bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Monday 29 September 2014

The Versatile Blogger Award

Sayang sangat saya pada kawan2 blogger sekalian... terutama yang memang follow aktiviti saya di blog ni. Korang memang kawan blogger saya yang sangat saya sanjungi.

Walaupun ramai kawan blogger yang saya tak kenal tapi kenal saya di laman maya ini. Paham x maksud ayat saya? Hehhehe...
Dan saya tau ada pembaca blog saya yang suka menghentam penulisan saya tapi terima kasih saya ucap kerana sudi membaca walaupun tak suka saya...

Panjangnya mukadimah saya ni yea. Ucapan terima kasih saya pada sudi tag saya.

Kita berbalik pada terma dan syarat-syarat yang perlu dipenuhi iaitu :
1) ucap terima kasih kepada blogger yang tag anda
2) letakkan link blog mereka
3) tulis 7 fakta mengenai diri anda
4) pilih 15 blog yang anda ikuti dan calonkan sebagai 15 blog ini 
kepada 'The Versatile Blogger Award'

Jawapan saya adalah:
1) terima kasih pada lenny n maziah

2) kepada kwn2 sekalian drop la ke blog mereka :
http://whateverapa-apasahaja.blogspot.com
http://mrsablogstori.blogspot.com

3) 7 fakta mengenai saya : 
     a) saya suka sangat berbisnes dan ada duit
     b) saya suka makan terutama makanan seafood
     c) saya suka gi holiday ngan famli
     d) saya tak suka orang kacau idup saya
     e) saya suka tonton drama korea
     f) saya benci orang tikam belakang 
     g) saya benci manusia munafik

4) 15 blog yang nak saya calonkan : 
     a) http://hazanis.blogspot.com
     b) http://www.pangkin4rest.com
     c) http://herba-tihara.blogspot.com
     e) http://www.nisakay.com     
     f) http://abad5231.blogspot.com
     g) http://gugirly2989.blogspot.com
     h) http://ignorantbrat.blogspot.com
     i) http://cendanakasih.blogspot.com
     j) http://www.ellyaroza.com
     k) http://www.zulkbo.com
     l) http://halimunaninvisible.blogspot.com
     m) http://syarifah-radiah.blogspot.com
     n) http://www.muhdarif.com

Panjang lebar entry hari ni... 
Sunday 28 September 2014

Famli outing

Kita ronda-ronda kotaraya... time 4 famli
Isi perut dulu

Seksinya dia.... aum...
Kenapa tangan dia ada dekat kepala???

Mana budak putri ni....? 

Tak pat beli dpt snap gambo dah ler... 

Jangan tembak dia... 

Lambatnya ibu ngan abah shopping... muka penat.. heheheh

Saturday 27 September 2014

Mereka terlalu ISTIMEWA



Sebuah teksi berhenti dibelakang kereta isteri saya yg menghantar saya untuk rawatan.Driver teksi keluar mengambil wheel chair kerana orang tua yg dibawanya tak berupaya berjalan.Saya tolong menyorong ke dalam dan duduk disebelahnya."Saya tengok Tn Hj selalu dihantar oleh teksi,tak ada anak ka?Soal saya memula bicara."Isteri dah meninggal.Anak dah kerja dan dah kahwin,tinggal berasing.Saya tak mahu suruh anak hantar kerana saya takut mereka berdosa kerana menolak,memberi alasan,atau menghantar dg masam perasaan.Biarlah saya upah teksi."Dia diam sejenak.Saya dah bersedia mendengar luahan hatinya."Sekarang saya sedar,kita bela anak untuk menyenangkan hidupnya.Jangan mengharap untuk menyenangkan hidup kita."Dia mula mengesat air mata."Dosa berkata uuh! pun sudah cukup besar pd seorang anak,inikan mula menolak,memberi alasan dan bermuka masam bila diminta sesuatu.Biarlah,saya anggap saya sudah menamatkan tugas memelihara mereka.Biarlah mereka merenangi hidup tanpa diganggu."Allahuakbar!.Saya pula yg menitis air mata

Kata-katanya benar benar meredupkan hati saya.Bukan tak pernah menolak permintaan ayah,bukan pernah memberi alasan utk tidak menunai permintaannya,bukan tak pernah bermasam muka dgnya.Ya Allah... Orang tua ini bukan sahaja berjaya menunaikan tanggungjawabnya,tetapi melakukan lebih lagi dgn mengelak anak anak terjerumus dosa.

Ayah dan emak siapa juga, akan mengorbankan seluruh kudrat yg ada demi kesejahteraan anak, yg lahir bukan atas paksaan tetapi naluri yg tuhan jadikan.Jauh disudut hati mereka mengharap anak anak tempat bergantung dihari tua.Tetapi bagai dikata oleh orang tua yg saya temui,akhirnya bila zaman berubah, banyak anak yg terlupa,yg terlalpa bila sibuk mengejar dunia,ada anak yg hilang pertimbangan antara bapa yg telah tak berupaya serta membebankan dg dunia yg perlu dihambat.Bapa yg baik akan meneruskan pengorbanannya seperti orang tua yg saya ceritakan,sehingga akhir hayatnya.

Berhentilah memberi alasan kpd ibu dan bapamu kerana mereka tak pernah memberi alasan utk memenuhi permintaan mu kecuali bila mereka benar-benar tidak berupaya!!
Alfatihah kepada ibubapa kita samada yg masih hidup atau telah meninggal dunia

Shah alam peace yo!


Hubby ajak kami gi uptown shah alam.. klu ikutkan aku, aku suka lepak dkt rumah je. Yea la penat weh balik keja nak merayau. Tp tgk anak2 pun beriya2 nak gi... layan je la



Dia yang selalu buat aku tersenyum dengan karenahnya...


Minah kt blkg brutal betul... hehehe 


 Like father like son, love both of you.. korang memang jantung aku.






Friday 26 September 2014

Kenapa kamu pilih aku???

Bila diri penuh dengan hasat dengki dan iri hati, terasa hidup tidak menjadi. Bila pegangan pada Si DIA yang berkuasa tiada, hidup memang tidak akan bermakna walaupun kau hidup beribu tahun lamanya.

Sedarlah wahai manusia (peringatan pada diri aku juga) kita akan pergi mengadap DIA sama ada cepat atau lambat.. cukup2 la leka dalam dunia yang hanya sementara...

Salam Jumaat kepada semua sahabat dan pembaca...

Thursday 25 September 2014

Bila teringat

Waktu aku buka fb tadi aku dapat post dr kwn aku pasal noornelofa (pelakon) yang diberi hidayah.

Semua orang tahu dia seorang yang sangat seksi dan cantik sehingga aku sendiri terpukau dengan kecantikan dia, apatah lagi kaum adam yang memandang.

Allah, telah beri dia petunjuk supaya dia berbalik kepada Yang Esa. Dia sangat beruntung diberi hidayah sebegitu rupa tapi aku? Masih di awang2an walaupun zahir aku nampak seorang muslimah tapi aku masih cetek pemikiran.

Ada situasi dan perkara membuat aku lemah, membuat aku jadi hilang arah... orang nampak aku tabah tapi aku sendiri rasa yang aku sangat rapuh dalam menempuhi hidup yang sememangnya mencabar.

Mak... abah... rindu korang sangat2...

Tuesday 23 September 2014

Dia muntah2

Dari semalam dia asyik muntah-muntah je. Malam td kol 1am aku ngan hubby gi klinik ambik ubat, pagi tadi ingat dah ok tapi aku dapat sms dari sekolah tengahari cikgu dia bagi tau masih muntah2.

Aku balik untuk jaga dia... oh sang puteri

Monday 22 September 2014

Holiday at Port Dickson

Semperna cuti sekolah ni kan bawak la buah hati ni gi Holiday, tak jauh pun.... saja bagi mereka hepi dengan sepupu dan mak2 saudara belah hubby.