bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Friday 30 December 2011

selamat tinggal tahun 2011


lagi 2 hari kita nak melangkah ke tahun baru. cepat sangat masa berlalu kan. dan seperti tahun-tahun yang telah meninggalkan kita, banyak kenangan manis dan pahit yang aku tempuhi semasa berada di tahun 2011 dan kenangan yang paling manis adalah aku dapat rumah baru walaupun si along tidak suka dgn rumah tersebut (tau xpasal pe, pasal dia xde kawan... huhuhu).

semoga tahun 2012 akan menjadi tahun yang gembira buat aku dan rakan-rakan sekalian. kepada rakan2 blogger yang lama mahupun yang baru mengenali aku, aku ucapkan juga selamat tahun baru 2012. semoga perkenalan dan persahabatan kita semua akan berkekalan.

kepada suami tercinta, semoga cinta yang terjalin antara kita tetap kekal utuh sehingga akhir hayat. dan semoga apa yang berlaku di tahun 2011 menjadi iktibar dan pedoman untuk kita sama-sama tempuhi dengan redha.

kepada kawan-kawan opis yang mengikuti perkembangan blog aku, aku nak ucapkan selamat tahun baru dan jika apa yang aku bicarakan dalam blog nie yang ada mengguris hati dan perasaan kalian aku memohon ampun dan maaf. (rasa2nya aku xde cakap pasal korang kot... kalau ada mintak maap sekali lagi)

kepada anak2 ibu, ibu doakan yang terbaik buat anak2. ibu doakan semoga tahun 2012 menjanjikan yang terbaik buat anak2.

kepada adik-beradik tersayang semoga kita akan kekal bersama walaupun badai yang melanda. buat mak dan abah semoga bahagia, gembira, sihat dan sejahtera aku ucapkan.
Friday 23 December 2011

perbualan bayi sebelum kelahirannya


tadi aku jalan-jalan ke blog2 kawan2 ada satu posting dari blog kawan kita nie :

http://marukochi.blogspot.com

berlinang air mata aku tatkala membaca bait-bait kisah dibawah. kepada para anak2 hormatilah ibu dan sayangilah mereka selagi mereka berada didunia ini. mak, yus sayang mak dan rindu mak...

Baca dan hayati kisah di bawah ini. Fahami mesej yang cuba disampaikan. Dan paling penting, amalkan ilmu yang anda dapat.

Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu. Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :

Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu

Cara Mendidik yang Terbaik untuk anak kita

di bawah adalah cara-cara yang terbaik untuk kita mendidik anak2 kita supaya menjadi anak dan insan yang soleh dan solehah. aku tahu ramai ibu2 sekarang mesti mempunyai tahap kesabaran yang tinggi supaya didikan yang diberi kepada anak-anak tercapai.

untuk menjadi seorang yang penyabar kita mesti muhasabah diri kita supaya apa yang kita lakukan menjadi ikutan dan teladan kepada anak-anak. dibawah adalah cara mendidik yang terbaik untuk anak kita untuk kawan-kawan dan saya perlu amalkan.

saya copy cara-cara nie di blog little story


gambar dibawah adalah gambar insan-insan suci yang lahir dari insan-insan yang suci (hehehehe....)

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak
Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”
4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

dslr camera

aku teringin sangat nak beli camera dslr. sepupu aku ada 1 camera nie dan aku tengok bila dia snap gambar nya cantik sangat. dan aku pun banyak tengok gambar yang disnap menggunakan camera dslr. kalau aku dapat tangkap gambar keluarga aku dengan menggunakan camera nie mesti cantik. aku taget sebelum raya tahun depan aku mesti dapatkan satu. time tu mungkin dah murah harga dia kan.

aku tadi bertandang ke blog nisa kay dan tengok gambar yang disnap menggunakan camera dslr lawa giler. suka aku tengok dah lah budak nie memang cute ditambah pulak ngan camera dslr yang disnap oleh orang yang berkaliber...

gambar kat atas tu aku copy dari blog nakbebel dia pun aku tengok nak beli camera dslr.
Thursday 22 December 2011

urusetia Quarterly Perform review - Hote Sutera



pada hari nie dan esok iaitu 22hb - 23hb Disember 2011 aku jadi urusetia untuk sains quarterly perform 2nd & 3rd review. tak adalah banyak sangat kerja-kerja yang aku kena buat just backup HR je.

sebenarnya hotel nie sebelah opis jer xdelah jauh sangat nak kena drive. tapi sekarang nie rasa mengantuk pulak, apa tak nya si tuan puteri (adik) mengigau malam tadi asyik merengek jer...

so tu jer lah, xde apa nak update.
Thursday 15 December 2011

ombak rindu




korang ingat tak yang aku ari tu teringin nak tengok movie Nur Kasih kat wayang last2 mr hubby beli vcd jer tension aku. skarang nie demam ombak rindu dan aku teringin sangat nak tonton di wayang ada sesiapa nak teman aku tak pergi tengok ombak rindu angkat kaki.. heheheh

member2 cakap cerita nie best sangat. sedih ada yang menangis kesedihan iyea ker??? ada lagi ke x sekarang nie yea kat wayang? kalau dah habis melepas lagi lah aku.

iphone



pada 2hb Disember yang lalu aku n the geng (jannah, erin n fariza) ke terminal 1 untuk usha handphone. pada mulanya aku nak beli blackberry tapi member cakap blackberry biasa jer so aku ada ternampak satu handphone yang memang memikat hati aku.

walaupun bagi korang handphone ni tak delah sebest mana tapi aku rasa best sangat. hehheeh...

tadaaaa... nie lah dia handphone yang aku suka tu dan terpikat sangat bila kali pertama memandangnya. heheheh. tanpa berlengah lagi aku dengan suara manja menalipon mr hubby dia siap cakap jangan beli dulu dia nak tengok macam mana. mula2 rasa macam nak ngajuk tapi sebelum mematikan perbualan (hehehe... ayat xbleh blah) mr hubby cakap kita datang balik pada keesokan hari ok. yahoooo....

dan akhirnya pada sabtu 3hb disember 2011, matlamat aku tercapai... terima kasih mr hubby.

aku pun ada hati



kepada orang yang berpangkat tinggi tu cukup-cukuplah mendongak ke langit pandanglah juga ke tanah. korang nie pun manusia biasa, hamba Allah bukan golongan malaikat yang korang rasa korang bagus dan boleh buat apa yang korang suka. pikir lah perasaan orang lain, tak payah lah tunjukkan korang tu berkuasa..

Hanya Dia yang SATU berkuasa ke atas manusia dan alam semesta.

- apsal aku nie tetiba ter emo...heheheheh-
Wednesday 14 December 2011

Rumah aku punya ( part 3 )

Semalam aku pindah ke rumah yg aku beli 6 bulan yg lalu. Bahang kepenatan terasa sampai ke tulang rusuk. Penat giler aku rasa sampai mlm tadi terasa nak demam. Pagi ni isnin 12hb disember - 13hb disember 2011 aku dah apply cuti sebab aku rasa memang aku xlarat nk kerja. Kejap lg dlm kol 10.30pm aku nk ke sekolah tmn tasik nk daftar skolah baru si along plak. Ari ni Hubby kena kerja plak so terpaksa lah aku kemas rumah sorang2. Kt bwh Ada sedikit Gambr yg sempat aku snap.

Penat giler

Ari ni aku rasa tak terurus sangat bukan apa Cuma letih mengemas Dan fikiran rasa berat sebab rumah belum siap sepenuhnya. Datang keja pun fikiran pikir pasal rumah.
Friday 9 December 2011

Angah ibu

Ni lah gambar terbaru si putri aku. Ambk gambr je Ada aksi2 menarik dia tu... Kwn2 layan k
Tuesday 15 November 2011

aduhai...

lepas satu perkara satu perkara lagi berlaku pada keluarga besar aku nie. kak long pula dimasukkan ke hospital pada 10.11.2011 kerana bleeding. kak long baru 3 bulan mengandung...

aku rasa dia terlalu penat dan mungkin juga rahim dia lemah ditambah pulak dia bersama suami pergi ke kota baharu melawat nurman yang kemalangan pada hari sebelum dia bleeding. kesian kak long dah lah susah nak lekat pastu pulak ada masalah macam nie mesti dia sedih. aku harap tidak ada apa2 berlaku. sekarang dia masih diwad...

kak long, kami sekeluarga doakan semoga kandungan kak long selamat... amin

kak long bersama suami tersayang....

accident

pada 09.11.2011 pukul 3.54pagi aku dikejutkan oleh panggilan dari abah yang menyatakan bahawa adik lelaki aku yang sorang lagi (Mohd Nurman) kemalangan. terkejut juga aku terus tak dapat tidur. abah baru dapat berita tersebut dari mak angkat si nurman. dia diberitahu bahawa nurman kemalangan pada malam 08.11.2011 lebih kurang pukul 9.00pm dan cuba menalifon abah tetapi abah tak angkat. mungkin abah tak dengar handphone dia berdering.

semasa abah telefon aku dia telah bersiap untuk bertolak ke hospital kota baharu, kelantan. nurman nie kerja di kota bahru sana tu. jauh jugak lah dari rumah aku. mereka sampai kat hospital pun lambat dalam lebih kurang pukul 6am...

abah pergi dengan mak dan awie kerana adik2 yang lain sekolah. awie kol aku dan beritahu status adik aku pukul 9.00am. nurman patah kaki dan kaki dia kena simen. agak teruk juga kaki dia tu... kak ngah doakan awak cepat sembuh. masa kat sana abah mintak kebenaran dari pihak hospital untuk bawa balik nurman.

nie lah dia budak accident tu.... bawak motor kawan nak pergi beli barang. accident motor dengan motor jugak.

majlis pertunangan zarawi

pada 07.11.2011 adik aku yang lelaki telah melangsungkan majlis pertunangan dengan wanita pilihan nya, ain namanya. aku selaku kak ngah mengharapkan yang terbaik kepada adik tersayang semoga berjaya hingga ke jinjang pelamin tetapi aku tidak dapat sama2 memeriahkan majlis tersebut kerana aku tidak dapat cuti lama.

belah kami tiada majlis berlaku tetapi di belah pompuan majlis berjalan dengan lancar dan tersusun. harapan aku dan keluarga semoga mohd zarawi bin ghazali akan berjaya ke jinjang pelamin tahun depan. dengarnya ikat setahun. nilah gambar mereka.

nielah pelamin mereka. macam pelamin kawen pulak. mentang-mentang lah si ain nie bisnes andaman tapi awie cakap nie hasil kerja dia... layan jer ler...

nie lah orang yang bertunang awie n ain. dah gemuk si awie nie, hilang hensem. xpelah xhensem nanti susah nak jaga. dulu bukan main ramai aweks. akhirnya tunang jua adik ku....

mak menyarungkan cincin pertunangan kepada bakal menantu. ayu mak kalah si ain tu... heheheh. jangan marah ain yea sebab bakal mak mertua awak memang lawa...sebab tu anak2 nya cun2....

snap dekat skit lagi baru nampak cincin nya.... nie xnampak lah yang nampak gelang mak jer... heheheh

si ain mencium tangan mak ambik berkat.... semoga dapat menjadi menantu yang baik kelak dan adik/kakak ipar kepada adik beradik zarawi.

alamak, nie jer gambar yang ada dalam simpanan aku yang aku download dari fb ain. adik beradik ipar duai yang sama2 sama memeriah kan majlis.

antara kaum keluarga yang hadir. aku diberitahu dalam 10 buah kereta juga yang datang memeriahkan majlis tunang zarawi. yang baju merah tu mr abah... hensem kan, kalah menantu2 lelaki dia... heheh, sayang abah.

itu lah serba sedikit cerita majlis pertunangan adik ke-3 aku.... mohd zarawi dengan wanita pilihan dia iaitu ain. nama penuh lupa lah.... kak ngah dan keluarga di seremban doakan yang terbaik untuk kalian.


Thursday 3 November 2011

3 teknik untuk perbaiki hubungan dengan suami anda

entry nie aku ambik di blog nie http://www.kuatbatin.com
tadi jalan2 kat blog kawan2 n aku ada baca entry nie. aku nak kongsikan kepada pembaca blog aku teknik-teknik dibawah ini. kita sama-sama praktik kan teknik-teknik dibawah supaya hubungan kita dengan pasangan akan kekal bahagia selamanya... amin

pasangan bahagia (mak & abah i love u...) sekadar gambar hiasan

Adakah anda sudah berkahwin tetapi anda rasa seperti tinggal dengan seorang yang asing di dalam rumah? Jika ia, anda perlu segera sedar dan perbaiki hubungan dengan suami anda. Berikut adalah 3 teknik untuk perbaiki hubungan dengan suami anda.

Teknik pertama : Selami hati suami

Kadangkala, suami menjadi dingin pada anda kerana mereka mempunyai masalah yang tidak dapat di luahkan dengan kata – kata. Anda selami dan ambil tahu masalah yang di hadapi oleh suami anda. Pujuk suami anda supaya meluahkan masalah dia pada anda. Jangan beri dia peluang untuk marah pada anda.

Jika dia marah, anda pujuk dia dan nyatakan kesudian anda untuk bersama – sama dengan dia. Apabila dia melihat anda ikhlas, dia akan mula goyah dan meluahkan segala – galanya pada anda. Dengan ini, secara perlahan – lahan, suami anda akan kembali pada anda.

Teknik kedua :  Cantikkan diri dan libatkan suami dalam aktiviti anda

Jika anda mahu pergi ke pasar, anda paksa dia supaya menemani anda. Tampilkan diri anda dalam keadaan cantikdan ajak dia ke mana sahaja anda pergi. Jika dia melihat anda dalam keadaan cantik, dia tidak akan lepaskan anda. Tambahan pula, ketika anda keluar ramai lelaki yang suka melihat anda. Rasa cemburunya akan menjadikan dia lebih menyayangi anda.

Teknik ketiga : Sentiasa bermanja dengan dia

Sentiasa peluk, cium dan belai suami anda. Lama kelamaan, dia pasti akan cair dengan kasih sayang yang anda tunjukkan.

Ketiga – tiga teknik ini boleh merapatkan kembali hubungan anda dan suami anda. Kadangkala, lelaki ini hanya  nampak semut di seberang tetapi tidak nampak gajah di depan mata. Apa yang anda perlu lakukan adalah menyedarkan dia bahawa anda ada di sisi dia.

bowling... bowling... bowling

minggu lepas ari jumaat sekali lagi kami group ict n billing mengadakan perlawanan bowling. kami main sajer2 jer nak lepaskan tension kerja. tension ker???? huhuhuh...

lagipun kami nak ucapkan ribuan terima kasih pada Aliff pelajar praktikal yang telah banyak membantu kami dalam urusan kerja di unit ict. kami ada sedikit membeli hadiah untuk dia jadikan kenangan. kami bagi dia model basikal.

dia nie memang giler motor. nak dijadikan cerita dia nie penah jatuh motor so aku buat keputusan membeli basikal supaya dia tak jatuh motor lagi. hahahah... lawak tak? nak tengok muka budak nie. orangnya handsome, budak yang baik n cool jer....


ni lah budaknya (gambar atas). sori lah lupa nak snap gambar dia sorang terpaksa crop plak. kat bawah nie gambar aku ambik sebelum main. sebenarnya ramai lagi yang main, dek bosan tunggu yang lambat tu kami ambik gambar dulu ler...


kami main 3 game, dah nak sampai game terakhir rasa macam nak tercabut tangan (macam bagus jer kan) hehheh... gambar kat atas tu dari kiri (jannah, saiful-tunang jannah, alip, niena, hafiz, taufik dan aku). antara player terbaik.. hheheheh


gambar bola bowling kena lah snap jugak k.


gambar kat atas nie antara markah kami (girl2 jer...)
Wednesday 2 November 2011

aku ini insan biasa

sejak dua menjak nie kerja makin bertambah, bebanan pemikiran rasa macam tidak tetanggung oleh aku. entah lah nak katakan yang aku nie sibuk sangat xde tapi otak aku nie rasa sakit sangat. penyakit lama (sakit kepala-cakap orang melayu) menyerang kembali.

bila sampai kat rumah rasa nak rebah kan badan jer sebab bebanan kerja yang aku sendiri rasa berat. entah lah mungkin faktor usia yang menjadi kan pemikiran aku macam nie. rumah pun dah xberapa macam rumah dah. dengan kotak2 barang yang nak anta kat umah baru lagi dengan mainan si putri yang bersepah... macam2 lah.

tu sebab sekarang nie aku selalu miss masak. sori my hubby, along n adik.. ibu xpat nak layan korang lebih2 sekarang nie atau mungkin bebanan memikirkan semua perkara dalam satu masa. ingat nak cuti dalam masa terdekat nie tapi banyak perkara yang tidak mengizinkan aku berbuat demikian.

kepada kawan2 dan sedara mara yang tengok aku jadi pendiam sori lah yea...

noman & my mom

cantik sangat gambar nie... suka tengok muka mak, nampak suci sangat


nie pulak adik aku edit... budak2 skarang nie memang pandai meng-edit... LAYAN....



Thursday 20 October 2011

Retreat di Tistle, Port Dickson

pada 13-15 Okt yang lalu aku bersama-sama urusetia dan peserta retreat pergi ke hotel tistle, Port Dickson untuk menghadiri kursus Retreat anjuran SAINS. X banyak yang aku nak kongsikan kepada kawan2 sebab aku nie urusetia jer bukan peserta. tengok pada peserta penat juga sebab aktivitinya yang banyak.

tugas aku sediakan slide presentation CEO iaitu Dato' Rosman. aku juga jadi juru kamera kepada mereka. Berkenaan hotel pulak, boleh lah tapi makanan nya tidak menepati tekak aku sebab aku nie kalau x pedas xsah tapi balun gak ler kalau dah lapar... heheheh

selama 3 hari 2 malam tu rasa rindu pada si along n si adik... tapi bila call mr hubby dia cakap mereka x kisah pun.. sedihnya... huhuhuhu

yang sebenarnya si along tinggal ngan mertua aku, si adik tinggal ngan kakak yang jaga dia.... so x rasa terbeban sangat pada mr hubby.

 nie kat dalam bilik.... blh tahan lah bilik nya.. bilik hotel lah...


 xsempat nak bermandi manda sebab kejar masa

 permandangan dari dalam bilik






 bersantai jap selepas senaman pagi


nie antara gambar2 yang aku sempat snap....