bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Thursday 18 June 2015

Salam ramadan 2015

Hari ni 1st puasa rasa teruja sangat2 bila bulan ramadan menjelma... masa untuk lebih kuat beribadat kepada Pencipta (nasihat pada diri sendiri) supaya tidak leka dan rugi serta sia2 didunia ini.

Telah 36 tahun aku menempuh bulan ramadan, dari kecik sampai besar aku dididik oleh kedua orang tua supaya gembira berada di bulan puasa... bulan yang penuh keberkatan, bulan yang sangat senang buat pahala...

Semoga tahun ini (2015) akan lagi sangat bermakna dalam menempuhi bulan ramadan ini.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan puasa kepada rakan2 blogger dan pembaca blog saya.

Friday 12 June 2015

mesti teruskan



Pagi2 ni rasa nak berceloteh sikit la. Cerita pasal empunya ini blog. Dah lama aku tak berceloteh dengan panjang lebar berkenaan diri aku dan persekitaran. Apa aku buat, perasaan aku, apa aku rasa sekarang, pikiran bercelaru.

Bila aku telah tempuh alam 30series ni rasa diri sangat dekat lagi dengan DIA tapi aku hanya manusia biasa yang tak lepas dari kesilapan, bila dah lakukan kesilapan rasa berdosa lepas tu dah lupa apa dosa yang telah aku buat pada pencipta, pada orang sekeliling.

Pasal bisnes, akan tetap aku teruskan sehingga aku mampu berdiri tegap... mampu berjalan dan seterusnya mampu berlari. Aku sentiasa berdoa semoga perniagaan aku akan diberkati Allah dan akan berjaya satu masa nanti, akan aku tunggu masa yang akan tiba itu.

Memiliki perniagaan yang mampu membuat aku tersenyum lebar, perniagaan yang mampu membantu orang2 disekeliling juga tersenyum. Dan perniagaan yang boleh membantu aku ke alam yang satu lagi... insya Allah

Teringin sangat nak penuhi permintaan mak dan abah... aku sememangnya dari keluarga susah, adik beradik ramai masih mampu mak dan abah besarkan kami adik beradik. Nak sangat sekarang ni bila mereka membuat hajat aku la orang pertama yang boleh penuhi hajat mereka. Rindu sangat dekat mereka... tiada apa yang mampu aku beri pada mereka jika dibandingkan dengan mereka yang telah bersusah payah besarkan aku adik beradik.

Aku tahu dalam lubuk hati mereka, tak pernah sekelumit kuman meminta apa2 dari kami adik beradik demi mahu penuhi apa yang mereka hajati. Dan aku sangat tahu mereka sentiasa berdoa kami adik beradik akan menjadi manusia yang soleh dan solehah dan dilindungi NYA
Thursday 11 June 2015

tinggal beberapa hari sahaja

Diam tak diam tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan  enempuh bulan yang ramadan. Tak sabar rasanya nak berpuasa dan berbuka dengan keluarga.

Rasa sebak pun ada jugak sebab sebab DIA si pencipta masih benarkan aku merasai nikmat bulan puasa... syukur pada Mu Ya Allah atas nikmat yang kau beri ini... amin

Wednesday 10 June 2015

Manje kan diri...

Lunch tadi perut rasa kenyang lagi, pulut yang kak shahida bagi ada lagi n kalau makan lunch dah sah2 aku tak makan pulut kuning balen tadi. Sian kak shahida bagi tapi tak habis... tak nak membazir, aku buat keputusan tak makan lunch dekat tempat biasa bersama geng lunch, so kita manje kan diri sebentar.

Tapi dekat situ aku tak berapa puas hati la sebab tak mencapai tahap yang aku inginkan... hahaha (customer always right.... kan)


Sunday 7 June 2015

Chop & steak la kami 06062015

Perjumpaan singkat bersama kawan2 sekolah lama sangat terubat hati aku... nak nangis pun ada apa lagi gembira. Engku Asliza dengan Saripatul asilah dah 18 tahun xjumpa hanya aktif dalam wasap je. Sekali jumpa memang gamat giler ditambah pula dengan nizam dan saiful.

Nizam sebelum ni memang penah jumpa tapi dalam tahun ni jugak la... memang hepi sangat2

Dengan sepul pun dah lama tak jumpa walaupun sebelum ni ada jumpa rasa gembira tu memang sangat bermakna dalam hidup aku.