bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Tuesday 15 November 2011

aduhai...

lepas satu perkara satu perkara lagi berlaku pada keluarga besar aku nie. kak long pula dimasukkan ke hospital pada 10.11.2011 kerana bleeding. kak long baru 3 bulan mengandung...

aku rasa dia terlalu penat dan mungkin juga rahim dia lemah ditambah pulak dia bersama suami pergi ke kota baharu melawat nurman yang kemalangan pada hari sebelum dia bleeding. kesian kak long dah lah susah nak lekat pastu pulak ada masalah macam nie mesti dia sedih. aku harap tidak ada apa2 berlaku. sekarang dia masih diwad...

kak long, kami sekeluarga doakan semoga kandungan kak long selamat... amin

kak long bersama suami tersayang....

accident

pada 09.11.2011 pukul 3.54pagi aku dikejutkan oleh panggilan dari abah yang menyatakan bahawa adik lelaki aku yang sorang lagi (Mohd Nurman) kemalangan. terkejut juga aku terus tak dapat tidur. abah baru dapat berita tersebut dari mak angkat si nurman. dia diberitahu bahawa nurman kemalangan pada malam 08.11.2011 lebih kurang pukul 9.00pm dan cuba menalifon abah tetapi abah tak angkat. mungkin abah tak dengar handphone dia berdering.

semasa abah telefon aku dia telah bersiap untuk bertolak ke hospital kota baharu, kelantan. nurman nie kerja di kota bahru sana tu. jauh jugak lah dari rumah aku. mereka sampai kat hospital pun lambat dalam lebih kurang pukul 6am...

abah pergi dengan mak dan awie kerana adik2 yang lain sekolah. awie kol aku dan beritahu status adik aku pukul 9.00am. nurman patah kaki dan kaki dia kena simen. agak teruk juga kaki dia tu... kak ngah doakan awak cepat sembuh. masa kat sana abah mintak kebenaran dari pihak hospital untuk bawa balik nurman.

nie lah dia budak accident tu.... bawak motor kawan nak pergi beli barang. accident motor dengan motor jugak.

majlis pertunangan zarawi

pada 07.11.2011 adik aku yang lelaki telah melangsungkan majlis pertunangan dengan wanita pilihan nya, ain namanya. aku selaku kak ngah mengharapkan yang terbaik kepada adik tersayang semoga berjaya hingga ke jinjang pelamin tetapi aku tidak dapat sama2 memeriahkan majlis tersebut kerana aku tidak dapat cuti lama.

belah kami tiada majlis berlaku tetapi di belah pompuan majlis berjalan dengan lancar dan tersusun. harapan aku dan keluarga semoga mohd zarawi bin ghazali akan berjaya ke jinjang pelamin tahun depan. dengarnya ikat setahun. nilah gambar mereka.

nielah pelamin mereka. macam pelamin kawen pulak. mentang-mentang lah si ain nie bisnes andaman tapi awie cakap nie hasil kerja dia... layan jer ler...

nie lah orang yang bertunang awie n ain. dah gemuk si awie nie, hilang hensem. xpelah xhensem nanti susah nak jaga. dulu bukan main ramai aweks. akhirnya tunang jua adik ku....

mak menyarungkan cincin pertunangan kepada bakal menantu. ayu mak kalah si ain tu... heheheh. jangan marah ain yea sebab bakal mak mertua awak memang lawa...sebab tu anak2 nya cun2....

snap dekat skit lagi baru nampak cincin nya.... nie xnampak lah yang nampak gelang mak jer... heheheh

si ain mencium tangan mak ambik berkat.... semoga dapat menjadi menantu yang baik kelak dan adik/kakak ipar kepada adik beradik zarawi.

alamak, nie jer gambar yang ada dalam simpanan aku yang aku download dari fb ain. adik beradik ipar duai yang sama2 sama memeriah kan majlis.

antara kaum keluarga yang hadir. aku diberitahu dalam 10 buah kereta juga yang datang memeriahkan majlis tunang zarawi. yang baju merah tu mr abah... hensem kan, kalah menantu2 lelaki dia... heheh, sayang abah.

itu lah serba sedikit cerita majlis pertunangan adik ke-3 aku.... mohd zarawi dengan wanita pilihan dia iaitu ain. nama penuh lupa lah.... kak ngah dan keluarga di seremban doakan yang terbaik untuk kalian.


Thursday 3 November 2011

3 teknik untuk perbaiki hubungan dengan suami anda

entry nie aku ambik di blog nie http://www.kuatbatin.com
tadi jalan2 kat blog kawan2 n aku ada baca entry nie. aku nak kongsikan kepada pembaca blog aku teknik-teknik dibawah ini. kita sama-sama praktik kan teknik-teknik dibawah supaya hubungan kita dengan pasangan akan kekal bahagia selamanya... amin

pasangan bahagia (mak & abah i love u...) sekadar gambar hiasan

Adakah anda sudah berkahwin tetapi anda rasa seperti tinggal dengan seorang yang asing di dalam rumah? Jika ia, anda perlu segera sedar dan perbaiki hubungan dengan suami anda. Berikut adalah 3 teknik untuk perbaiki hubungan dengan suami anda.

Teknik pertama : Selami hati suami

Kadangkala, suami menjadi dingin pada anda kerana mereka mempunyai masalah yang tidak dapat di luahkan dengan kata – kata. Anda selami dan ambil tahu masalah yang di hadapi oleh suami anda. Pujuk suami anda supaya meluahkan masalah dia pada anda. Jangan beri dia peluang untuk marah pada anda.

Jika dia marah, anda pujuk dia dan nyatakan kesudian anda untuk bersama – sama dengan dia. Apabila dia melihat anda ikhlas, dia akan mula goyah dan meluahkan segala – galanya pada anda. Dengan ini, secara perlahan – lahan, suami anda akan kembali pada anda.

Teknik kedua :  Cantikkan diri dan libatkan suami dalam aktiviti anda

Jika anda mahu pergi ke pasar, anda paksa dia supaya menemani anda. Tampilkan diri anda dalam keadaan cantikdan ajak dia ke mana sahaja anda pergi. Jika dia melihat anda dalam keadaan cantik, dia tidak akan lepaskan anda. Tambahan pula, ketika anda keluar ramai lelaki yang suka melihat anda. Rasa cemburunya akan menjadikan dia lebih menyayangi anda.

Teknik ketiga : Sentiasa bermanja dengan dia

Sentiasa peluk, cium dan belai suami anda. Lama kelamaan, dia pasti akan cair dengan kasih sayang yang anda tunjukkan.

Ketiga – tiga teknik ini boleh merapatkan kembali hubungan anda dan suami anda. Kadangkala, lelaki ini hanya  nampak semut di seberang tetapi tidak nampak gajah di depan mata. Apa yang anda perlu lakukan adalah menyedarkan dia bahawa anda ada di sisi dia.

bowling... bowling... bowling

minggu lepas ari jumaat sekali lagi kami group ict n billing mengadakan perlawanan bowling. kami main sajer2 jer nak lepaskan tension kerja. tension ker???? huhuhuh...

lagipun kami nak ucapkan ribuan terima kasih pada Aliff pelajar praktikal yang telah banyak membantu kami dalam urusan kerja di unit ict. kami ada sedikit membeli hadiah untuk dia jadikan kenangan. kami bagi dia model basikal.

dia nie memang giler motor. nak dijadikan cerita dia nie penah jatuh motor so aku buat keputusan membeli basikal supaya dia tak jatuh motor lagi. hahahah... lawak tak? nak tengok muka budak nie. orangnya handsome, budak yang baik n cool jer....


ni lah budaknya (gambar atas). sori lah lupa nak snap gambar dia sorang terpaksa crop plak. kat bawah nie gambar aku ambik sebelum main. sebenarnya ramai lagi yang main, dek bosan tunggu yang lambat tu kami ambik gambar dulu ler...


kami main 3 game, dah nak sampai game terakhir rasa macam nak tercabut tangan (macam bagus jer kan) hehheh... gambar kat atas tu dari kiri (jannah, saiful-tunang jannah, alip, niena, hafiz, taufik dan aku). antara player terbaik.. hheheheh


gambar bola bowling kena lah snap jugak k.


gambar kat atas nie antara markah kami (girl2 jer...)
Wednesday 2 November 2011

aku ini insan biasa

sejak dua menjak nie kerja makin bertambah, bebanan pemikiran rasa macam tidak tetanggung oleh aku. entah lah nak katakan yang aku nie sibuk sangat xde tapi otak aku nie rasa sakit sangat. penyakit lama (sakit kepala-cakap orang melayu) menyerang kembali.

bila sampai kat rumah rasa nak rebah kan badan jer sebab bebanan kerja yang aku sendiri rasa berat. entah lah mungkin faktor usia yang menjadi kan pemikiran aku macam nie. rumah pun dah xberapa macam rumah dah. dengan kotak2 barang yang nak anta kat umah baru lagi dengan mainan si putri yang bersepah... macam2 lah.

tu sebab sekarang nie aku selalu miss masak. sori my hubby, along n adik.. ibu xpat nak layan korang lebih2 sekarang nie atau mungkin bebanan memikirkan semua perkara dalam satu masa. ingat nak cuti dalam masa terdekat nie tapi banyak perkara yang tidak mengizinkan aku berbuat demikian.

kepada kawan2 dan sedara mara yang tengok aku jadi pendiam sori lah yea...

noman & my mom

cantik sangat gambar nie... suka tengok muka mak, nampak suci sangat


nie pulak adik aku edit... budak2 skarang nie memang pandai meng-edit... LAYAN....