bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Friday 25 December 2015

Best kalau dapat ruang depan rumah macam ni

Dari dulu lagi aku sangat suka kalau halaman rumah yang cantik dan selesa, sedap mata memandang tapi semua tu kena gunakan kos... Kat bawah saya ambik dari pakcik google sebab ini antara ruang halaman rumah yang saya sangat suka.

Simple je kan.. tapi rumah saya tak boleh buat macam ni kerana ruang yang sangat sempit dan sekangkang kera je.. huhuhu

Ni lagi besar... kalau dapat beli tanah dekat kampung nak sangat saya dirikan rumah macam ni. Simple dan sangat kekampung kampungan... hehehe

Yang ni ok... cantik dan simple

Yang ni nampak simple tapi kos tinggi... 

Yang ni pun sangat cantik kan..

Yang ni untuk rumah yang ada ruang tepi yang besar

Yang ni pulak untuk rumah banglow kot..

Kalau dapat rehat sambil membaca di ruang macam ni fuh... nyaman dan segar kan?

Cantik kan?

Yang ni pun bleh deploy dekat rumah saya.. cantik2

Simple dan cute...

Yang ni pun saya boleh ambik untuk rujukan

Yang pun boleh... 

Selamat maulidur Rasul


Selamat menyambut maulidur rasul. Hari ni semua orang cuti semperna menyambut hari kekasih kita yang sangat kita sayang.

Ni je gambar yang snap semalam... hehhehe

Hari ni 24.12.2015 aku bawak jantung hati aku gi jenjalan... makan2... dan shopping. Tak de la shopping sangat pun cuma beli barang2 kelengkapan sekolah mereka je.
Friday 18 December 2015

Warkah buat Suziaina Alias 16122015

Dia seorang kawan yang sangat baik, periang dan sentiasa gembira. Mula2 aku kenal dia semasa aku berada di tingkatan 1 Sek. Men Matang, Hulu Terengganu. Dia salah seorang sahabat aku dalam kelas.

Berpewatakan sederhana, kurus, tinggi lampai dan berkulit hitam manis.. sangat rajin dengan kerjayanya sebagai seorang tukang jahit. Dia la Suziaina binti Alias yang telah meninggalkan aku dan rakan2 buat selama lamanya.

Habis sekolah, aku tidak pernah putus berhubung dengan dia walaupun jarak kami jauh... dia berada di kampung, aku pula anak perantau. Sering mengutus surat bertanya khabar antara satu sama lain. Hubungan kami jadi sedikit renggang selepas aku telah berkeluarga. Setiap kali hari raya aku tak pernah lepaskan peluang untuk berkunjung ke rumah dia.

Sekarang hanya kenangan sahaja berada di minda aku. Kenangan yang sangat berharga bersama dia. Malam ini, aku tidak dapat lelapkan mata bila teringatkan dia rakan aku yang telah pergi buat selama-lamanya.

Berita yang aku terima dari sahabat baik aku juga menyatakan dia sedang sakit. Berita tersebut menerangkan dia di tahap kritikal, berita itu aku terima sebulan sebelum puasa tahun ini... masa tu pikiran aku hanya teringat kan dia, aku nak telefon tapi aku tak daya bertanya kerana aku takut air mata aku mengalir.

Kalau tak silap, pembedahan pertama dia pada bulan puasa. Semasa aku balik raya aidilfitri aku tak sempat melawat dia kerana masa yang sangat singkat.

Dia mengalami kesakitan dan menjalani pembedahan kedua pada hari raya haji. Aku balik raya haji... memang aku sangat rindukan rakan aku ini dan memang hati sangat2 hendak berjumpa dengan dia. Allah mengizinkan aku untuk melawat dia di rumah...

Allahuakbar, dia sangat2 kurus dan tidak bermaya. Setitik air mata aku jatuh tapi aku cepat2 lap supaya dia tidak nampak. Dia dan keluarga sangat2 kuat dan tabah seperti dia dulu yang aku kenal. Seorang yang sangat tenang dan baik hati.

Bulan 11 aku mendapat berita dia dimasukkan ke hospital Kuala Terengganu tempat juga dimana kaklong aku bekerja. Aku wasap kaklong untuk menziarahi dia di sana. Keadaan dia sangat uzur ketika itu, tidak mampu bergerak tetapi masih boleh mendengar dan hanya menggerakkan jari nya.

15.12.2015, rakan2 di kampung yang telah diamanahkan oleh kami yang berada jauh untuk pergi menziarahi dia. Telah beberapa kali mereka menziarahi dia dan pada hari itu mereka bertemu buat kali terakhir sebelum dia menghempuskan nafas yang terakhir pada malam 16.12.2015.

Genggaman tangan dia buat rakan2 yang menziarahi pada hari tersebut menandakan ucapan terakhir buat kami semua.


Sahabatku, tenang dan damai lah kamu disana. Semoga Allah tempatkan kau di kalangan orang2 yang beriman.. damai dan tenang lah kau wahai sahabat diasana.

Wahai permata hati mu, tabah la dalam menempuh hari2 yang masih jauh dan panjang.

Sahabat, kenangan suka dan duka bersama mu tidak akan aku lupakan sampai bila2.. Al-fatihah buat mu rakan yang sangat aku sayang... amin
Thursday 10 December 2015

Lagi satu tapak


Assalamualaikum kawan2 semua... ingat lagi tak dengan entry Setapak Pertama? Sekarang saya dah mara satu tapak lagi. Saya sangat berharap kawan2 dapat follow dan post pada kawan2 yang lain anda juga di blog hartanah saya ini.

Jasa baik kawan2 yang sering mengikuti perkembangan saya akan sangat saya hormati dan sanjungi. Doakan saya akan mara setapak demi setapak... doakan saya berjaya juga yea... amin

http://hartanah4semua.blogspot.my