bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Wednesday 31 March 2010
A Beautiful Hadith
Hadis yang Menarik


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati Dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan Dan si mati.


Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar Dan Nakir, datang dalam kubur Dan Cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'


Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal Dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring Dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar Dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'


When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di Hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'


Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because
Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:

'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.
'Sampaikan pengetahuan dari Ku walaupun hanya satu ayat.'


May Allah bestow this favour on all of us.

Kelebihan-Kelebihan membaca Bismillah

WALLAHU A'LAM!!!

MAKLUMAT INI DARI USTAZ HARUN DIN, BELIAU BACAKAN ARTIKEL TENTANG FAKTA BAHAWA PLANET MARIKH ( PLANET TERDEKAT DGN BUMI ) TELAH MENGALAMI PUSINGAN TERBALIK PADA BULAN SEPTEMBER LEPAS. INI MENUNJUKKAN BAHAWA PLANET YANG BERHAMPIRAN DENGAN PLANET MARIKH JUGA AKAN MENGALAMI KEJADIAN YANG SAMA..

MAKA AKAN TERJADILAH KEJADIAN MATAHARI AKAN TIMBUL DARI ARAH BARAT YANG JUGA MERUPAKAN TANDA-TANDA BESAR KIAMAT..

PADA MASA ITU JUGALAH PINTU TAUBAT AKAN DITUTUP... KATA PARA ASTRONOMI PLANET, BUMI HANYA TUNGGU MASA SAJA. MAKLUMAT INI TIDAK DIDEDAHKAN SECARA MELUAS DAN TELAH DIHENTIKAN PENYEBARANNYA OLEH 'NASA' KERANA IA MENGUNTUNGKAN UMAT ISLAM. AMBILLAH

PERANAN...[istighfar jom..] wallahu a'lam

Sabda rasulullah s.a.w yang bermaksud.....

" siapa yang bersolat ketika matahari hendak terbenam .... Maka sebenarnya dia sedang bersolat di antara 2 tanduk iblis"

Mukjizat di sebalik BISMILLAH

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz ' BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM '
Yang bermaksud ' Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.'

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada
setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. 'BISMILLAH untukmu dan rumahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak
BISMILLAH diturunkan kepada Adam. (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap Hari. '

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya Dan kamilah kehebatannya. '

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian Dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta baiklah
Keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.
Tuesday 30 March 2010

Nafkah Batin - Bukan Hanya Keperluan Seks

Tidak semua wanita yang tidak mahu berkahwin itu terlalu memilih suami yang
berpangkat dan bergaji besar. Ada juga dikalangan mereka yang bercita-cita ingin
mencari lalaki yang berilmu dan beramal diatas segala apa yang telah diperintahkan
oleh Allah swt.

Oleh itu mereka terpaksa bertangguh untuk mendirikan rumahtangga dan untuk mencari
seorang lelaki yang beramal saleh di akhir zaman ini ibarat payahnya mencari sebutir
mutiara
asli. Sebabnya, ramai suami dewasa ini mencuaikan tanggungjawabnya di dalam
mendidik ahli keluarganya malah tugas itu diserahkan sepenuhnya kepada isteri dan
guru sahaja.

Kita percaya hampir ke semua suami berjaya menunaikan tanggungjawabnya di dalam
memberi nafkah zahir(seperti makan, minum, pakaian dan tempat tinggal) kepada ahli
keluarganya.. Tetapi bagaimana pula dengan tuntutan nafkah batin? Rata-rata
masyarakat sekarang memahami bahawa tuntutan nafkah batin itu sekadar untuk
melepaskan keperluan seks melalui jalan yang sah dan tidak lebih dari itu.

Bila sesempit itu pandangan mereka, maka timbullah berbagai masalah di dalam
rumahtangga. Contohnya, ahli keluarga tidak pandai bersembahyang, tidak pandai
mengaji Al Quran, cuai berpuasa dan tidak tahu hukum halal dan haram. Isteri dan
anak-anak hidup terbiar tanpa asuhan dan dididkan Islam yang sewajarnya.

Nabi saw telah mengingatkan para suami dengan sabdanya yang bermaksud: "Takutlah
kepada Allah dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah
amanah yang berada di sampingmu; barangsiapa tidak memerintahkan sembahyang kepada
isterinya dan tidak mengajarkan agama kepadanya, maka ia telah berkhianat kepada
Allah dan Rasul-Nya."

Menunaikan nafkah batin bererti mengajar isteri dan anak-anak dengan ilmu serta
didikan agama yang sempurna sehingga terbentuknya sebuah keluarga yang dianggotai
oleh mereka yang soleh dan solehah. Barangsiapa yang cuai atau lari daripada
tanggungjawab ini bererti dia telah menempah jalan ke neraka. Nabi saw pernah
bercerita menerusi sabdanya yang bermaksud: "Tidak ada seseorang yang menjumpai
Allah swt dengan membawa dosa yang lebih besar daripada seorang suami yang
membodohkan ahli keluarganya. "

Apakah ilmu-ilmu dan didikan yang mesti diajarkan oleh seorang suami kepada ahli
keluarga? Setiap suami bertanggungjawab mengajar anak isterinya ilmu-ilmu fardhu ain
iaitu tauhid, fekah dan tasauf. tujuan mempelajari ilmu tauhid supaya aqidah mereka
bertepatan dengan fahaman ahli sunnah wal jamaah. Contohnya, mempelajari sifat yang
wajib, mustahil dan harus bagi Allah dan Rasul. Mempercayai rukun-rukun Iman dan
rukun-rukun Islam.

Kita diwajibkan mempelajari ilmu fekah sebagaimana penekanan Allah menerusi
firmannya bermaksud: "Ketahuilah! Bahawa dianjurkan bagi seorang suami memerintahkan
isterinya(dan mengingatkannya dengan nada yang lembut) dan menafkahinya menurut
kadar kemampuannya dan berlaku tabah (jika disakiti oleh isterinya) dan bersikap
halus kepadanya dan mengarahkannya ke jalan yang baik dan mengajarnya akan
hukum-hukum agama yang perlu diketahui olehnya iaitu hukum bersuci, haid dan
ibadah-ibadah (yang wajib dan sunat)."

Justeru itu, suami mesti mengajarkan isterinya cara-cara mandi hadas dan berwuduk
serta masalah haid, nifas dan wiladah. Juga mengenai cara-cara menyucikan najis
serta pembahagian air yang wajib untuk dibuat bersuci, hukum halal dan haram serta
banyak lagi.

Tujuan mempelajari ilmu tasauf pula supaya setiap amalan yang dilaksanakan itu
benar-benar ikhlas dan dijauhkan daripada bersifat riyak, ujub (hairan kepada diri
sendiri) sombong dan lain-lain lagi.

Selain daripada perkara-perkara asas tersebut suami juga bertanggungjawab mendidik
isteri, berakhlak mulia terhadapnya dan terhadap anak-anak, ibubapa, sesama
isterinya sekiranya ada, rakan-rakan, jiran tetangga serta masyarakat.

Suami perlu memberitahu isteri tentang adab seorang isteri bersopan santun dalam
segala percakapan dan tindakannya.. Juga tentang akhlak semasa bersama anak-anak
iaitu berbual dengan mereka dengan bahasa yang baik dan jangan suka memaki-hamun
mereka dengan bahasa yang kesat. Kerana sesungguhnya kata-kata ibu itu mengandungi
doa; jika tercetus dari mulut ibu kata-kata seumpama "Beruk punya anak1" maka
lahirlah watak beruk pada si anak yang sukar untuk dilentur perangainya.

Ajarkan juga isteri supaya menghormati dan beradap sopan ketika berhadapan dengan
ibubapa dan mertuanya. Memuliakan keluarga suami lebih daripada yang lain. Sentiasa
memberi nasihat kepada isteri jika ia suka mengumpat, berleter atau memfitnah jiran
tetangganya. Ingatkan isteri supaya jangan suka menceritakan keburukan dan kelemahan
suami kepada orang lain.

Selalu ingatkan isteri supaya banyak bersabar dalam menempuh segala ujian dan
perintah-perintah Allah swt. Ajarkannya batas-batas aurat dan batas-batas pergaulan
seorang wanita. Pastikan auratnya terkawal ketika pergaulan dengan sanak saudara,
sahabat-sahabat perempuan, dan ketika berhadapan dengan lelaki yang bukan muhramnya.
Dan supaya isteri tidak keluar rumah tanpa izin daripada suami.

Isteri yang berjaya dididik dengan baik akan menjadi insan yang patuh kepada Allah
dan taat pada suaminya dikala susah mahupun senang. Dia akan menjadi insan yang
sentiasa menjadi pendorong serta penasihat kepada suami dalam hal-hal kebaikan,
malah sentiasa mendoakan keselamatan ke atas suaminya pada setiap waktu.

Kesimpulannya, inilah sebahagian daripada tanggungjawab suami dalam menunaikan
nafkah batin kepada isteri. Kiranya suami jahil dan tidak mampu untuk mengajar
isteri dan anak-anak, dia wajib berusaha mencari guru yang mampu mengajar. Semoga
dirinya dan ahli keluarganya terselamat daripada seksa di akhirat kelak.

Ibnu Abbas pernah berkata: :Berilah pengertian agama kepada mereka (ahli keluarga)
dan berilah pelajaran budi pekerti yang bagus kepada mereka."

Kebenaran tetap ada walau dalam kesamaran. Wallahu'alam

award dari missyen


cantik ker blog aku nie, thanks missyen .. aku rasa memang cantik pun. heheheh.. sape nak award nie? cepat angkat tangan. dah nampak dah saper nak nie

miszack missnieza ezadnimo


award dari qamarguyz


thanks dik qamarguyz.. terharu lg, tp nie nak bagi kat saper yea...

skarang nie musim orang bg award ker? heheheh... ok lah yus nak bagi kat

shima
kak intan nick wan

Monday 29 March 2010

top blogger



hehehe... dapat anugerah top blogger dari adik elmo kita nie. sedih dan terharu nya akak dik, tq so much adik k..

rasa macam semalam aku berblogger nie. macam2 try n error yang aku buat tp aku xpenah mengalah dengan semua rintangan. alhamdulillah dah dekat setahun aku dalam dunia blogger. aku juga dapat ramai kenalan yang sama2 memiliki minat yang sama. walaupun aku xkenal mereka tp aku dapat rasa keakraban aku dengan kawan2 blogger.

wah, panjang lebar aku meluahkan perasaan gembira xoz dapat anugerah nie.


skarang nie nak bagi kat saper yea..

1. ina
2. zack
3. missyen
4. norazlina
5. watie
6. amelia
7. suhaida

Saturday 20 March 2010

tag dari maria

Ada tag lg untuk aku...
jawab jer lah yea


1- Apakah URL link blog anda?
http://mylife-is-beautiful.blogspot.com

2-Siapakah nama teman istimewa anda ( jika ada)
(memang ada pun) fairulrizal b md shah

3-Apakah jenama jam tangan kesayangan anda?
xde jam.. dah lama dah xbeli jam, klu menang contest nie leh lah beli

4- warna baju kegemaran yang anda sering pakai?
hitam

5-Di manakah destinasi percutian menjadi idaman anda ketika ini?
klu dalam malaysia saya nak gi pulau perhentian luar malaysia saya nak g australia (nak tengok kangaroo)

6-Senaraikan gadget yang anda miliki?
banyaklah... kena tengok balik, rasa lebih dari 10

7-Apakah kod model telefon tangan anda?
k770i naper tanya nak bagi baru ker..

8-Adakah anda pelanggan setia akhbar Berita Harian? ^_^
yup... pelanggan online

9-Nama bapa kepada kekasih lama anda?
xtau lah... dah lama kan so dah lupa

10-Sila sebut hip2 hoorey sebanyak 3kali jika anda gembira, jelaskan mengapa anda gembira?
sebab gembira ada chance nak menang... heheheh

"KAMIBLOGGER BIGGEST CONTEST"

saya nie baru pertama kali masuk contest nie, saya pun xtau nak tulis apa berkenaan tajuk entry nie. saya cuba lah yea...

setahu saya "KAMIBLOGGER BIGGEST CONTEST" adalah contest yang popular di kalangan blogger sebab saya tengok BANNER CONTEST nie memang berada di merata-rata blog. Jadi saya tidak akan melepaskan peluang untuk sama-sama masuk contest nie. saya berharap saya memang tp kalau tak ada rezeki saya akan cuba lagi..
Friday 19 March 2010

kena tag oleh ina

[tag10.jpg]

-anda dikehendaki menjawab sepuluh soalan di bawah dengan menggunakan bahasa melayu
sepenuhnya
hehehe... iyealah, bahasa kebangsaan

-sila jawab dengan jujur
Insyaallah

1.Siapakah diri anda ri rumah?
Seorang ibu dan isteri yang penyayang

2.Siapakah diri anda disamping rakan?
emmm.. seorang yang baik, penyabar, boleh mendengar masalah serta luahan hati kawan dan comel (kawan2 cakap tau) hehehhe..

3.5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai
eemmm....
i) rumah besar
ii) kereta bmw
iii) jadi usahawan yang berjaya
iv) nak ajak mak, abah n adik bradik g haji sama2
v) nak belikan mak & abah rumah yang besar dan selesa
( kawan2 tolong doakan yea)

4.Siapakah nama pasangan anda?
pasangan yang mana satu? hehehe... fairulrizal b md shah

5.Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda
- pandai memujuk
- romantik
- bertanggungjawab
- suami dan abah yang penyayang
- baik hati

6.Bila tarikh anda couple?
lupalah tarikh tapi bulan may tahun 1998

7.Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
biarlah rahsia

8.Lagu tema cinta anda?
khalimah cinta (emy seach)

9.Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?
setiap insan mempunya kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.. saya terima dia seadanya

10.Tag 10 rakan anda yang lain
- shah
- ira
- pink
- arif
- qamarulguyz
- elmo
- z@ck
- zuwairi
- jieda
- fizwan

sekian, terima kasih...


STOP SHAKING UR BABY..!


SILA HATI-HATI KEPADA IBU BAPA.. SAYANGI ANAK ANDA

Pesakit terakhir yang kami 'tidurkan' ialah bayi berusia 4 bulan.
Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul
2 petang tadi. Beliau
sebelum ini sihat dan dijaga oleh
pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak

batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain..
Itulah kali pertama
beliau mendapat sawan.

Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan
mengantuk dan
kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa
yang menakutkan kami ialah
ubun-ubun depan beliau yang timbul
dan mencembung (bulging). Memandangkan

beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang
darah (Hb 8g/dl),
serta bayi tersebut masih kurang responsif
selepas satu jam sawan, kami
mengambil keputusan untuk
melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan).


Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang
serius, Acute
and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid
bleed! Terkejut. Kali ini ibu
bayi tersebut telah pun selamat tiba
dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi
sejarah kesihatan bayi
tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang

relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya
tinggi-tinggi. Bayi

itu dikatakan sangat suka ditimang.

Health Info
SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan
atau pergerakan
kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam
tempoh sesingkat 5 saat pergerakan
yang kuat. Kecederaan
yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang

lama, serius dan kekal pada bayi.. Ianya berlaku apabila
kepala bayi
digoncang atau dihentak dengan objek walaupun
objek lembut seperti bantal.
Ada teori mengaitkan dengan
pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian
serta
memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau
bergaduh boleh
menyebab berlakunya SBS. Sebab lain
ialah penderaan bayi
(child abuse) dan
selalunya mempunyai kesan-kesan
penderaan yang lain.


Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah
yang lebih besar
berbanding badan mereka, leher yang lemah
dan struktur otak yang masih belum
matang serta lebih
kandungan air berbanding orang dewasa.
Amalan
menimang atau menggoncang sering
dilakukan oleh penjaga terutama bila
bayi tidak mahu
berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana
untuk
menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika
marah atau penat menjaga

bayi.....( occupational stress ).

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini
saya juga pernah
merawat seorang bayi di wad kanak-kanak
yang mempunyai kecederaan otak yang
serius dikhuatiri
berpunca daripada menaiki buaian.


PENCEGAHAN
1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau
untuk bermain.


2. Jangan memegang bayi anda ketika marah.

3. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik
anda
tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil
bayi atau kepada
orang lain.

4. Minta bantuan orang lain.

Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua
dapat mengambil
serius dan peka tentang Baby Shaken
Syndrome ini. Ianya bukanlah kes
terpencil malah di
Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap

tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang
bentuk alat menggoncang bayi

seperti buaian.
Kiriman email dari rakan untuk dikongsi

TOLONG PANJANGKAN EMAIL INI KERANA KITA ADALAH
MAHLUK ALLAH YANG

PENYAYANG.....
Wednesday 17 March 2010

gambar terbaru putri





surat dari google




alhamdulillah selama ini berbaloi dengan google adsense. aku dah dapat surat pertama dari google... pengorbanan selama ini berbaloi. aku berjaya jua akhirnya.

Mandi malam dan minum air batu serta kesannya ke atas paru-paru.

email nie dari kawan saya.. kita ikuti kisah dan pengajarannya

Setelah saya menulis tentang tapak tangan yang lembap dan basah, ada yang minta penjelasan lanjut secara lebih ilmiah atau secara saintifik mengapakah mandi malam dan minum air batu merosakkan paru-paru.

Lebih dahulu saya menjelaskan pengertian sains itu sendiri.

Sains menurut kamus oxford ialah satu cabang ilmu pengetahuan yang melibatkan pemerhatian dan eksperimen untuk membuat rumusan idea, penerangan dan pemahaman terhadap fenomena alam semula jadi.

Dan ini pula adalah penjelasan yang lebih menyeluruh mengenai sains di wikipedia. http://ms.wikipedia.org/wiki/Sains

Mari kita kupas satu demi satu dan mulakan dengan kesan minum air batu ke atas paru-paru.

Mari kita buat eksperimen pertama. Ambil sebiji gelas, masukkan beberapa ketul ais dan tambahkan sedikit air. Biarkan di atas meja untuk tempuh beberapa minit. Perhatikan apa yang terjadi di permukaan luar gelas ini.

Dari eksperimen ini, kita akan perhatikan titisan air di permukaan luar gelas ini. Kesimpulan dari eksperimen mudah ini ialah, suhu sejuk dari bahagian dalam gelas boleh menyebabkan proses kondensasi wap air di udara berlaku di mana wap air ini akan bertukar bentuk dari wap kepada air.

Dalam anatomi manusia, saluran esofagus adalah saluran yang membawa makanan dan minuman dari mulut ke perut. Di sekeliling saluran esofagus ini terdapat binaan paru-paru. Unit terkecil bagi paru-paru ialah alveolus. Alveolus adalah binaan mirip sebiji belon. Udara di dalam alveolus ini sangat lembab (high humidity).

Apabila seseorang minum air batu seperti jus apel atau jus oren, saluran esofagus menjadi sejuk dan alveolus yang terletak berhampiran esofagus ini juga menjadi sejuk. Keadaan ini akan menyebabkan proses kondensasi wap air berlaku di dalam banyak alveolus menjadi cecair air. Air ini akan terkumpul di dalam alveolus. Apabila proses minum air batu ini berterusan untuk sekian tahun, proses ini juga akan berterusan dan akibatnya ialah semakin banyak air terkumpul di alveolus dan air ini akan mula melimpah ke kawasan alveolus lain.

Air yang terkumpul di alveolus (paru-paru) ini akan mengakibatkan alveolus tidak dapat menjalankan fungsinya iaitu menjalankan pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Lebih banyak air terkumpul akan mengurangkan bahagian paru-paru untuk menjalankan fungsi asas paru-paru iaitu pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida.

Itulah sebabnya orang yang gemar dan kerap minum air batu akan cepat mengah bila berbuat aktiviti lasak kerana pertukaran udara di paru-paru tidak mencukupi.

Daripada situasi ini, badan bertindak balas menghasilkan satu tindak balas iaitu tapak tangan lembap dan basah.

Kajian saintifik ini telah dimantapkan dengan mencari data ujian kes sebenar ke atas sampel-sampel orang yang memang suka minum air batu. Beratus sampel dikaji dan salah seorang pelajar saya akhirnya memilih tajuk yang berkaitan bagi Projek Tahun Akhir beliau. Saya banyak membantu beliau dan pelajar ini juga sebenarnya banyak membantu saya.

Salah satu sampel yang menarik dalam kajian saya ini ialah satu hamba Allah saya namakan Mr Y. Mr Y berusia 48 tahun. Seorang ketua jabatan yang tabiaatnya ialah gemar air batu. Biliknya sentiasa berhawa dingin namun yang peliknya ialah tingkap bilik Mr Y sentiasa terbuka agar biliknya tidak sejuk (panas). Mr Y juga gemar berbaju dua lapis atau memakai blazer walaupun cuca agak panas bagi saya. Namun yang paling menggelikan hati saya ialah beliau tidak boleh tidur bersama isteri, alasannya ialah bila tidur dengan isteri, si isteri hendak buka kipas syiling tetapi Mr Y tidak membenarkan kerana sejuk. Bagi mengelakkan pergaduhan, isteri tidur dengan anak-anak dengan membuka kipas sementara Mr Y tidur bersendirian tanpa buka kipas.

Bagi makluman pembaca sekelian, Mr Y sudah kena simptom “kalah sejuk” iaitu antara pelbagai kesan dari masalah paru-parunya.

Berikut pula adalah penjelasan bagi kes mandi malam.

Pada tahun 1983, saya mula gemar bermain badminton dan budaya ini berterusan sehingga tahun 1998. Selalunya saya main pada waktu malam dan sekembalinya saya akan mandi sebelum tidur. Selalunya saya bermain badminton 2 kali seminggu atau lebih. Saya perhatikan bahawa tapak tangan saya semakin basah semenjak saya bermain badminton. Pada penghujung 1980an arwah guru saya mula mengajarkan ilmu bahawa elakkan mandi malam bagi mengelakkan penyakit paru-paru berair.

Saya macam percaya dengan tidak kata-kata guru saya ini kerana maklumlah saya lulusan universiti sedangkan guru saya tidak masuk universiti. Saya tidak menolak atau menerima saranan beliau namun saya menjalankan proses sains iaitu membuat proses pemerhatian untuk mendapatkan keputusan. Bila ada kesempatan ke hospital sewaktu menziarahi rakan atau saudara, saya meluangkan masa berjumpa dengan pesakit yang kena penyakit paru-paru berair. Saya perhatikan pesakit ini ditebuk lubang pada dadanya untuk memasukkan saluran getah kira-kira diameter 5mm. Salur getah ini disambungkan dihujungnya kepada satu beg plastik transparens. Di dalam beg plastik transparens ini terkandung cecair pekat mirip air jus tembikai. Saya mula bertanya kepada pesakit ini tentang penyakitnya serta sejarah hidupnya. Pesakit ini memberitahu saya bahawa beliau kena penyakit paru-paru berair. Setelah berbagai soalan saya ajukan, akhirnya saya dapat satu soalan cepu mas iaitu ada main badminton ke?? Pesakit ini memberitahu saya bahawa ia bermain badminton semenjak belasan tahun hingga usia sekarang iaitu lebih 50 tahun. Ia bermain waktu malam dan selepas bermain beliau akan mandi.

Dari proses sains secara membuat pemerhatian ini saya sudah boleh membuat kesimpulan iaitu mandi malam boleh menyebabkan paru-paru berair.

Dari satu pemerhatian ini, kajian saya masih belum mantap kerana terdapat pelbagai variable lain yang saya lupa masukkan dalam kajian ini. Dengan itu, saya meneruskan kajian ini kepada ramai orang lain dan hasilnya menakjubkan. Sememangnya korelasi mandi malam dengan masalah paru-paru adalah tersangat kuat. Dengan ini kesimpulan asal saya adalah tepat dan benar iaitu mandi malam menyebabkan masalah paru-paru seperti paru-paru berair.

Pada kira-kira 3 bulan lepas, seorang rakan sekerja saya yang bakal pencen pada Februari ini telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) kerana masalah paru-paru. Saya bersama beberapa rakan dan Ketua Jabatan datang melawat pesakit ini di HSA. Apabila sampai dan bertemu pesakit ini, kami terus mengajukan apakah sebenarnya penyakit yang dialami rakan sekerja saya ini. Setelah beliau memberitahu beliau menghadapi masalah paru-paru berair, saya terus mengajukan soalan “Sipolan, engkau selalu mandi malam ke? ”.

Belum sempat pesakit ini menjawab, isterinya segera mencelah “Dia memang selalu mandi malam. Orang dah pesan jangan mandi malam tetapi dia degil terus mandi malam. Kadang-kadang kalau musim panas, dia ni mandi malam dua kali untuk menyejukkan badannya ”.

Sahabat saya diam tersipu-sipu lalu berkata “badan dah panas, nak buat apa!”. Begitulah kata-kata orang yang degil.

Dari penjelasan ringkas saya di sini boleh dirumuskan bahawa:

MANDI MALAM DAN MINUM AIR BATU merosakkan paru-paru.

Sekian Wassalam Wallahualam.
Monday 15 March 2010

Hadapi kerenah degil

Degil adalah tanda si kecil sudah membina identitinya sendiri, selain berasa dirinya sudah berada dalam zon selamat.

ANAK anda enggan makan bersama apabila diajak? Kalau diminta mengemas barang permainannya, dia hanya berdiam diri atau cuba mengelak. Mungkin juga si kecil itu sengaja membuat bising apabila si adik sedang tidur atau akan lari ketika disuruh mandi.


Anda yang mempunyai anak kecil mungkin sudah biasa menghadapi situasi seperti ini. Siapa sangka dalam usia sementah itu, si comel ini sudah mula mengaplikasi soal pendirian dan kemahuannya. Percaya atau tidak, anak yang berusia tiga tahun ke atas berasa kurang bergantung pada anda. Itu adalah tanda bahawa dia sudah membina identitinya sendiri selain berasa dirinya sudah dalam zon selamat. Namun, itu bukan bermakna dia menjadi pemberontak. Berdegil adalah cara bagi anak kecil itu menunjukkan ketegasannya. Jadi, apabila dia menolak untuk bekerjasama dengan anda, dia sebenarnya cuba memberitahu, 'saya tidak sukakan peraturan mama'. Maka, apakah yang perlu anda lakukan?

Menurut jurnal Adolescent Child Specialty Services yang ditulis oleh Rebecca S. Blakeman, setiap kanak-kanak akan menunjukkan kemerdekaan diri melalui cara yang tidak sepatutnya dari semasa ke semasa. Meskipun begitu, adalah sangat penting bagi ibu bapa itu memahami situasi anak tersebut. Ibu bapa tidak harus berleter apabila tidak berasa senang dengan kelakuan anak-anak. Ia sebaliknya akan membuatkan sikap anak menjadi lebih buruk.

Beri pilihan


Jurnal Rebecca itu meminta ibu bapa cuba memahami kehendak anak mereka. Dalam situasi anda memintanya makan namun dia menjerit tidak mahu, usah dipaksa lagi. Paksaan hanya akan membuatkan dia menangis atau menunjukkan kemarahan.

Maka, cuba letakkan diri anda di tempatnya. Jika anak sibuk bermain, hampiri dia dan dakap si kecil itu sambil memberitahunya mengapa perlu makan. Itu adalah langkah pujukan psikologi. Tanpa disedari, anda sebenarnya menunjukkan bahasa tubuh dan ucapan yang membuatkan dia sedar dirinya diambil berat. Tanpa perlu memarahinya, tunjukkan betapa anda hendak ambil tahu mengapa dia tidak mahu makan.

Walau apapun yang dilakukannya, pastikan anak anda tahu bahawa semua perkara ada hadnya. Pendirian mereka mudah dilentur apabila anda menyatakan bahawa anda menyayanginya dan setiap yang disuruh itu adalah untuk kebaikannya. Memberi pilihan adalah cara terbaik untuk si anak mematuhi sesuatu peraturan. Jika dia ada masalah mengikuti sesuatu permintaan atau suruhan, fikirkan alternatif untuk mencari penyelesaiannya.

Contohnya, jika anak kecil sering 'meragam' gara-gara tidak mahu tidur dalam gelap, berikannya lampu suluh atau pasangkan lampu yang bercahaya suram. Di situ, aspek tolak ansur sudah terbina antara ibu bapa dengan si anak tersebut.

Orang dewasa perlu sentiasa menunjukkan sikap yang baik. Selain memberi perhatian ketika dia menunjukkan kenakalan atau kedegilan, anak kecil perlu sentiasa didekati dan dilayani semasa dia sedang dalam keadaan 'angin baik' atau mengikut kata. Beritahu anak-anak tentang apa yang betul atau tidak betul. Selalunya apabila si anak membuat kesalahan, dia pasti akan rasa bersalah. Oleh itu, jangan cepat marah. Sebaliknya, cakaplah secara baik dan terangkan kepadanya mengapa anda tidak mahu kesalahan itu diulanginya.

Bahasa isteri yang perlu difahami suami

Tanpa komunikasi yang betul keserasian rumah tangga sukar diwujudkan. Sikap isteri dalam keadaan tertentu sukar difahami suami. Dia akan terus berteka-teki dalam perkara itu namun tidak mahu berterus terang. Apabila isteri melakukan sesuatu perkara selalu disalahtafsirkan.

Mereka ini walaupun berkahwin setelah melalui proses perkenalan yang panjang, namun peluang yang ada itu tidak digunakan untuk saling mengenali hati budi masing-masing. Mereka terlupa untuk mempelajari kaedah komunikasi yang berkesan sebagai suami isteri.

Walaupun mereka bertunang bertahun-tahun, namun mereka tidak sempat untuk menilai apakah antara mereka ada perbezaan yang boleh saling lengkap melangkapi. Mereka terlupa untuk melihat keserasian pasangan secara lebih jelas.

Biasanya waktu berkawan mereka terlalu enjoy, hendak seronok sahaja. Semua yang ada pada kekasih masing-masing dilihat indah walaupun buruk. Pada waktu bertunang pula mereka asyik berbincang soal persiapan fizikal sahaja. Padahal jika mereka mengambil puluang itu untuk mengenali peribadi, perwatakan, dan isi budi masing-masing adalah lebih bermanfaat.

Sebenarnya, sewaktu berkawan dan bertunang adalah waktu terbaik untuk mereka mengenali semua itu. Mereka harus mengenali cara pasangannya bercakap, cara dia bertindak dan sebagainya. Semua yang dilakukan itu melambangkan sikapnya sebenar. Jika mereka benar-benar faham, banyak yang boleh diatasi semasa berkahwin.

Kesan daripada tidak faham kaedah komunikasi yang berkesan itu, banyak pasangan yang berkahwin mengalami krisis. Sikap isteri tidak difahami oleh suami hingga kadang-kadang perkara kecil menjadi besar. Dalam ruang ini saya cuba paparkan sikap isteri yang seharusnya suami tahu dan bertindak bagi mengatasinya.

1. Waktu merajuk


Bil
Sikap
Maksudnya
Mengatasinya
1
Tiba-tiba tak mahu bercakap Dia tidak suka dengan tindakan suami sebelum itu Berterus terang maksud tindakan, jika perlu minta maaf
2
Tiba-tiba marahkan suami Dia cemburu dengan tindakan suami Perlu selidek puncanya, mungkin salah sangka. Jika pasti, berterus terang, bukan menipu
3
Tiba-tiba menangis Dia sakit hati dengan tindakan suami Beri penjelasan isu yang ditimbulkan. Beri keyakinan tentang kasih sayang.
4
Tidak mahu memberi khidmat Dia sungguh kecewa dengan sikap suami Nilai semua kesilapan suami, dan betulkan semula apa yang tidak disenangi. Jika masih tidak mahu menerima, tinggalkan dia di rumah untuk memberi ruang dia berfikir

Suami yang tidak memahahami sikap isteri di atas akan bersangka buruk terhadap isterinya malah ada yang menuduh isteri curang.

2. Waktu gembira


Bil
Sikap
Maksudnya
Mengatasinya
1
Dia sudah rajin masak Tindakan suami sebelum itu menyenangkan hatinya Teruskan sikap itu, jika perlu puji kerajinannya
2
Dia tidak banyak soal waktu kepulangan suami Dia puas hati dengan tindakan suami Ucapkan terima kasih kepada isterinya dan menten keadaan itu
3
Dia siap untuk tidur awal Dia sudah akur dengan kehendak suami Belajari sikap dan pengalaman manis itu untuk tidak mengulangi kebencian isteri
4
Dia bercakap dengan nada manja Dia mahu suaminya bersikap seperti itu juga Hargai sikap isteri dan jauhi dari sikap kontra

Suami yang tidak faham dengan tindakan isteri akan terus menyangka isterinya ada udang di sebalik batu. Akhirnya suami tidak bertindak yang sewajarnya.

3. Waktu benci


Bil
Sikap
Maksudnya
Mengatasinya
1
Kehendak suami tidak dilayan Dia mahu suami mengubah sikap yang buruk Baiki kesilapan bukan mempertahankannya
2
Tidak mahu bercakap apabila ditanya walaupun dengan baik Dia memprotes sikap suami yang tidak istiqamah berbuat baik Menilai sikap diri mana yang buruk dibuang dan yang baik diperbanyakkan
3
Makan tidak selera Dia mahu simpati daripada suaminya Suami perlu melihat masalah isteri dan cuba selamatkan. Tetapi jangan sampai melanggar syariat
4
Tidur seorang diri Dia mahu suaminya bertanggungjawab kepada dirinya Suami perlu menilai kelemahan diri dan cuba membaiki kekurangan itu demi kasih sayang

Oleh sebab tidak faham tindakan isteri suami terus marah kepada isteri. Dan atas sikapnya yang tidak sabar itu mereka bergaduh.

4. Waktu mengharap


Bil
Sikap
Maksudnya
Mengatasinya
1
Muka masam Apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan Bertanya sebab dan cuba atasi kehendaknya
2
Meminta maaf sambil menangis Dia benar-benar insaf Terimalah seadanya dia, dan selepas memaafkannya, nasihatkan berdasarkan kehendak Islam dan apa yang anda mahu
3
Melihat sesuatu barangan dalam tempoh yang lama dan memujinya Dia hendak meminta suami membelinya Suami perlu memberi pertimbangan sewajarnya sama ada untuk membelikannya atau tidak

Contoh sikap isteri yang dipaparkan ini mungkin tidak bermaksud begitu, tetapi sebagai suami, tindakan isteri perlu dikaji dengan teliti. Kadang-kadang yang tersurat tidak sama dengan yang tersirat. Beruntunglah mereka yang boleh menilai dengan tepat. Tetapi yang paling penting semua yang berlaku harus disangka baik. Nanti yang negatif akan menjadi positif.
Thursday 11 March 2010

exam

tahun nie adik2 aku ambik exam besar (spm & stpm) ari nie keputusan spm, adik aku si faizal dapat 4A jer.. ok x? nie skarang tengah kuar ngan kawan2 dia lah tu tp apa2 pun tahniah lah pada adik aku nie. ari tu keluar keputusan stpm adik aku si ima ambik. dia cakap dia dapat 2.85 jer pointer nyer aku pun xtau camner pengiraan dia. tp dia cakap xbrape nak cun keputusannya tu. apa2 pun kak ngah ucap tahniah pada kedua2 adik kak ngah coz berusaha dengan cemerlang.nie lah adik aku nurul ima bt ghazali, sesiapa nak berkenalan ngan dia kena cari kak ngah dia dulu .


kat bawah nie gambar faizal tp sorry bro xde gambo terbaru awak... tp maintain muka budak2 heheheh.
Wednesday 10 March 2010

PESAN SEORG KAWAN

Email ini saya dapat dari seorang kawan...

Assalamualaikum
Sekadar menyampaikan. ......


Pesanan terbaik dari seorang rakan....

Assalamualaikum,

Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui. Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu.. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau.

Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada

tiga
surah yang beliau 'pegang' betul-betul , dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.

Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.

Kedua,

Surah Al-Ikhlas
. Surah ini, katanya, s urah tauhid.
Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.


Ketiga, surah

Al-Kafirun
, kata pak cik. Bahagian ini, menarik sikit. Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana.

Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar

'untukmu agamamu, untukku agamaku'
.
Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.


Pertama, kekuatan minda

Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan > sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.


Kedua, kekuatan hati

Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kala u minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pak cik...


Ketiga, kuat fizikal

Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kala u pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya

.

Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau tersebut.
Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan..


Iqra'.....!


Take a break....... .meditate. ..3 minutes & calm your mind...
Recite 3x :

1. Katakanlah (wahai Muhammad); " (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
3. 'Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
4. "Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya".

Didoa Malaikat

11 jenis manusia didoa Malaikat PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat. Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

http://api.ning.com/files/czNgqUQ1z1RNjLJJN5U-xjvuLb1Nn5Wpw49qx-5uYQn82wO*vuRFjDpbKoIXSszB61uim2JOJeKd51*-7s-C0*pLjxplDJxD/4567.bmp

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

http://farm4.static.flickr.com/3626/3427910878_74316d865f.jpg?v=0

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

http://www.apisbp.com/wp-content/uploads/2009/08/solat-jamaah.jpg

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhrDK_8qrl027L8-6VfqO0MojbZQa7vfBUT-eDS4nlnCkRQx3HarTi5rAhYGbTV1JqvzmK2bS_ttxyL9HUyeC5PITbM8k_wTK9QRGp85xetii47mDwin3JjBXTAah4oCrVjw_JZn_2bHPpR/s320/Al-Fatihah.png

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

http://maalimfitariq.files.wordpress.com/2009/09/iktikaf21.jpg

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

subuh-berjamaah.png masjid al akbar surabaya image by detbucket

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

http://i257.photobucket.com/albums/hh206/3asfuura/Prayers/Trust.jpg

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "

http://innerinspiration.files.wordpress.com/2009/10/sedekah.jpg

10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

http://dunianopy.wordpress.com/files/2009/09/sahur.jpg

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjb_fy0gAq1x00k1xtWEvUq-gTMx8grN-u6v4_2DayV0MLdipWJLVXL5BFjQkV685uZm8fdGaxVE7eUvTmkt10GB2isSVQpBRLLTpKTzfQ6qRENOSNdNUNKvJn5UFCX7-TprxAPWU1Iuboe/s400/KG-Orang+Sakit-19+Mei.JPG

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu'alam.Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah

* Mohon ditegur atau dikomen oleh ustaz-ustaz atau yang arif sekiranya saya salah memberikan info

Fahami yang tersirat dalam hati suami

Berapa tahun anda mendirikan rumah tangga? Ada yang kita temui mengakui sudah bertahun-tahun bersama suami, tetapi masih tidak mengenali hati budi suami masing-masing. Kalau yang baru berkahwin tidak menjadi masalah kerana mereka baru hendak mengenali hati masing-masing. Namun kadang-kadang mereka tidak mengambil kesempatan pada masa itu untuk mengenali satu sama lain.

Sebelum ini saya pernah mencadangkan kepada setiap pasangan yang baru berkahwin agar menulis dan menyenaraikan apakah yang digemari pasangan, dan yang dibencinya. Apabila sudah mengenali kegemaran dan kebencian pasangan, carilah jalan tengah supaya masing-masing boleh menerima seadanya.

Walau bagaimanapun bagi mereka yang tidak sempat melakukan semua itu pada awal perkahwinan, boleh belajar untuk memahami sikap suami dan isteri dalam pergaulan harian. Dalam ruang yang terbatas ini saya akan menjelaskan bagaimana untuk mengenali hati dan sikap pasangan.

Perhatikan sikap di bawah, jika masalah anda sama dengannya, bertindakkah seperti yang dicadangkan di situ.
Bil
Sikap Suami
Maksud Tersirat
Tindakan
1 Memuji masakan isteri Dia suka dengan masakan dan sesuai dengan cita rasanya. Ambil perhatian dan ingat risipi itu untuk masakan akan datang.
2 Memuji masakan orang lain Dia memang suka masakan itu dan dia mahu isterinya belajar masakan seperti itu. Ambil tindakan segera untuk belajar risipi tersebut.
3 Memuji pakaian seseorang wanita Dia mahu isterinya pakai pakaian seperti itu dan bersedia membantu isterinya ke arah itu. Isteri perlu tanya suami pandangannya secara ikhlas.
4 Memuji seorang wanita Dia mahu isterinya bersikap seperti wanita itu. Isteri perlu mengkaji apa yang istimewa pada wanita itu.
5 Suami selalu bercakap tentang masalah rumah tangga orang lain. Dia mahu isteri ambil iktibar agar tidak mengulangi sikap isteri yang bermasalah itu. Isteri perlu selidik mengapa mereka bergaduh.
6 Suami suka bercakap tentang sebab-sebab keluarga jirannya berpoligami. Dia mahu isteri pandai jaganya, jangan jadi macam jiranya. Kalau tidak dia akan merima nasib yang sama. Isteri perlu membuat kajian mereka boleh berlaku poligami dan cuba membendung dalam pergaulannya.
7 Suami suka mengambil sikap berdiam diri daripada bercakap banyak. Dia mahu isteri ambil perlu bercakap dengannya dan mahu dilayan dan dimanjai Isteri perlu mengambil tindak mengubah cara hidup dan pergaulannya selama ini.
8 Suami mengajak isteri mengurut belakangnya. Dia mahu bermanja dengan isterinya. Segeralah masuk ke dalam bilik dan mengemas bilik tidur.
9 Suami masuk tidur awal Dia mahu mengajak isterinya masuk bersama untuk tidur. Hentikan segalaa urusan dan memberi perhatian kepada suami.
10 Suami membawa balik makanan yang dibeli di luar. Suami mahu mengucapkan terima kasih kepada Isteri yang selalu memasak untuknya. Isteri perlu mengucap terima kasih dan memberi layanan yang baik kepadanya.

Paparan ini adalah pandangan peribadi saya hasil pengalaman dan kajian secara rawak dalam kalangan umat Islam. Lazimnya isteri tidak faham maksud itu, lalu bertindak sebalik sehingga berlaku pergaduhan antara kaki tangan. Contoh yang paling dekat ialah no 6, apabila suami berbuat begitu, isteri mensyakki sesuatu terhadap suaminya. Dia segera mengenakan syarat yang berbagai-bagi.

Suami sebenarnya tidak mahu poligami tetapi kadang-kadang sikap suami itu seperti doakan pula. Akhirnya suaminya kahwin lain. Jadi, betulkan sikap demi keharmonian rumah tangga.