bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Wednesday 21 November 2012

pertanyaan dia yang buat aku bingung

budak-budak zaman sekarang nie memang cepat belajar. apa sahaja yang mereka lihat mesti ada yang mereka akan ikut. tu sebab kita sebagai ibu bapa patut tahu memilih cerita yang dipaparkan di televisyen. so cuba layan masalah yang aku hadapi bila berdepan dengan putri

Ibu : along belikan ibu kunyit hidup
Along : ok
Putri : "senyap"
-----------------------------------------------
Beberapa minit kemudian

Along balik membawa kunyit yang dipesan, Putri berlari ke arah along sambil mengambil kunyit yang dibawa along. Kunyit bertukar tangan

-------------------------------------------------
Putri : ibu, kunyit ni tak gerak pun. Tadi ibu ckp kunyit idup ke along masa bawak dari kedai along jatuhkan ke? Tu yang kunyit dah tak gerak. Sekarang ni kunyit mati kan ibu?

Aku cuma tersenyum







selepas cuti

dah lebih seminggu aku tak update blog kesayangan aku ni. banyak sangat dalam kepala aku ni nak ceritakan pada kawan2. yang paling utama adalah si bujang aku dah jadi remaja... heheheheh
Wednesday 7 November 2012

cuti tersepit

sebut je pasal cuti semua orang akan tersenyum sebab..... yeahaaaaa, tak payah pergi kerja. heheheheh. minggu depan cuti tersepit semua orang dah apply cuti termasuk aku. dan minggu depan jugaklah banyak benda nak kena buat, paling utama adalah hubby kena bawah along ke klinik berkhatam(sunat lah tu...)

eeeeemmmmmm.... si along ni siap cakap ngan aku dia nak sunat laser tapi dan hubby lebih suka dia sunat biasa. maksud biasa tu paham2 je lah kan klu ada yang tak paham tu buat2 paham je ler. tapi kalau yang boboy ni tak paham kena sunat lagi sekali...aku ska tu..... hahahhha.

minggu depan juga rombongan dari kampung datang (abah, mak, ina&anak, inie&anak, kaklong, ima, noman, pezal, liza, ana dan zakiyyah) keluarga aku ni dari singapore rumah mak sedara aku sebab dia buat kenduri kawen sepupu aku tapi aku tak pat pergi so mereka ni wakil aku dan hubby.