atau what ever yang berkaitan dengan big bos la. sebab aku sekarang sedang merasa berat nya beban yang mesti aku galas walaupun butik aku cuma sekangkang kera sahaja.

perkataan bos tu senang diucap tapi payah nak jalankan nya. sebagai contoh bila syarikat tidak mencapai keuntungan yang dikehendaki bos akan berusaha untuk membayar gaji pekerja, bayar hutang syarikat dan banyak lagi bayaran kena dilakukan. asal hujunng bulan je mesti bos akan sakit kepala memikirkan nya kecuali la syarikat dah maju dan stabil. yang hepi adalah pekerja, dapat gaji setiap hujung bulan.

tapi tak apa, ini baru permulaan mana tau rezeki aku akan datang kan. aku berharap dan berdoa semoga semua berjalan lancar seperti aku rancangkan... amin


Tuesday 2 January 2018

selamat menyambut Tahun Baru 2018


makin meningkat lah lagi satu anak tangga umur kita kan. yang mana sedar tu sedar la mana yang masih belum sedar diri tu rugila jika apa2 berlaku (peringatan pada diri sendiri).

masih mempunyai azam macam tahun-tahun lepas jugak. azam tahun lepas agak2 korang rasa tercapai tak? hehehehe...

azam tahun 2018 :
  1. nak anta mak ngan abah gi umrah
  2. Nak capai target tempahan sebulan 
  3. nak cantikan lagi butik
  4. nak tambahkan lagi produk butik selain tempahan pakaian
  5. nak beli aset butik (kereta)
  6. nak kurus (setiap tahun wajib ni)
dalam kepala otak aku ada duit je sekarang ni, bukan aku gila duit tapi kena struggle untuk tahun2 yang akan datang untuk masa depan aku yang semakin singkat untuk anak2 yang semakin membesar untuk mak dan abah juga untuk adik beradik.

seronok kalau kita banyak duit ni banyak benda kita boleh buat sebagai contoh sedekah kan akan membolehkan kita pahala dan sampai bila2. sape tak nak kan. tapi target untuk tahun 2018 mcm dekat atas tu la... harap termakbul semua nya INSYA ALLAH

















tb majlis pertunangan 21/04/2017


Lagu Sampai Syurga Faizal Tahir

Lagu ni nyanyian semula oleh suami tercinta, Lagu Sampai Syurga Faizal Tahir


Percutian ke hatyai

lama dah nak update percutian ke hatyai ni. tapi masa tidak mengizinkan atau dengan kata kesat aku malas nak update.

percutian ke hadyai melalui jalan darat (bas) memang sangat memenatkan dan membuang masa kerana masa banyak terbuang di Padang Besar. sebab nya emigration kita dan Thailand tidak dinaik taraf menyebabkan jem.

waktu ni dah sampai ke Padang Besar, manusia ramai giler nak masuk Thailand bukan sikit2, kenderaan pun banyak menyebabkan sesak jalan raya.



hari pertama :
dapat je masuk ke Hatyai terus letak pakaian dan mandi, buat mana yang wajib dan trun cari makanan.. lapar giler kot. daripada Padang Besar tunggu situ dah 4 jam dari sempadan nak ke Hatyai dah 1 jam tak ke membazir masa? huhuhu... pas ni naik flight lagi baik tau. tempat makan dekat sini tak la susah nak cari kebanyakan orang Islam menghuni. tapi kena tengok juga dan berhati-hati. 



waktu ni dah pukul 6.00 petang masa untuk cuci mata cuci wallet tapi jangan lari bajet nanti balik gigit jari kaki... hahahah



pasar malam dekat sini tak jauh pun dengan pasar malam malaysia cuma tempat kita lagi sistematik.. ehehehe, Malaysia best lagi tau #akuanakmalaysia



muka penat, tak bleh bla...


makanan semua lebih kurang sama ngan Malaysia tp aku pilih yang thailand nya makanan


ni la antara sedikit percutian aku ke hatnyai.