bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Tuesday 29 September 2009

hari raya 2009

nie gambar adk bradik aku.. raya pertama


nie kat umah sedara...


mak, ima n khairah


sebahagian keluarga aku...


hari raya tahun nie memang meriah sama cam tahun2 lepas sebab tu lah anak2 aku ska balik kg aku lg... hehehehe (hubby jangan marah haa). anak sulung aku lah yang paling hepi coz dapat jmpa atok, nenek serta mak sedara n pak sedara dia. aku pun hepi gak, biasalah dapat balik kg ganu.. setahun sekali tau baru dapat balik. klu aku dapat cuti hubby aku lak yang xpat cuti ish2 sedih sangat tau.

ari raya pertama, tiap2 pagi kaum adam akan g sembahyang raya sementara kami yg kaum adam akan menyiapkan hidangan untuk sarapan pagi... lepas bersalam-salaman macam thn2 yg lepas kami akan pergi ke rumah sanak saudara dan jiran tertangga. tengah hari baru balik, lepas zohor kami g umah wan (dalam 5km jer) lepas asar baru kami berangkat balik.... begitulah rutin ari pertama raya. raya pertama mak ngan kak long masak nasi minyak ngan laksa ( mak lontong jawa dia memang xtinggal mesti ada pada raya pertama tiap2 thn... orang jawa lah katakan). gambar yang pakai baju purple tu raya pertama lah (biasalah tiap2 thn ada tema) kak long plk ari raya pertama kena keja, nasib baik dah duk kat ganu.. klu duk kat luar dah xpat balik sedih lah mak coz tukang masak dia xde... heheheh nak arap kan aku x makan lah tetamu (tp aku pandai cari duit tau.. heheheh) biasalah aku nie memang minat bisnes.

ari raya kedua g umah sanak saudara yang dekat lah jugak tapi kena naik keta baru sampai klu nak jalan kaki petang lah baru sampai...kwang3. petang xg mana2 coz ada kawan2 abah datang. kawan2 adik2 aku pun ramai yang datang. memang xpat nak duk diam lah....

ari raya ketiga kawan2 aku masa kat sek dulu datang... tp ramai kawan2 adk aku lah (biasalah aku ada ramai adk2 pompuan semua cun2 tau, bukan nak bangga diri tp memang bangga pun dapat adk bradik yang cun2 n hensem2... aku selalu doakan agar kami adk bradik tidak berpecah belah insyaallah, amin... ari raya ketiga nie sepatutnya adik aku yang no-6 balik kolej kat klate (kolej darul naim) ngan kawan2 dia tp tunggu punya tunggu bas x muncul2 so hubby ngan adik aku yang no-3 g jemput mereka balik. mereka cakap bas xsampai coz jem (xkan dari kol 4pm sampai kol 7pm jem lg, klu 1 jam tu kira munasabah lah jugak) kesian dia orang.

ari raya keempat hubby ngan adik aku yg no-3 kena anta adk yang no-6 n kawan2 dia balik kolej. malam baru sampai umah, mereka cakap jem giler kt klate. aku plk kena jd drebar kat akak ngan adk2... kena antar g kenduri ngan anta kak long g bandor beli barang2 buat hantaran tunang dia.. malam baru sampai umah (penat giler wooo... )

tibalah ari pertunangan kak long... raya kelima. majlis berjalan dengan lancar dan xde cacat cela. alhamdulillah syukur pada Allah. Abah suh buat majlis kawen thn depan ari raya cina buat ngan adik aku yang no-5. harapan aku semua berjalan ngan lancar.

pada 25hb Sept 2009 aku dan famli kena berangkat pulang (cam suspen jer). anak aku si aqim tu dah sedih (dia tiap2 thn macam tu). aku pun sedih nak tinggalkan kampung halaman... aku berikrar dan berjanji akan pulang ke kampung lagi nnti insyaallah (macam lah jauh sangat nak balik).

tapi tahun nie memang banyak kenangan manis dan pahit di kampung. kenangan pahit biar lah aku simpan dalam lipatan memori aku (chewah.. madah berhelah)


hensem xjejaka yg kontrol macho kat tengah2 tu... tu lah big bos aku, yg sebelah dia tu yang paling cun tu awek dia lah...
Monday 14 September 2009

ot bulan pose 2009

penat betul aku minggu nie bukan nya apa kena ot lah coz ada kerja kena settle.... ari sabtu aku ot 5 jam n ari ahad aku ot 7 jam 1/2... fuh, penat beb seharian mengadap pc... nie antara gambar2 yang sempat aku ambik ngan kawan satu dept aku nie. dah penat ngadap pc kami posing plak

nie lah gambar aku yg terbaru (tembam kan) tapi masi ayu gitu.....
penat sebenarnya nie tp tetap maintain ayu coz nak bg korang tengok gambar cun aku, heheheh...

eleh, wat keja ker tu? cam xcaya lah tengah wat keja.....

nie kawan satu dept aku nama jannah.... muda lg tau n single...... heheheh... nak berkenalan kena tanya dia dulu k
Wednesday 9 September 2009

ciuman mengikut zodiak

Aquarius sesuai dengan lambangnya, air, warga Aquarius ternyata memiliki ciuman yang basah dan agak serabutan. Selain itu, pada saat ciuman berlangsung mereka umumnya cenderung membuka mata lebar-lebar.
Pisces Orang-orang dengan bintang berlambang ikan ini memiliki gaya berciuman pandangan mata tajam, penuh nafsu dan ghairah, serta wow... berlangsung cukup lama! Bagaimana, apakah gaya berciuman Anda ternyata sesuai dengan bintang anda

Capricorn Ciuman-ciuman yang didaratkan oleh orang- orang berbintang Capricorn khabarnya sangat-sangat romantis. Bahkan saking romantisnya, ciuman ala mereka kerap menjadi ubat pembunuh stress!

Aries Orang-orang Aries ternyata memiliki gaya berciuman yang cepat dan penuh dengan nafsu. Tapi sayangnya ciuman dahsyat tersebut biasanya cepat pula selesainya.

Taurus Berbeza dengan mereka yang berada di bawah naungan Taurus, dimana ciuman mereka umumnya berlangsung sangat perlahan, tidak tergesa-gesa, tenang,penuh kemesraan dan berlangsung terus... terus... dan terus.

Gemini Orang-orang Gemini konon mempunyai peribadi yang hangat dan ceria. Tidak heran jika gaya berciuman mereka kekadang diselingi oleh senyuman bahkan juga tawa lebar. Asyiknya, sifat warga Gemini yang terkenal gemar melakukan sesuatu yang baru itu pun dilakukannya dalam melakukan ciuman. Jadi banyak kejutannya!

Cancer Warga Cancer memang terkenal dengan sikapnya yang hati-hati, agak tertutup dan cenderung ingin selalu dilindungi. Tak heran jika dalam urusan berciuman mereka lebih suka melakukannya dengan lembut, hangat, dan seperti tidak mau lepas saja!

Leo Orang-orang Leo yang terkenal keras dan tegas ternyata memiliki gaya berciuman yang liar, tanpa malu-malu, bahkan tidak segan- segan untuk menggigit dan mencakar! Pun warga bintang berlambang singa ini ternyata sangat senang jika mendapat pujian dari pasangannya, utamanya pujian atas ghairahnya yang luar biasa.

Virgo Warga Virgo memiliki gaya berciuman yang halus, lembut, rapi,sampai sang pasangan pun bakal terkesima dibuatnya.

Libra Gaya berciuman warga Libra konon kurang hangat! Kenapa? Kerana mereka pada umumnya terlalu khuatir dengan urusan di luar hasrat mereka. Belum lagi,mereka gemar menghela nafas di tengah-tengah ciuman.

Scorpio Percaya atau tidak, orang-orang di bawah naungan Scorpio rupanya tidak terlalu suka dengan ciuman. Kerananya, jangan kaget apabila dalam sebuah hubungan intim mereka kerap melewatkan aktiviti yang satu itu dan lebih suka langsung menuju sasaran.

Sagitarius Hmmm... berbahagialah Anda yang berbintang Sagitarius atau pun yang memiliki pasangan dengan bintang ini. Pasalnya, mereka yang berbintang dengan lambang busur panah ini memiliki gaya berciuman yang mengejutkan, spontan,dan... mengghairahkan. Tak heran jika konon banyak orang yang menanti-nanti ciuman ala si Sagitarius ini.

petua kemesraan rumah tangga

Kemesraan adalah antara cara mengekalkan keharmonian rumahtangga & Rasulullah telah mencontohkan kemesraan tersebut dengan isteri-isteri baginda..........

Tidur dalam satu selimut bersama isteri..

Dari Atha` bin Yasar:

"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. dan Aisyah r.a biasa mandi bersama dlm satu bejana. Ketika baginda sedang berada dlm satu selimut dgn Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, `Mengapa engkau bangkit?` Jawab Aisyah, Kerana saya haid, wahai Rasulullah.' Sabda Rasulullah, 'Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah & dekatlah kembali padaku.' Aku pun masuk, lalu berselimut bersama beliau."

( Hadis Riwayat sa`id bin Manshur ).

Memberi wangi-wangian pada aurat

Aisyah berkata, "sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila meminyaki badannya, baginda akan memulai drpd auratnya menggunakan nurah ( sejenis serbuk pewangi ) & isterinya baginda meminyaki bagian lain tubuh Rasulullah s.a.w.

( Hadis Riwayat Ibnu Majah ).

Mandi bersama isteri

Dari Aisyah r.a. beliau berkata, "Aku biasa mandi bersama Nabi s.a.w. menggunakan satu bejana. Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami ( ke dlm bejana tesebut )."

( Hadis riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah ).

Disikatkan oleh isteri

Dari Aisyah r.a, beliau berkata, " Saya biasa menyikat rambut Rasulullah s.a.w, ketika itu saya sedang haid".

( Hadis Riwayat Ahmad ).

Meminta isteri meminyaki badan

Dari Aisyah r.a, beliau berkata, "Saya meminyaki badan Rasulullah s.a.w pd hari Raya 'Aidil Adha' setelah beliau melakukan jumrah aqabah."

( Hadis Riwayat Ibnu 'Asakir ).

Minum bergantian pada tempat yang sama

Drpd Aisyah r.a, dia berkata:"Saya biasa minum dari cawan yg sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut & meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu Baginda minum, kemudian saya mengambil cawan tersebutdan lalu menghirup isinya, kemudian Baginda mengambilnya dari saya, lalu Baginda meletakkan mulutnya pd tempat saya letakkan mulut saya, lalu Baginda pun menghirupnya."

( Hadis Riwayat Abdurrazaq dan Said bin Manshur ).

Membelai isteri

"Adalah Rasulullah s.a.w tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti mengelilingi kami semua ( isterinya ) seorang demi seorang. Baginda menghampiri & membelai kami tetapi tidak bersama sehingga Baginda singgah ke tempat isteri yg menjadi giliran Baginda, lalu Baginda bermalam di tempatnya."

( Hadis Riwayat Ahmad ).

Mencium isteri

Dari Aisyah r.a, bahawa Nabi s.a.w biasa mencium isterinya setelah mengambil wuduk, kemudian Baginda bersembahyang & tidak mengulangi wuduknya."

( Hadis Riwayat Abdurrazaq ).

Dari Hafshah, puteri Umar r.a, "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w biasa mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa."

( Hadis Riwayat Ahmad ).

Berbaring di pangkuan isteri

Dari Aisyah r.a, beliau berkata: "Nabi s.a.w biasa meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian beliau membaca Al-Quran."

( Hadis Riwayat Abdurrazaq ).

Memanggil dengan panggilan mesra

Rasulullah s.a.w biasa memanggil Aisyah dgn beberapa nama panggilan yg di sukainya spt Aisy & Humaira (pipi merah delima).

Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra

Nabi s.a.w biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah & Baginda berkata, "Wahai Uwaisy, bacalah doa: 'Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku & lindungilah diriku dari fitnah yg menyesatkan."

( Hadis Riwayat Ibnu Sunni ).

Membersihkan titisan darah haid isteri

Dari Aisyah r.a, dia berkata."Aku pernah tidur bersama Rasulullah s.a.w di atas satu tikar ketika aku sedang haid.Apabila darah ku menitis di atas tikar itu, Baginda mencucinya pd bhgn yg terkena titisan darah & baginda tidak berpindah dari tempat itu, kemudian beliau sembahyang di tempat itu pula, lalu Baginda berbaring kembali di sisiku.Apabila darah ku menitis lagi di atas tikar itu, Baginda mencuci pd bhgn yg terkena titisam darah itu saja & tidak berpindah dari tempat itu, kemudian baginda pun sembahyang di atas tikar itu.."

( Hadis Riwayat Nasai ).

Memberikan hadiah

Dari Ummu Kaltsum binti Abu Salamsh, ia berkata, "Ketika Nabi s.a.w menikah dgn Ummu Salamah, Baginda bersabda kepadanya,'Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kpd Raja Najasyi sebuah pakaian berenda & beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi telah meninggal dunia & aku mengagak hadiah itu akan di kembalikan.Jika hadiah itu memang di kembalikan kepadaku, aku akan memberikanyya kepadamu." Dia ( Ummu Kaltsum ) berkata,"Ternyata keadaan Raja Najasyi seperti yg di sabdakan Rasulullah s.a.w & hadiah tersebut di kembalikan kpd Baginda, lalu Baginda memberikanyya kpd masing-masing isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi & pakaian tersebut Baginda berikan kpd Ummu Salamah." ( Hadis Riwayat Ahmad )

Segera menemui isteri apabila tergoda

Dari Jabir, sesungguhnya Nabi s.a.w pernah melihat wanita, lalu Baginda masuk ke tempat kediaman Zainab, utk melepaskan keinginan Baginda kepadanya, lalu keluar & bersabda, "Wanita kalau menghadap, ia menghadap dalam rupa syaitan.......apabila seseorang di antara kamu melihat wanita yg menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya krn pd diri isterinya ada hal yg sama dgn yg ada pd wanita itu."

( Hadis Riwayat Tirmizi ).

Begitu indahnya kemesraan Rasulullah s.a.w kpd para isteri Baginda, memberikan gambaran betapa Islam sgt mementingkan sikap kerana sikap & perbuatan baik cara yg paling efektif menyatakan rasa cinta, kasih & sayang antara suami & isteri. Inilah
teladan yg perlu di contohi........

hargai wanita disisi anda

Buat lelaki-lelaki manco yang dah berbini dan yang sedang cuba to become one,

Kalu ada pompuan yang dah bergelar ibu, isteri, yang baru cuba nak jadi ibu,isteri atau yang dok tercari-cari bolehlah juga baca...

Best baca sampai abis!!!. It's true.

To share..Dari Ilham seorang lelaki


"Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel,merengek atau
mengilai seperti pontianak. Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan...

" Ibu, ibu... engkau lah ratu hari ku....."

Bagaimana rasanya sehari tanpa ibu? I dunno lah anak-anak sekarang,tetapi
when i was small, sekiranya emak tiada, semua jadi serba tidak kena! Usahkan seminggu, dua hari sahaja dia tiada dirumah, hidup bagaikan dah tak bermakna. Memanglah, mula-mulanya emak keluar rumah, hati melonjak HAPPINESS!!!

Kalau mak tak ada, telinga boleh lega sebab if she's around, for sure 24 hours tak habis-habis berleter.... pottttt peeettt pooott ,peettttt,boleh pecah eardrums. And if mak menjerit, boleh bergegar isi perut. Silap gaya, tingkap pun boleh tercabut...

And if mak takde, BangZaiiiiii!!! MerdeKa!!! FreeDoMmmmmm!!! Can do whatever!!! Boleh main blade sampai senja, boleh tido rumah kawan, boleh chatting sampai nak terkeluar biji bola mata, boleh bergayut kat talipon ngan "dear" sampai subuh and paling shiookkk, boleh ponteng solat!!

But, the happiness does not long last. Masuk hari ke-2 dah terasa kehilangan. Sepi betul rasanya bila tak mendengar leteran mak. Rumah jadik sesepi-sepinya cam "haunted village". Pada ketika itulah baru kita sedar bahawa leteran mak yang seperti murai, sebenarnya penyeri rumah. Tanpa leteran itu, semunya seperti MATI...
Without mum, hidup ni tak ada cabaran, not challenging, no suspense.Balik kul braper pun, takde orang nak membebel, takde orang nak pulas telinga.

Our life graph becomes very the monotenous, then we realised, jari jemari mak yang suka cubit dah memiat telinga rupanya menjadikan hidup lebih bermakna. Pendek kata, biarlah mak membebel sepanjang hari. Biarlah dia menjentik telinga. Tanpanya, hidup tidak berseri dan tak bererti.

Demikianlah besarnya erti seorang EMAK, IBU, UMMI, MUMMY, MAMA in our life!!

Kau IsteriKu..

Bezanya antara ibu zaman dulu dengan ibu zaman skarang ... Ibu sekarang
tidak mencubit atau memiat telinga anak-anak. Itu mungkin one of the reason
why anak-anak tak berapa takut and at times, hanya memekakkan telinga setiap
kali ibu memberi "ceramah percuma". Mungkin anak-anak tak terasa kehilangan
or boleh jadi melompat keriangan bila ibu takde kat rumah ( for instance if she's gone for a short holiday). Budak-budak sekarang ramai kawan,banyak caranya mereka mengisi waktu. They will go for movies, clubbing, or most to most lepak kat happening places.. As for me is different, if my wife is not at home, rumah boleh jadik porak peranda. Memang true, jika isteri ada dirumah, kepala slalu pening. Pantang kalau isteri ada kat rumah and i'm off duty, sure at times boleh
membuat kepala berserabut. Kalau madame takde kat rumah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat apa yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dah fizikal. Pendek kata,FreeeDoMmmmm
lah!!

But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning "She's Gone",
aku pulak terasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiookkkk, no once
shouting from the kitchen for help, no one to komen this and that, no one to criticise. Everything will be smooth... Tapi, masuk hari ketiga,i felt something is missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau 'assshheemmmm', tak tahu mana nak carik yang baru. Colgate gigi dah abis, tak tahu kat mana dia stock up. Air suam dah abis, malas nak boil... Masuk hari ke-4, rindu mula terasa. Eventhough kat office, ramai yang cun melecun, wajahnya yang dah ditatap sejak tarikh bernikah itu juga yang mengetuk pintu hati. Memang lah dia tak se-cun SITI NURHALIZA but the smile yang ikhlas,

forever melekat kat hati and sukar ada pengganti. Apabila rindu mencengkam,
semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pun jadik tak best. Nasik
bungkus faberite jadik tak faberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam
makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket dah makin bertimbun
ngan baju kotor, fresh sluar dalam pun dah abis utk dipakai. Toiletdah mula licin berdaki...lantai dah berbelak, tak dimop...Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly... bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian. Jangan kata sebulan atau setahun....belum seminggu isteri takde kat rumah, aku dah terasa separuh pengsan. Bila bersendirian begini,dan terasa malam begitu dingin, barulah kita sedar betapa pentingnya seorang wanita bernama isteri...So guys out there... jgn buli isteri kita.

Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dorang ni sumer kuli ke?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita... Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa
nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia seumur hidup??!! And furthermore, kan sama2 keja carik rezeki, sama jugak lah buat keja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita. Dah ler satu hari keja kat office, balik kena buat keja rumah lagi... penat tau!! Kalau aku lah diberi peluang jadik seorang wanita... tak rela!!! So to all mums and wives out there... life will be meaningless without you mothers)....uuwaaaaaaaa!!

sayangi la kaum perempuan krn tanpa mereka anda kehilangan sesuatu,hargai
mereka!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

pernahkah.....?

Pernahkah kamu merasakan

bahwa kamu mencintai seseorang
meski kamu tahu ia tak sendiri lagi

dan ....

meski kamu tahu
cintamu mungkin tak terbalas

tapi.....
kamu tetap mencintainya......


Pernahkan kamu merasakan
bahwa kau sanggup melakukan apa saja
demi seseorang yang kamu cintai
meski kamu tahu ia takkan pernah peduli

ataupun....
ia peduli dan mengerti
tapi...
ia tetap pergi....

Pernahkah kamu merasakan....
hebatnya cinta...
tersenyum kala terluka..
menangis kala bahagia...
bersedih kala bersama...
tertawa kala berpisah...

Aku pernah...
aku pernah tersenyum meski ku terluka
karena...
ku yakin Tuhan tak menjadikannya untukku
aku pernah menangis kala bahagia
karena...
ku takut kebahagiaan cinta ini kan sirna begitu saja

aku pernah bersedih kala bersamanya
karena....
ku takut kan kehilangan dia suatu saat nanti

dan....
aku juga pernah tertawa...
saat berpisah dengannya

karena...
sekali lagi cinta tak harus memiliki
dan....
Tuhan pasti tlah menyiapkan cinta yang lain
untukku.....

aku tetap bisa mencintainya
meski ia tak dapat ku rengkuh dalam pelukanku
karena...
memang cinta ada dalam jiwa bukan dalam raga


semua orang pasti pernah merasakan cinta
orang tua...
sahabat....
kekasih...
dan akhirnya pasangan hidup.....


buat temanku yang sedang jatuh cinta
ku ucapkan selamat...
karena cinta itu sangat indah
semoga kalian selalu bahagia...


buat temanku yang sedang terluka karena cinta...
hidup itu bagaikan roda yang terus berputar
satu saat akan berada di bawah
dan hidup terasa begitu sulit

tetapi...
keadaan itu tidak untuk slamanya
bersabarlah dan berdoalah
karena cinta yang lain
akan datang dan menghampirimu


buat temanku yang tidak percaya akan cinta
buka hatimu...
jangan menutup mata akan keindahan dunia
maka cinta akan membuat hidupmu
menjadi bahagia...


buat temanku yang mendambakan cinta..
bersabarlah...
karna cinta yang indah..
tak terjadi dalam sekejab...
Tuhan sedang mempersiapkan sgala yang terbaik
bagimu...

buat temanku yang mempermainkan cinta...
sesuatu yang begitu murni dan tulus
bukanlah untuk di permainkan
cinta bukan suatu kehampaan
semoga kalian berhenti m'permainkan cinta
dan mulai merasakan kebahagiaan yang seutuhnya....

luasnya neraka....

Ya Allah... takutnyer... bacelah sampai habis.. skjap jer.. xsmp 5

minit..




YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami,
kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami &
semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH,
namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah
segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....




.: Luasnya Neraka :.



Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang
kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan
berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.:


"Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawabnya: "Ya Muhammad, aku
datang kepadamu di saat Allah menyuruh
supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang
yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu
benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa
aman dari padanya."


Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam."



Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan
selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun
sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam
gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus
engkau dengan hak,
andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar
penduduk dunia semuanya kerana panasnya.


Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli
neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati
penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau
dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam
Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah
bumi yg ke tujuh.


Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di
hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung
timur kerana
sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi,
dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan
api.


Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya
yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."


Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu
rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di
bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun,
tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman:
iaitu yg lebih
bawah lebih panas)


Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
Jawab Jibrail:

"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg
kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga
Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.


Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,


Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.


Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi
bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."


Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga
ditanya:


"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"


Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg
sampai mati belum sempat bertaubat."


Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu,
sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga
sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh
besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku
yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa
besar dari ummatmu."


Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi
s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang
kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang
selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan
Bagi Yg Lalai")


Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat
sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.


Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi
lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat


Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita
semua.Wallahua'lam.


Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami
turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami
terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat
oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.


Dari Abdullah bin 'Amr R.A,


Rasulullah S.A.W bersabda:" Sampaikanlah pesanku biarpun satu
ayat..

salam lebaran

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin
Hati -Hati dijalan raya semasa pulang ke kampung .
Ingat lah orang yang tersayang .

Assalamualaikum,




Hai ..apa khabar semua.....dikesempat an ini Saya
, ingin mengambil


kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba...Haa.. nak raya tu..kenalah tunggu
dulu.... jangan nanti ada yang dah raya

pulak..Sabar. ..Sabar.. ...Kalau ada yang rayer dulu tu..ehemm..paham- paham jer la


yer.....Raya nanti jangan le cuti lelamer sangat....Pada mereka-mereka yang balik naik
ker...naik ker ... naik . . ker.....ataupun naik . . ker ..


atau naik aper-aper jelah yang janji sampai tu..berhati- hatilah di jalanraya... .jangan ingat korang jer yang ada kat jalan raya tu.... saya biasalah..balik kampung ni bergaya

dengan
ehem-ehem.... .he he...but apa yang penting kat sini...JANGAN BERLUMBA tau!! nanti tak pasal-pasal belum sampai destinasi dah tukar pulak.....uishh uishhh...Amboi- amboi...masing- masing ni dah dapat ADVANCE...tu beringat sikit... rayer ni boleh la BELAGAK ye.. beli baru ke....
Pada yang ada anak tu belikanlah kasut
baru...uiiii 'pesen' baru tu...Ha!! Mana yang nak repai-repair rumah tu.cat-cat ker..buat la..mesti meriah kan ... dengan rumah baru..... Jangan lupa tanam - tanam la apa yang patut.... barulah berseri sikit.... Eh sibuk nak rayer jer...dah buat kuih belum???.... Raya nanti bolehlah saya datang rumah bawak segerombolan rombongan..ha ha ha.. jangan lupa buat la apa-apa yang patut... kopi ker ... nescafe ke...paling mahal pun oren la...oren mahal tau bukan oren murah .....

baru sedap....Oh ya...kalau nak balik kampung beraya tu kenalah beringat sikit... mana-mana yang ada belaan tu....
ker... ha..jangan lupa tinggalkan makan untuknya..nanti tak pasal-pasal. ... ada yang kena makan dek .. haa sapa susah???!!! Lagi satu paling IMPORTANT nak kasi ingat kat sini...jangan lelama sangat nanti rumah tu masuk eee takutnya.... . eeeee ..... HA HA HA KI KI KI...he he... Pada mereka-mereka yang tak cuti masa raya nanti jangan la dok jer.... tak buat keje... buang karen kerajaan jer.. he he...Raya nanti kalau nak potong ker..potong ker...apa-apalah yang boleh dipotong untuk buat rendang tu..masak sedap-sedap tau..Tidak lupa juga pada mereka-mereka yang akan melangsungkan pada musim raya ni...saya ucapkan "Selamat Pengantin Raya"..waaaa. ka ka ka ka.
..

Makan kuih raya tu beringat sikit...karang masuk kerja semua macam
..
HUA HUA HUA... Jangan marah aaaa..






Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin

Makan kuih raya tu beringat sikit...karang masuk kerja semua macam .. HUA HUA HUA... Jangan marah aaaa..






Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin

Ikhlas dari saya Yuslina sekeluarga

Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan:-

1) Memeluk Bantal

Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka
mempunyai
penghargaan yang tinggi terhadap
lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka
romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca
peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat
prihatin
terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal

Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian
mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat
keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal

Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan
seadanya.. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan
bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki

Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn
org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka
cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas
untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal

Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala
sifat
percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada
sifat ego.

6) Tidak punya bantal

Kasihan betul... pergi kedai belilah satu!!"

Ayat-Ayat Cinta (7)

Sabda Rasulullah SAW:

Barangsiapa yang hafal dan
mengamalkan tujuh kalimah ini akan
dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan
akan diampuni dosa-dosanya walau
sebanyak buih di lautan..

1. bismillahhirrahmannirrahim:pada
tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. alhamdulliah:pada tiap-tiap
habis melakukan sesuatu.

3. astagfirrullah:jika tersilap
mengatakan sesuatu yang buruk.

4. insyaallah:jika ingin melakukan
sesuatu pada masa akan datang.

5. lahaulawalaquataillahbillah:bila
tidak dapat melakukan sesuatu yang
agak berat atau melihat sesuatu yang
buruk.

6. innalillah:jika menghadapi
musibah atau melihat kematian.

7. laailaahaillallah:bacalah
sepanjang siang dan malam sebanyak-
banyaknya.amalkanlah selalu moga-moga
kita tergolong dikalangan orang yang
terpilih oleh Allah.

qistina setahun










nie lah gambar terbaru qistina.... lasak sangat, penat ibu dia kerjakan.

ada muka cam ibu dia x? heheheheh.... mesti ada kan coz ibu dia cun gak (perasan tp betul apa) heheheheh...