22:07

Sedikit info untuk kawan2

by , in

Kenapa perlu joint??
Mengapa anda harus pilih UFun????

Banyak sebab.. antaranya ialah...
1. Tak perlu sewa kedai.

2. Tak perlu gaji pekerja.

3. Tak perlu bayar macam2 bil.

4. Bukan nak jual2 barang atau tak wajib taja orang.

5. Tidak ada maintain bulanan.

6. Tidak ada flushing.

7. Konsep ialah dagangan utoken sehala. Nilai utoken memang sentiasa naik dan tak akan turun. https://www.utokens.com/index.php

8. Shopping dengan harga murah d ufun store. http://ufunstore.com

9. Networking tanpa had. https://www.ubonuss.com/index.php

10. Shopping 100% bayar pakai utoken ( boleh daftar percuma). http://ubartertrade.com/index.php

11. Strategic partner yang mantap iaitu
-》 http://ubartertrade.com/index.php
-》 http://www.udbpbank.com
-》 http://bdg-guinea.com

12. Kompeni yang join vanture ialah Bina Puri.
-》 http://bangkokmarina.com
-》 http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/company-announcements/1456909

13. UFun gold diuruskan oleh pakar emas . http://ufungold.com

14. Utoken diinsurankan oleh http://www.nico-bank.ru

15. Anugerah-anugerah UFun dapat ialah
-》 http://www.entrepreneuraward.asia/en/winners.html
-》 http://www.honestyaward.asia/kerisaward/winners.htm ,

DI UFUN ANDA MAMPU JANA INCOME NO LIMIT DENGAN DUDUK DIAM SAHAJA!!! MODAL MINIMA INCOME MAKSIMA!!!!

09:07

Pertonton untuk anda...

by , in
07:10

Selamat maalhijrah

by , in

Rasa2 nya belum lewat lagi untuk aku mengucapkan selamat tahun baru Islam kepada semua rakan blogger, pembaca tegar blog aku (hehehe... tq), pembaca yang sentiasa singgah ke blog aku walaupun aku tahu ada di antara korang memang benci dekat aku. Tapi aku tahu orang2 mcm ni sentiasa hendak mengikut perkembangan aku... sebab tu la walaupun  tak suka tapi baca jua... hik3..

Mukadimah pun dah panjang, aku tahu selama aku hidup banyak perkara baik mau pun tidak baik berlaku dengan kerelaan aku mahu pun aku tak rela. Perkara itulah yang mematang kan aku dan dekat aku pada Si Pencipta abadi.

Aku sebagai manusia biasa juga tidak lepas dari melakukan perkara yang dimurkai Allah. 

Semoga tahun baru ini akan memberi sinar dalam hidup kita semua dan dirahmati Allah... amin

09:15

kehidupan

by , in
seksanya terseksa..rasa hati terhiris pilu..jiwa memberontak..perasaan berkecamuk...kadangkala membuatkan ku terfikir, kenapa hidup ini begini? kenapa dugaan yang sebegini besar hadir dalam hidupku sedangkan aku hanya insan yang tersangat lemah.. aku mencari segala kekuatan aku.. tapi, aku tak jumpa..aku tunduk pada kelemahan aku sendiri. aku tak cuba melawan kelamahan aku.. aku berserah.. betapa kerdilnya diri aku..

aku mencari-cari sinar..tapi segalanya samar... apakah aku tersilap langkah? adakah segala pintu kebabahagiaan sudah tertutup untuk ku? atau adakah aku yang tidak tahu mencarinya pada jalan yang betul? aku terduduk sendirian.. menangisi dan terus mencari, apa silap aku?

aku berjalan lagi.. menyusuri perjalanan ini.. namun, ku hampa..aku kecewa.. kepahitan telah menanti aku sedangkan aku mencari kemanisan.. aku jatuh lagi.. aku mengeluh lagi.. kenapa?? kenapa aku??? kenapa..... dalam keluhan hatiku terdetik, di manakah letaknya kemanisan? adakah segala kepahitan ini aku terbalas dengan kemanisan suatu masa nanti? bilakah saat kemanisan yang paling indah akan hadir dalam hidupku....???

aku terduduk sendirian..sudah penat diri ini mengembara mencari kebahagiaan. mencari ketenangan.. mencari kedamaian.. mencari kemanisan... namun, kehampaan yang menjalar diri..aku hampir tersungkur..aku hampir rebah...kaki ku terasa bagai tiada daya lagi untuk aku bangun melangkah..hingga pernah buat aku terfikir, biarlah aku di sini.. biarkan aku sendirian melayari penderitaan... pergilah kau kebahagiaan..pergilah engkau kemanisan.. pergilah jauh dariku... aku tak berdaya mencari dan menantimu...

namun...
di saat aku kepenatan, ada insan yang menghulurkan tangan.. memimpin aku mencari jalan keluar.. dia menyedarkan aku betapa hidup ini sentiasa berselang seli antara kemanisan dan kepahitan.. memberikan kata-kata semanat pada aku... memberikan segala kekuatan padaku.. memberikan satu pelukan untuk aku..

aku menyesali diri...mengapa aku tewas dengan dugaan sekecil ini? mengapa kita goyah sedangkan ALLAH itu wujud.. ALLAH sentiasa ada bersama kita.. Pohonlah kepada-Nya.. Dia lah Yang Maha Mnegasihani.. pada Dia lah letaknya KEBAHAGIAAN yang sebenar.. carilah Dia saat kita buntu.. insyaALLAH, kita tidak akan tersesat...
04:10

Rindu giler...

by , in
22:41

ketahui rahsia bagaimana menggandakan wang simpanan anda menjadi 200% hanya dalam masa setahun sahaja

by , in

aku nak kenalkan satu bentuk perniagaan yang memang sangat menguntungkan. jika anda ingin mengetahui dengan lebih detail boleh pm saya di no 017-3502400. saya akan terangkan betapa beruntung nya anda bila berada di dalam UFUN CLUB

kita baca sedikit berkenaan dengan UFUN :

UFUN Group ditubuhkan pada tahun 2012 dan di asaskan oleh Dato’ Dr. Warren yang beribu pejabat di Bangkok, Thailand. UFUN Group menjalankan pelbagai cabang perniagaan antaranya UFUN STORE , UFUN CLUB, UFUN PROPERTY, UFUN GOLD dan UFUN CHARITY.
UFUN berkerjasama dengan rakan strategik UDBPBank, NICO Financial dan BDG Bank sebagai Tustee Bank melalui projek terbaru iaitu Perkongsian Keuntungan Melalui Utokens. Projek ini yang di lancarkan pada 19 Jan 2013 di sertai oleh beberapa negara asia Singapore, Malaysia, Indonesia, Brunei, Hong Kong, China, Vietnam dan beberapa buah negara yang lain.
ufun_manage
General Athiwat Soonpan merupakan General Tentera yang menjaga Raja Thailand yang masih berkhidmat merupakan Presiden Kelab UFUN Antarabangsa. Manakala Kumpulan Hijjaz merupakan Pengarah Ufun Gold Antarabangsa yang merupakan perunding emas tulin.
UFUN Group merupakan rakan niaga strategik BINA PURI iaitu Syarikat pembangunan hartanah yang tersenarai di BSKL dalam menyiapkan projek Marina Resort & Spa di Bangkok, Thailand. Ufun Groups juga pernah berkerjasama dengan MAH SING Groups dalam menyiapkan beberapa projek antaranya 1Sulaman, 1Borneo, 1Gateway dan 1Likas.
ufun_binapuri
Mempunyai cawangan di Kuala Lumpur, Malaysia di bawah UFUN Store yang menjalankan perniagaan berbentuk e-commerce atau perniagaan online yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM 002236204-V ) beralamat di B 12-3, North Point, Mid Valley No. 1. Medan Syed Putra Utara, 59200 Kuala Lumpur.
ssm-ufun
  • UFUN CLUB MENDAPAT  ANUGERAH YANG BESAR SEHINGGA PERINGKAT ASIA PACIFIC… (http://www.entrepreneuraward.asia/en/winners.html)
  • Terdapat BANYAK SYARIKAT JUALAN LANGSUNG DAN SYARIKAT-SYARIKAT LAIN PASARKAN PRODUK D UFUN CLUB… (http://ufunstore.com/)
Entrepreneur_Excellence_awards

KEKUATAN UFUN GROUPS
  1. Pecahan Perniagaan Yang Luas Termasuklah Pembangunan Hartanah, Pelaburan, Penyumbang Modal (JV) Serta Online Store Untuk Menjual Barangan.
  2. Mempunyai Aset tetap seperti bangunan (office) tempat beroperasi adalah hak milik Syarikat UFUN
  3. Presiden UFUN Club, General Artiwat Soonpad adalah General No. 1 yang menjaga Raja Thailand merupakan Penasihat UFUN CLUB antarabangsa.
  4. CEO UFUN GOLD di ketuai oleh HIJJAZ GROUPS ( Kumpulan Nasyid Tanah Air )yang merupakan Pakar Perundingan Emas.
  5. UFUN Store menang anugerah“ASIA PASIFIC ENTERPRENUER EXCELLENCE ADWARD 2013″
  6. Telah berkerjasama dengan Bina Puri Holding Berhad dalam Projek Membina MArina Resort & Spa (JV)
  7. Berkerjasama dengan 3 buah bank di Thailand (UDBPBank, NICO Financial, BDG BANK) untuk menjaga nilai Utokens
  8. Terkini di Thailand , Utokens boleh digunakan untuk mengeluarkan atau membeli keret
PERANCANGAN AKAN DATANG DATANG
  1. Meluaskan Pasaran ke-100 Buah Negara dan Memasuki Pasaran NASDAQ
  2. Meluaskan Pengunaan Utokens melalui Kerjasama Dengan Bank Dunia
  3. Pembinaan Marina Resort & Spa Merupakan Projek FASA 1, Projek Pembinaan Sehingga FASA 5
  4. Perancangan untuk mengeluarkan Kad Utoken kepada semua ahli. Pendapatan dan keuntungan yang di perolehi boleh digunakan untuk membeli, keluarkan duit melalui Mesin ATM, Transfer hanya mengunkan Kad Utokens.
03:16

7 AZAB YANG DILIHAT PENGGALI KUBUR

by , in
   
Terdapat seorang pemuda yang kerjanya adalah menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang alim/ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t.
         
          Dia berkata, “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.”
         
          1.> Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” tanya pemuda itu.
         
          Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain,” jawab ahli ibadah tersebut.
         
          2.> Sambung pemuda itu lagi, “Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi ****. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?”
         
          Jawab ahli ibadah tersebut, “Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,”
         
          3.> Pemuda itu menyambung lagi, “Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.”
         
          Jawab ahli ibadah tersebut “Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda,” balas ahli ibadah itu lagi.
         
          4.> Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?”
         
          Jawab ahli ibadah itu, “Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya.”
         
          5.> Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya,” sambung pemuda itu.
         
          Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda,” jelas ahli ibadah tersebut.
         
          6.> Wahai guru,
yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,”
         
          Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya,” jawab ahli ibadah tadi.
         
          7.> Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?” tanya pemuda itu lagi.
         
          Jawab ahli ibadah tersebut, “Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya.” Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan di pertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta walaupun amalan sebesar zarah.
         
          Astaghfirullahal'adzim,,,,,,
          Semoga Kita Semua termasuk di Golongan yang ke- 7
          Aamiin ya Allah,,,
11:43

Mewangi-aqim

by , in

Selamanya
Hati ini akan selalu memujamu
Mencintaimu
Seumur hidupku hanyalah padam

Waktu

Dengarkanlah
Selalu dekatkan ku dengannya

Indah

Ku menutup mata
Satukanlah hati

** Jadikan malamku lebih indah

Jadikan siangku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya
Selamanya

Hati ini akan selalu memujamu
Mencintaimu
Seumur hidupku hanyalah padamu

Ulang **

~~~~~~~~

07:10

Sila baca dengan tenang

by , in

6:00 am kita bangun solat subuh, kemudian kita bersiap2 utk ke tempat kerja, sampai ofis jam 7:00 am, hari masih gelap.

Maybe kita anggap hari nak hujan, so abaikan. Masuk ofis, buat kerja apa yang patut, dan kita tgk jam 9:00am, sudah time nak pergi breakfast. Keluar pintu ofis, suasana masih gelap, hitam pekat macam malam..mungkin masih boleh dianggap hari nak hujan lagi. So abaikan.
Tapi kalo jam 12:00pm pun hari masih gelap..apakah petanda itu?..keesokkan pun sama, buka tv semua orang kelam kabut menceritakan bahawa dunia ini sudah tiada lagi siangnya..dan begitu juga dengan lusa..masih tiada lagi matahari..

Tetapi pada hari keempat kita bangun pagi, kita dapat melihat matahari, tetapi jangan terkejut kerana matahari telah terbit dari sebelah barat..

Kehebatan ahli dunia akan mengatakan itu fenomena alam, tapi sedarkah kita itulah petanda besar yang paling awal sebelum tibanya hari kiamat!!

Maka telah tertutuplah pintu taubat..yang bertaubat tapi Allah masih belum terima taubatnya juga akan ditutup pintu taubat..

Saat itu, kita akan lihat satu fenomena luar biasa di mana golongan kaya akan keluarkan semua harta utk diinfakkan, golongan yang tidak pernah baca quran, 24 jam baca quran, golongan yang tak pernah solat jemaah akan berlari2 menunaikan solat secara  berjemaah..tapi sayangnya segalanya sudah tidak berguna lagi..

Starts from now on..
Let's turn to Allah..
He's never far away..
Keep ur trust in Him..
Raise ur hands n pray..

First time baca aku terasa jugak . Malu Gila Dgn Diri Aku . Islam only . Bismillahirrahmanirrahim.

06:51

Take 5

by , in

Seronok baca amanat jutawan muslim ni

7 AMANAT TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY KPD USAHAWAN ISLAM

1 – Fokus Sebelum Pelbagaikan Perniagaan

Beliau nasihatkan agar para usahawan fokus kepada satu perniagaan terlebih dahulu sehingga stabil dan menguntungkan sebelum mempelbagaikan perniagaan. Beliau mempelbagaikan perniagaan setelah perniagaan pertama beliau telah stabil dan menguntungkan.

Perniagaan pertama perlu kukuh sebelum anda mempelbagaikan perniagaan supaya jika perniagaan yang baru kita ceburi tidak maju, maka kita boleh kembali kepada perniagaan pertama yang kita usahakan.

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

“Saya sendiri kalau apa-apa terjadi terhadap perniagaan saya sekarang, saya akan balik buat perniagaan yang mula-mula saya usahakan dulu. Perniagaan pertama saya masih beroperasi, lori dan kedai masih ada lagi di Kedah” tambah beliau dengan nada cukup rendah diri.

2 – Kejayaan Perlukan Masa

Beliau juga nasihatkan agar usahawan muda jangan cepat nak berjaya. Setiap usaha sememangnya perlu melalui fasa kesusahan, cabaran dan sebagainya.

Beliau mengambil contoh diri beliau sendiri yang bermula dari bawah dengan membantu ayahnya menjual lembu dan kerbau di kampung sebelum mencapai tahap sekarang.Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita akan menghargai dan menemui jalan senang.

Biasanya apabila memperolehi kejayaan yang singkat, mudah jugalah untuk perniagaan yang kita usahakan itu jatuh. “Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita akan menghargai dan menemui jalan senang” jelas beliau ringkas.

3 – Jangan Putus Asa

Ini adalah frasa yang kerap keluar dari mulut beliau. Beliau menjelaskan setiap perniagaan sama ada kecil ataupun besar akan mempunyai masalah, cabaran dan karenah yang tersendiri. Oleh itu, para usahawan tidak boleh mudah berputus asa dan tunduk dengan masalah.

Saya ni tiada apa-apa, tiada apa yang istimewa tentang diri saya. Tetapi apa yang membezakan saya ialah bagaimana saya menghadapi setiap cabaran dan masalah di dalam perniagaan.

“Saya ni tiada apa-apa, tiadaapa yang istimewa tentang diri saya. Tetapi apa yang membezakan saya ialah bagaimana saya menghadapi setiap cabaran dan masalah di dalam perniagaan” jelas beliau sekali lagi dengan nada rendah diri.

Beliau ada berkongsi susah payah mengenai perniagaan pertama yang beliau usahakan bersama rakan kongsi bukan bumiputera.

Bagaimana rakan kongsi tersebut menekan beliau sehingga terpaksa menggadaikan dua lot tanah milik keluarga untuk dijadikan modal tambahan bagi mengekalkan penguasaan share majoriti di dalam syarikat Bukhary Rice Sdn. Bhd.

“Kalau apa-apa terjadi terhadap perniagaan saya masa tu, maka kami sekeluarga boleh kehilangan tempat tinggal” jelas beliau.

4 – Jangan Sekadar Mengharap Dibantu

Beliau sering mengingatkan bahawa beliau hanyalah orang biasa yang diberi peluang oleh kerajaan. Apabila diberi peluang, beliau akan berusaha bersungguh-sungguh terhadap peluang tersebut.

Oleh itu, beliau berpesan kepada semua usahawan agar bukan sekadar berharap untuk dibantu tetapi bersedia dari segi fizikal dan mental untuk dibantu.

Ramai orang Melayu apabila kerajaan anugerahkan projek, mereka lebih cenderung untuk berikan projek tersebut kepada syarikat lain untuk usahakan kerana mengejar keuntungan jangka masa pendek. Majoriti syarikat Melayu akan memberikan projek kepada syarikat bukan bumiputera untuk mengusahakannya sebagai sub-company.Tak mengapa biar saya usaha sendiri untuk beli lori tambahan bila dah untung nanti.

“Saya diberikan 3 permit lori untuk membawa beras dan saya apply loan MARA untuk membeli lori. MARA berikan saya cukup-cukup RM110,000 untuk belikan sebuah lori. Ada usahawan Cina datang nak beli atau sewa dua lagi permit saya, tetapi saya tak bagi. Tak mengapa biar saya usaha sendiri untuk beli lori tambahan bila dah untung nanti” kata beliau.

5 – Yakin Dengan Diri Sendiri

Beliau juga mengharapkan agar para usahawan yakin dengan diri sendiri dan apa yang sedang diusahakan. Ramai usahawan bumiputera tidak boleh berjaya bukan kerana idea mereka tidak bagus, tetapi kerana tidak yakin dengan diri mereka.

Allah kata kalau nak kenal Dia maka kena kenal diri sendiri dulu. Yakin dengan diri sendiri adalah salah satu tanda orang itu kenal dirinya sendiri. Insyallah bila yakin Allah akan permudahkan urusan kita.

“Allah kata kalau nak kenal Dia maka kena kenal diri sendiri dulu. Yakin dengan diri sendiri adalah salah satu tanda orang itu kenal dirinya sendiri. Insyallah bila yakin Allah akan permudahkan urusan kita” jelas beliau.

6 – Berniaga Bukan Untuk Diri Sendiri

Beliau terkenal sebagai seorang usahawan yang banyak memberi kembali kepada masyarakat. Malah beliau mempunyai lebih kurang 260,000 pekerja yang berkait secara langsung ataupun tidak dengan semua syarikat milik beliau. 80% diperuntukkan untuk golongan bumiputera.

Apa yang lebih menarik, beliau tidak menjual perniagaan beliau kerana memikirkan nasib golongan yang bergantung kepada syarikat beliau untuk mendapatkan sumber rezeki.

Jika saya jual satu lori maka secara tidak langsung tiga keluarga Islam Melayu telah hilang sumber pendapatan.

“Kedai dan lori-lori untuk perniagaan pertama saya masih lagi ada di Kedah. Perniagaan itu masih berjalan seperti biasa. Setiap lori akan ada tiga orang pemandu, jika saya jual satu lori maka secara tidak langsung tiga keluarga Islam Melayu telah hilang sumber pendapatan” jelas beliau.

7 – Usahawan Islam Ada Akhirat

Beliau juga berpesan bahawa setiap usahawan Islam tidak sama dengan usahawan bukan Islam. Usahawan Islam berniaga untuk mendapat manafaat di dunia akhirat tetapi usahawan bukan Islam berniaga untuk dunia sahaja.

Kita sebagai usahawan Islam kalau berjaya syukur dan kalau tak berjaya pun kita syukur. Paling penting kita terus berusaha.

“Jadi jangan risau kalau kita tengok kenapa bangsa lain yang bukan Islam lebih berjaya di dalam perniagaan kerana Allah dah janjikan dunia buat mereka. Kita sebagai usahawan Islam kalau berjaya syukur dan kalau tak berjaya pun kita syukur. Paling penting kita terus berusaha” jelas beliau

@syukur alhamdulilah...

10:47

semua wajib tahu

by , in
Gambar sekadar hiasan

"Kalau isteri sakitkan hati suami, tandanya
derhaka pada suami.
Tapi bagaimana jika suami sakiti hati isteri?"

Jawapan Ustaz :
"BERDOSA jugalah.
Cuma tidak ada istilah suami derhaka pada isteri,
tapi suami akan ditanda Malaikat sebagai derhaka pada Allah SWT.

Kerana isteri, rezekimu bertambah.
Kerana isteri, maka lahirlah zuriatmu.
Kerana isteri, makan, pakai mu dijaga.
Kerana isteri, tenang hati mu.
Kerana isteri, lembut pandangan mata mu.
Kerana isteri adalah satunya manusia yang boleh melihat cacat cela mu yang tersembunyi dari pandangan mata mu dan masih menerima mu seadanya.

Janganlah sakiti hati mereka, ingatlah setiap pengorbanan mereka,
walaupun kecil di mata mu, baginya besar bagi dirinya.
Setiap peluh yang menitik, yang bekerja untuk keluarganya,
setiap airmata yang menitis untuk anak-anak dan suaminya adalah salah satu tanda,
dia isteri yang terbaik buat anda wahai yang bergelar suami.
renungan sepintas lalu. Mengapa WANITA sering menangis?

Jawab Allah :
Kerana WANITA itu unik.
Aku ciptakan ia sebagai makhluk istimewa.
KU kuatkan bahunya utk menjaga anak2nya,
KU lembutkan hatinya utk memberi rasa aman,
KU kuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia,
KU teguhkan peribadinya utk terus berjuang saat yg lain
menyerah,
KU beri dia naluri utk tetap menyayangi, walau dikhianati oleh teman,
walau disakiti oleh orang yg disayangi.
WANITA makhluk kuat.
Tapi jika suatu saat dia menangis itu kerana KU beri air mata utk membasuh luka batin & memberi kekuatan baru.
WANITA sangatlah istimewa......

..Kirimkan kpd WANITA yg kamu sayangi......
Kirimkan juga kpd lelaki agar mereka menghargai WANITA dan agar tau bahawa WANITA.....ciptaan Allah yg istimewa........
Wajah IBU paling→ cantik
Masakan IBU paling→ sedapppp
Kata IBU paling→ beharga.
Doa IBU paling→makbul

Restu IBU paling di berkati:IBU SANGAT SEMPURNA DI MATA KITA
23:33

Apa sudah jadi?

by , in

Sekarang ni Malaysia dah macam negara luar pulak. Tak puas hati bom je tak kira nyawa orang awam... Allahuakbar

14 cedera dalam letupan bom di Bukit Bintang | Astro Awani - http://www.astroawani.com/news/show/14-cedera-dalam-letupan-bom-di-bukit-bintang-45618

06:34

Sahabat

by , in
Kita layan cerpen pendek.. cerita ni sy ambk dr blog sape tah, lpa nak save url dia. Sori yea...

"SAYANG, bersabarlah. Duduk dulu. Tenangkan fikiran," Iqmal mengusap bahu Syazana lalu dibawanya gadis itu ke kerusi berhampiran. Syazana masih belum berhenti menangis.
"Macam mana Syana nak tenang, Mal? Ari ada di dalam! Dia kemalangan disebabkan Syana! Syana tidak akan memaafkan diri Syana sekiranya apa-apa berlaku pada Ari," lafaz Syazana dalam sedu sedannya.
"Mal, Syana rasa bersalah sangat. Demi Tuhan, Syana tidak mengharapkan semua ini akan terjadi. Syana mohon maaf pada Mal. Mal sanggup mengorbankan hati dan perasaan Mal demi Syana dan juga kebahagiaan Ari. Syana cuma ingin melihat Ari bahagia. Sejak Mal menerima Ari, Syana tidak pernah melihat Ari sebahagia itu. Malangnya, bahagia Ari cuma seketika. Ari sudah dapat menghidu perbuatan Syana,"
"Syana…" bisik Iqmal, begitu lembut di halwa telinga Syazana. Jari jemari Syazana diraih dan diusap mesra.
"Syana, Mal tak berkecil hati pada Syana. Malah, Mal bangga kerana menyayangi gadis berhati suci seperti Syana. Pengorbanan yang Mal lakukan ini tidak sebesar mana. Demi Syana, lebih dari ini juga sanggup Mal lakukan. Mal ingin membuktikan pada Syana betapa Mal begitu mencintai Syana. Ari tidak mampu menjadi pengganti di hati Mal. Hanya Syana…"
"Mal, Mal pernah janji pada Syana yang Mal akan cuba menyayangi Ari?" duga Syazana. Iqmal diam. Tangan Iqmal menjauhi tangan Syazana. Syazana terkejut namun tidak ambil hati. Iqmal tertunduk. Rambutnya diraup beberapa kali.
"Itulah janji Mal yang tidak mampu Mal tunaikan, Syana. Di hadapan Ari, Mal berjaya berlakon menyayangi dirinya namun di hati Mal sendiri, Mal tidak dapat melakukannya. Maafkan Mal, Syana. I just can’t do it..." begitu lemah suara Iqmal. Syazana mengetap bibir.
"Patutnya dari mula lagi Syana tidak seharusnya membuat permintaan yang bukan-bukan, kan?" luah Syazana tanpa memandang Iqmal. Riak penyesalan jelas terbit di wajah itu.
"Syana…"
Syazana memejamkan matanya. Beberapa saat selepas itu, mutiara jernih sekali lagi menjadi teman.
"Syana bodoh, Mal. Syanalah yang bersalah…" rintihnya, pilu.
Iqmal membawa Syazana ke dalam pelukannya, berharap agar tangisan kekasih hatinya itu reda. Syazana tidak membantah, malah disembamkan kepalanya ke dada Iqmal. Dia menangis di situ.
"Semua ini ketentuan Tuhan, sayang. Bukan salah sayang, bukan juga salah Ari. Sesiapapun tidak bersalah dalam hal ini. Kita sama-sama berdoa, agar Ari akan selamat. Ok? Sudahlah. Jangan menangis lagi," diseka air mata Syazana yang membasahi wajah putih bersih itu.
Syazana mengangguk-anggukkan kepalanya. Doanya tidak putus-putus buat Arianna. Seketika, air mata di pipinya semakin kering.
------------------------------------
"Doktor, bagaimana dengan keadaan sahabat saya?" Syazana terus bertanya sebaik sahaja seorang doktor keluar dari bilik kecemasan itu. Iqmal turut mendekati. Masing-masing mengharapkan khabar baik dari doktor itu setelah sabar menanti selama beberapa jam itu.
"Keadaannya sangat kritikal. Dia kehilangan banyak darah. Paling merumitkan, darah jenisnya susah didapati di hospital ini. Kami perlukan darah itu segera. Dia mungkin dapat diselamatkan sekiranya ada sesiapa dari ahli keluarganya yang sudi mendermakan darah kepadanya, atau ada orang yang sejenis darah dengannya," doktor itu menerangkan.
Iqmal berbisik di telinga Syazana agar tidak didengari oleh doktor itu.
"Macam mana ni, Syana?"
"Apakah jenis darah itu,doktor?" Syazana bertanya lagi, langsung tidak diendahkan bisikan Iqmal di telinganya tadi.
"O positif,"
Pantas Syazana mengeluarkan dompet dari tas tangannya. Dikeluarkan pula sekeping kad dalam dompet itu. Syazana tersenyum lalu mengucapkan seribu syukur. Dihulurkan kad itu kepada doktor.
"Doktor, saya sejenis darah dengannya. Izinkan saya menderma!"
-------------------------------------
SYAZANA telah dibawa ke dalam satu bilik khas. Dia diarah untuk berbaring di atas sebuah katil. Lengan kanannya disuntik. Seketika, dia melihat darahnya yang sudah mengalir keluar dari tubuhnya menerusi tiub jernih. Serentak, ingatannya terimbas pada kejadian tadi..
"ARI! Tunggu!" jerit Syazana kepada Arianna yang semakin melangkah jauh daripadanya. Dia perlu menjelaskan segalanya kepada Arianna. Arianna salah faham! Apa yang dilihatnya sebentar tadi bukan seperti apa yang difikirkannya. Dia bukan begitu!
"Ari! Tunggu dulu. Please! Dengar dulu penjelasan saya," rayunya. Tangan Arianna diraih tetapi Arianna pantas merentapnya. Kakinya semakin laju menapak. Syazana masih tidak berputus asa. Diikut sahaja jejak kaki Arianna itu.
"Awak… janganlah macam ni. Saya boleh jelaskan. Apa yang awak lihat tadi bukan seperti yang awak fikir,"
Arianna berhenti menapak. Mata berairnya memandang seraut wajah Syazana. Pandangannya penuh dengan kebencian dan dendam. Sampai hati Syazana mempermainkan perasaannya, sahabat yang paling disayangi dan dipercayainya. Jika dia tidak berpatah balik untuk mengambil buku notanya di dewan kuliah, pasti sampai mati dia tidak akan mengetahui sandiwara Syazana di belakangnya!
"Apa yang saya lihat bukan seperti apa yang saya fikir? Sudahlah. Jangan tipu saya lagi! Saya sudah nampak segala-galanya," Arianna meneruskan langkahnya. Syazana pula terus mengejar Arianna dari belakang. Langsung tidak dipedulikan mata-mata yang memandang mereka.
"Ari!" Syazana menarik semula tangan Arianna. Kali ini lebih kuat. Arianna sendiri tidak mampu untuk menepisnya.
"Ari, tolonglah. Dengarlah dahulu penjelasan saya. Saya langsung tidak mempunyai niat untuk mempermainkan awak. Saya merayu pada awak. Janganlah buat saya macam ni. Saya sedih bila awak berkelakuan macam ini," air matanya mulai gugur ke pipi. Dia tersentuh dengan sikap dingin Arianna.
Arianna tersenyum sinis meskipun tubir matanya sendiri turut ditakungi air mata, cuma hanya menunggu masa untuk jatuh ke pipi.
"Jangan buat awak macam ni? Buat apa? Siapa yang patut jangan buat kepada siapa sekarang ni? Selama ini, saya meluahkan segala apa yang saya rasa tentang Iqmal pada awak. Awak tahu saya mempunyai perasaan istimewa terhadap Iqmal. Kita pernah berjanji, tiada rahsia antara kita. Malangnya pada hari ini, saya telah mengetahui rahsia yang sepatutnya setahun lepas sudah saya tahu! Sampai hati awak,Syana? Kenapa awak tak beritahu saya? Kenapa awak tak beritahu saya yang sebenarnya awak dan Iqmal sepasang kekasih?!"
"Sebab awak sahabat saya! Awak kawan saya,Ari,"
"Sahabat? Ah, apa ada pada sahabat awak tu! Sahabat tikam dari belakang!" Arianna menarik kembali tangannya lalu memintas jalan tanpa memandang ke kiri dan kanan. Tiba-tiba…
"Ari!!!" jerit Syana, namun jeritan itu langsung tidak dapat didengari oleh sekujur tubuh yang sudah kaku dan berlumuran darah itu…
-------------------------------------------
ARIANNA membuka kelopak matanya yang terasa perit. Tubuhnya begitu lemah dan tidak mampu untuk bergerak. Matanya merenung persekitaran yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini. Di manakah aku? Hospitalkah? bicara hatinya setelah mendapati dirinya berbaring di katil hospital.
Pintu bilik dibuka. Kelihatan seorang perempuan berbaju jururawat tersenyum kepadanya. Jururawat muda itu datang menghampiri Arianna.
"Arianna? Baguslah awak sudah sedar," ucap jururawat yang tidak diketahui namanya itu.
"Nurse… apa sudah jadi kepada saya?" Arianna bertanya. Dia langsung tidak mengingati apa-apa.
"Awak mengalami kemalangan jalan raya. Awak telah dilanggar oleh kereta semasa melintas jalan. Keadaan awak agak kritikal kerana awak banyak kehilangan darah. Tambahan pula, darah jenis awak sudah ketiadaan stok di hospital ini. Mujurlah sahabat awak yang kebetulan sama jenis darah dengan awak sudi mendermakan darahnya kepada awak," panjang lebar jururawat itu menerangkan.
Arianna mengerutkan dahi. Pelik. Siapa pula yang sudi mendermakan darahnya kepada aku?
"Sahabat saya? Siapa?"
"Saya tidak tahu nama sahabat awak itu. Dia bertudung, berkulit cerah, tinggi lampai orangnya dan mempunyai tahi lalat di bawah bibirnya,"
Arianna terus teringatkan Syazana. Tidak syak lagi, Syazana lah yang mendermakan darah kepadanya! Dia cukup yakin!
"Baik sungguh sahabat awak itu. Bukan senang untuk mempunyai sahabat sebaiknya. Dia berada di sini sejak tengahari tadi, setia menunggu sehingga awak sedar," ramah jururawat itu berbicara.
Tiba-tiba pintu diketuk. Berderau darah Arianna melihat kelibat jejaka itu.
\"Iqmal...?\"
------------------------------------------------
"Ari, maafkan saya dan Syana kerana merahsiakan hubungan kami dahulu dari pengetahuan Ari. Kami sedar, Ari berhak untuk tahu. Percayalah, Ari. Syana bukan sengaja untuk merahsiakannya. Ada sebabnya yang Ari tidak tahu,"
"Sebab? Apa sebabnya? Dia sebenarnya mahu saya hanyut dengan perasaan saya sendiri. Itu kan sebabnya? Oh, Tuhan! Alangkah malunya saya! Saya mempunyai perasaan istimewa terhadap kekasih kepada sahabat baik saya sendiri! Prinsip yang paling ingin saya jauhi selama ini benar-benar terjadi kepada saya. Kalau saya tahu lebih awal, tentu saya akan menolak perasaan ini jauh dari saya. Kenapa baru sekarang saya dapat tahu? Awak takkan faham apa saya rasa. Saya cukup sayangkan Syana. Dialah sahabat paling baik, jujur, penyayang yang pernah saya ada selama ini, tetapi saya telah dipermainkannya hidup-hidup!"
"Awak jangan kata begitu, Ari. Awak tidak tahu hal yang sebenarnya…"
"Hal apa? Hal yang mengatakan awak dan Syana sebenarnya sepasang kekasih?" pintas Arianna.
"Ari, boleh tak awak jangan berkata begitu terhadap Syana? Awak tak tau dia telah melakukan segalanya demi awak. Dia sanggup berkorban untuk kebahagiaan awak. Saya tahu, awak mungkin rasa Syana telah mempermainkan perasaan awak tapi tahukah awak perasaan yang Syana alami sekarang? Dia begitu sayangkan awak. Dia sanggup lakukan apa saja demi awak.."
"… sehingga Syana telah meminta putus dari saya dengan harapan saya menerima awak sebagai teman istimewa. Pada mulanya saya menolak sekeras-kerasnya permintaan bodoh Syana itu, tetapi Syana seakan mengugut saya. Sekiranya saya sayang padanya, saya perlu menunaikan permintaannya itu. Awak sendiri faham tak apa yang saya rasai? Syazana menepikan saya demi sahabatnya, iaitu awak Ari! Syana sendiri kata sekiranya dia perlu memilih di antara awak dan saya, dia tidak ragu-ragu untuk memilih awak. Saya sedih… tetapi perasaan saya pada dia tidak pernah berubah malah semakin mendalam. Saya tidak mampu lagi untuk membohongi diri saya. Namun saya percaya pada kata-kata ‘Cinta tidak semestinya memiliki’. Saya sedar, saya tidak lagi memiliki Syana tetapi saya memiliki hati dan cintanya,"
"Cukup, Iqmal! Cukup! Saya tak mahu dengar itu semua!" Arianna menekup telinganya. Hatinya pilu mendengar ucapan Iqmal. Semuanya berbaur perasaan cintanya terhadap Syazana. Perasaan marah dan sedih bercampur baur. Di antara percaya atau tidak.
"Ari, saya tidak berniat…"
"Ya! Awak memang berniat. Niat awak untuk memperkecilkan saya! Sekarang saya nak awak keluar! Keluar dari bilik ini, Mal! Keluar!"
Iqmal akur. Sebaik sahaja Iqmal berlalu pergi, Arianna meluahkan segala air matanya di situ.
‘Syana, maafkan saya…’
---------------------------------
SYAZANA menghela nafas lega apabila seorang jururawat memberitahu bahawa Arianna sudah sedar. Dia pantas melangkah menuju ke wad yang menempatkan Arianna di situ. Tombol pintu dipulas. Kelihatan sekujur tubuh Arianna sedang berbaring lesu di atas katil. Kepalanya berbalut. Syazana kasihan melihat keadaan sahabat yang begitu dikasihinya itu.
"Ari…" bisik Syazana, tidak mahu mengejutkan Arianna.
Arianna berpaling. Mata mereka bertentangan. Syazana tersenyum namun tidak bagi Arianna. Syazana mengeluh di dalam hati. Pasti sahabatnya itu masih marah kepadanya. Namun, Syazana cuba untuk berlagak biasa.
"Ari… syukurlah awak sudah sedar. Saya risaukan awak. Mujurlah awak tidak mengalami kecederaan serius,"
Arianna diam, langsung tidak bersuara. Suasana hening buat seketika. Syazana tidak selesa dengan keadaan itu.
"Saya haus," Arianna tiba-tiba berkata.
Syazana tersentak. "Ha? Oh, ya. Awak haus? Saya ada bawakan air untuk awak," Syazanna menuangkan air yang diminta oleh Arianna ke dalam gelas. Dia turut membantu Arianna yang lemah untuk mengangkat tubuhnya itu. Sebaik sahaja Syazana mahu memberikan gelas itu kepada Arianna, dia terus memeluk Syazana dengan erat. Kedengaran esakan kecil di halwa telinga Syazana. Dia turut membalas pelukan sahabatnya itu. Air matanya turut menitis.
\"Awak… kenapa awak buat saya macam ni? Kenapa awak merahsiakan perkara ini daripada saya? Kenapa awak tidak memberitahu saya bahawa Iqmal itu sebenarnya teman istimewa awak?" ucap Arianna dalam tangisan yang cuba ditahan.
"Maafkan saya,Ari. Saya tahu saya tidak sepatutnya merahsiakan hal ini daripada awak. Saya tidak tahu macam mana nak beritahu awak. Saya takut awak akan terluka dan membenci saya,"
"Sekarang pun saya sudah rasa terluka awak,"
Syazana terpempan.
"Kalau awak beritahu saya sejak dari dulu lagi, mungkin saya tidak akan rasa terluka begini. Saya memang sukakan Iqmal, tetapi saya tidak mungkin akan sukakan lelaki yang sudah mempunyai teman istimewa. Apatah lagi, teman istimewa Iqmal itu adalah sahabat baik saya sendiri. Selama ini saya meluahkan segala apa yang saya rasa tentang Iqmal pada awak. Awak pula selalu cakap pada saya yang kami berdua sepadan. Apa maknanya semua itu? Saya dapat menerima hakikat hati Iqmal bukan untuk saya. Masalahnya, kenapa awak tidak beritahu saya? Kenapa, Syana? Kenapa?"
"Ari, saya betul-betul minta maaf. Saya yang bersalah. Sepatutnya saya lebih berfikir dalam bertindak. Disebabkan saya, awak mengalami kemalangan. Saya pasti tidak akan memaafkan diri saya sekiranya apa-apa kejadian menimpa diri awak. Saya memang seorang sahabat yang tidak berguna," Syazana memegang erat jari jemari Arianna. Dia benar-benar mengharapkan kemaafan dari Arianna. Dialah yang bersalah dalam hal ini.
"Memang awak tidak berguna! Tetapi sekarang… tidak lagi,"
Syazana mengangkat wajahnya. Dia tidak memahami maksud Arianna.
"Saya sudah tahu segalanya, Syana. Kerana awak, saya nyaris mati akibat kemalangan… dan kerana awak juga, saya hidup semula dengan darah yang awak dermakan kepada saya. Awak memberi saya kebahagiaan, Syana… dan awak juga telah mengajar saya erti penderitaan. Jika kemaafan yang awak minta, sudah tentu saya akan memaafkan awak. Bahkan jika nyawa juga awak perlukan, saya juga sanggup berikan kepada awak,"
"Ari….." Syazana merangkul semula tubuh Arianna. Hatinya begitu tersentuh dengan luahan Arianna.
"Saya sayangkan awak, Syana…"
"Saya juga, Ari…"
Tiba-tiba tombol pintu bilik itu dibuka. Seraut wajah yang cukup dikenali membuatkan mereka berdua masing-masing terdiam. Syazana memandang Arianna. Namun, reaksi Arianna tidak diduga. Dia hanya membuat muka selamba.
"Awak tak nak masuk ke? Awak nak tercegat saja di situ?" Arianna mengusik Iqmal. Syazana terpana. Arianna ketawa, disusuli oleh Syazana. Iqmal yang menjadi saksi drama sebabak itu turut tersenyum. Syazana kini mampu menarik nafas lega. Dia nekad! Arianna adalah sahabatnya, dunia dan akhirat!
08:11

Selamat hari raya aidiladha 2014

by , in

Selamat hari raya aidiladha 2014 kepada sanak saudara terutama suami, mak, abah, adk beradik, mak mertua, adk ipar dan saudara mara terdekat dan jauh.

Tak lupa pada kawan2 jauh dan dekat semoga hari raya aidiladha 2014 memberi lebih keberkatan dalam hidup kita semua...

Raya haji tahun ini aku hanya beraya di kampung suami. Walaupun rasa sedih kerana tidak dapat memeluk dan mencium tangan mereka yang aku sangat kasihi dan sayangi, tapi aku bahagia kerana aku ada suami dan keluarga sebelah suami yang memeriahkan hari raya haji aku.

Amin...

07:48

mintak tolong dengar boleh tak???

by , in

Tarik nafas..... lepas....

Saya ni nak bagi nasihat je dekat awak, kalau tak nak dengar tak de hal cuma bila mintak pendapat orang tu dengar la sikit. Ni tak, tanya tapi bila dah jawab tak nak dengar.

Manusia ni memang banyak ragam dan banyak karenah. Nasib baik saya sayang awk sebagai seorang kawan dan sahabat. Bila ada masalah boleh je kongsi dengan saya. Tak payah la nak berselindung, tak payah la datang buat muka toyer atau muka tayar... hahahah..

Masalah awak tu boleh settle tapi dengan kesabaran la. Semua orang ada masalah termasuk saya. Kalau ikutkan saya lagi banyak masalah. Ini tak, mundar mandir buat saya lagi pening...

Korang, 
Tu cuma luahan perasaan pada sahabat saya yang ada masalah... sori yea sebab TERkongsi pada korang...
04:53

Pengajaran kepada adik2 dibangku sekolah

by , in

Tolong la adik2 jangan buat gurauan yang korang akan menyesal seumur hidup... dah jadi macam ni sape nak jawab... Allahuakbar. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas adik ini. Amin

Aku foward kan cerita yang aku dapat dari wasap... semoga menjadi iktibar kepada semua

"Sedih baca berita murid form 3 maut jatuh siling dewan sek... kwn dri perlis msg kwn2 sorok pencil case dia. depa suh dia pi ambik...masa jumpa mayat dia masih pegang pencil case terjatuh dri 30kaki tu...

melampau betul gurauan budak2 skrg...
budak susah...dok dgn tok. mkn pun cikgu2 dok belanja. sbb tu la dia nak juga usaha ambik pencil case dia...
kwn ckp pencil case tu dia peluk kuat...masih dlm genggaman sbb budak ni org susah...nak exam pt3 lgi dah dekat...bkn mcm anak org lain mak pak beli serba baru bila nak exam
Pesan lah dgn anak2 kita jgn buat prank yg mengarut, terlibat dgn ragging dan melayan kehendak kawan2 atau tunjuk kelebihan yg melampau.

Ringkasan kes:

-mangsa pelajar tingkatan 3 smk syed alwi
-mangsa tiada masalah disiplin di sekolah
-mangsa dipercayai hadir ke sekolah dan kemudian MIA sehingga waktu rehat
-berpakaian sukan sekolah sms kejadian
-dipercayai mangsa memanjat dewan sekolah dan kemudian terjatuh akibat drpd siling yg pecah
-mangsa merupakan anak yatim
-maklumat lain menyusul

Katanya ada kawan sorok kotak pensil.dia p cari.masa jatuh dok pegang kotak pensil lg..cikgu2 pun menangis...
04:53

rahsia anak ke dua

by , in


Ini la kriteria anak ke 2, aku update dekat sini sebab aku anak no 2. Korang nak kawan ngan aku blh la tgk apa kekurangan aku ni... hehehe

Positif
- fleksibel
- pandai bawa diri
- lebih berdikari
- kepercayaan dan keyakinan yang tinggi
- boleh menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi
- pentingkan kekeluargaan
- bertanggungjawab

Neutral
- perangai unik/pelik dari adik beradik lain
- boleh baca emosi/perangai/keadaan seseorang
- survivor

Negatif
- mudah/cepat terasa/sensitif
- rasa tersisih dan terabai
- mudah mengalah
- degil/keras kepala tapi masih terkawal
- suka buli adik lebih kecil
- pendiam
- lebih suka buat kerja sendiri dari berkumpulan
- suka pendam perasaan
- sukar untuk difahami
- suka menyendiri
- pentingkan orang lain dari diri sendiri
- suka tarik perhatian


ANAK MANJA IBU
sebab apa2pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. apa sikit ibu!!  **Mesti ar... anak mak kan

ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia ajer yg betul..dlm ramai2 adik beradik dia ajer yg KETEGAG .. kemahuan dia kuat.. kalau buat sesuatu sungguh2… kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan.. **jangan pujuk.memang tak jalan

TAK PANDAI PUJUK
memang anak no 2 ni dia tak pujuk makwe / pakwe dia.. **jangan berharap..sebab takkan dapat

BERCINTA
Tak digoyahkan anak no 2 juga …. dia kalau bercinta, sangat setia…sanggup berkorban

HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang ( kononnya ) kalau hitam2 hitamlah kalau putih …. putihlah ….degil tak boleh toleransi **ada juga part toleransi.bukan takde langsung.tapi tipis la....

HATI
No 2 ni juga nampak ajer keras…tp hati dia lembut juga….SATU lagi peel dia…dia tak boleh ditegur….kalau kita tegur dia mesti tarik muka **heheheh

BERDIKARI
very independent..mmg betul..tp kalau terlebih indepent pun payah…..TP mudah bergaul..campak lah kat manapun sekejap dah dapat kawan..very take care of her brother and all stuff belonging family.( sebab terlalu ambil berat pun menyampah…semua adik2 kena control kena report kat diorang ) **selalunya buat tak tahu. lebih selesa menunggu mereka yang bukak cerita

ARAHAN
anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan….dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata..tak boleh kerja ngan org…ramai anak no 2 ni keje sendiri ** no komen!

PEMAAF & caring
tak dinafikan no 2 ni pun pemaaf & caring…TAPI awas jgn bg diorg marah….kalau depa marah faham sajer lah*perfect!

PAKAIAN
Nak ajer up to date…semua nak kemas. **tak jugak!ahaha
03:18

kelahiran pada bulan MEI

by , in


# kekerasan hati & degil
# kuat semangat & bermotivasi tinggi
# pemikiran yg tajam
# mudah marah apabila tidak dikawal
# pandai menarik hati org lain & menarik perhatian
# perasaan yg amat mendalam
# cantik dr segi mental & fizikal
# tidak perlu dimotivasikan
# tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain
# mudah dipujuk
# bersikap sistematik (otak kiri)
# suka berangan
# kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu
# bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit
# daya khayalan yg tinggi
# permikiran yg tajam
# pandai berdebat
# fizikal yg baik
# kelemahan sistem pernafasan
# suka sastera,seni & muzik serta melancong
# tidak berapa suka duduk dirumah
# tidak boleh duduk diam
# tidak punya ramai anak
# rajin dan bersemangat tinggi
# agak boros


Instagram @use_zally